Chapt. 31

142 27 6
                                    

"A-pa?!" Ian tidak percaya.

Bukan dia sahaja, malah semua yang ada di situ begitu terkejut. Mereka sedikit sukar untuk mempercayai bahawa Iduna itu merupakan adik Heraku yang bermaksud Pengetua Iduna itu ialah puteri raja bunian kegelapan. Tetapi, apabila dilihat daripada segi luaran memang kedua-duanya mempunyai persamaan.

"Kenapa? Kau terkejut? Heh, aku memang patut berterima kasih kepada adik aku, sebab dah hantar korang semua budak hingusan ni, datang dekat aku."

"Apa kau nak?!" soal Isaac tegas.

Namun, soalan itu langsung tidak menarik perhatian Heraku. Sebaliknya, mata merah lelaki itu tajam merenung ke arah pinggang Ian.

"Sanctus? Huh, aku tak sangka Iduna berjaya cari kau. Roman, aku dah dapat anak kau!" Heraku kemudian ketawa lepas.

Heraku kemudian berpaling pula ke arah Ayuni. "Huh, Minnercules. Jubah tak guna yang menyusahkan! Kesian kau budak luar, memang nasib kau malang sampai ditarik masuk ke sini."

Ayuni merapati Ian. Hatinya mula dilanda rasa yang kurang enak. Pengetua Iduna memberitahu hanya tenteranya sahaja yang ada di hutan ini. Tetapi, ternyata Heraku turut ada di sini. Adakah Pengetua Iduna sudah merancang semua ini? Tetapi kenapa?

Isaac memberi isyarat mata kepada anak-anak buahnya. Faham dengan maksud itu, Beth segera mengeluarkan buih-buihnya dengan jenis bom asap. Lalu tempat itu pun kabur dek asap yang tebal. Heraku tersengih.

"Huh, kau nak lari ya?"

Tiba-tiba, lantai Hutan Jewelbonia ditutupi oleh cecair merah segar. Limpahan darah! Kini, mereka bersepuluh sudah berada di atas darah di merata-rata tempat.

"Heraku ni pemilik sihir darah!" ujar Ayara cemas.

"Hah? Ini bermakna..." Belum sempat Darrel menghabiskan ayatnya, tiba-tiba keluar ceracak darah dan menusuk tepat ke pahanya.

Jeritan kesakitannya bergema.

"Hahahahaha...!!" Heraku ketawa puas. "Kau semua jangan harap boleh lari dari darah aku! Darah kemusnahan, penyeksaan!!"

"Macam mana ni?! Kita tak akan menang lawan dia! Darrel dah lemah!" Noelle sudah cemas.

"Tapi kita dah tak boleh pergi mana-mana. Kita dah tersekat!" ujar Nedely pula.

"Kalau macam tu kita lawan!!" laung Shawn kuat.

Shawn kemudian terus menyerang Heraku dengan ais dan apinya. Namun serangan itu seperti tidak mengeluarkan setitik peluh pun kepada lelaki jahat itu. Lalu, Isaac, Ayara, Beth, Noelle, Shawn, Nedely dan Eara menyusul menyerang Heraku secara serentak. Namun begitu, darah sihir Heraku yang ada di mana-mana menyebabkan lelaki itu seolah-olah kalis serangan. Senjata dan perisai darah muncul di mana-mana.

Ian mendecit. "Ayuni, mungkin saya kena bawak Heraku ke dimensi lain. Saya kena guna sihir saya!"

"Tapi, awak tak pernah guna lagi lepas lawan Hadric tu."

Ian kemudian memandang tepat ke mata Ayuni. "Awak percayakan saya tak?"

Ayuni kemudian memasang wajah serius dan mengangguk. "Saya percaya!"

Ian lalu mendepakan kedua-dua tangannya dan cuba memfokuskan tenaga sihir pada pergelangan tangannya. Dengan konsentrasi yang cukup, akhirnya dia merasakan satu tenaga yang stabil. Kini tercipta gelung corak sihir di pergelangan tangan Ian tetapi tidak kelihatan. Ianya halimunan. Ayuni terus melakar senyum.

Ian menggerakkan tangannya untuk membawa Heraku ke dimensi masa sihirnya, tetapi tiba-tiba Ian rebah ke bumi.

"Arhh..!" Ian menjerit kesakitan.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now