Chapt. 07

185 30 4
                                    

"Ian... takkan kita nak jalan jer tanpa arah tuju?" soal Ayuni yang sudah letih berjalan. Tidak pernah-pernah dia berjalan sejauh ini sepanjang 16 tahun dia hidup.

"Soalan tu saya tak dapat nak jawab. Hehe," jawab Ian lemau.

Baru kini dia rasai peritnya berjalan tanpa alas kaki. Dia memandang sayu kaki Ayuni yang elok bersarungkan kasut kesayangannya. 'Oh tidak! Kesayanganku dah curang!' rintih Ian di dalam hati.

Ayuni sekadar memasang wajah cemberut. Kini mereka berjalan menyusuri sebuah jalan yang berdebu. Nun di hadapan mereka sayup-sayup kelihatan sebuah penempatan. Mereka tidak pasti sama ada itu desa ataupun pekan.

"Ayuni, cepat! Kita boleh berehat kat sana. Pastu kita boleh jugak tanya orang-orang kat sana. Mana tahu kan kalau-kalau kita boleh dapat maklumat berguna." Ian mencuba untuk memacu semangat Ayuni.

Ayuni tersenyum mendengar kata-kata Ian itu. Dia tahu bahawa Ian sebenarnya sangat ingin membantunya. Jadi, dia perlulah bersemangat juga.

"Okey, jom kita lari! Tengok siapa sampai dulu," ujar Ayuni separa menjerit sebelum memulakan larian.

Ayuni sekadar ingin menceriakan suasana. Dia bukanlah ingin berlumba sangat tetapi sekadar menyokong Ian. Ian pun terus mengejar Ayuni. Dia memperlahankan lariannya agar Ayuni berada di hadapannya.

"Yeay! Saya sampai dulu!" teriak Ayuni ceria di hadapan pintu masuk penempatan itu.

Ian pun memberikan sorakan kepada Ayuni. Sungguh kelakuan yang tidak matang. Masing-masing melepaskan nafas mengah kelelahan.

"Okay... ap-apa nama...tem-tempat ni?" soal Ayuni putus-putus akibat tidak cukup nafas.

"Err... Pekan Dullmist."

"Ha? Pekan?" Ayuni agak terkejut.

Ayuni dan Ian menapak perlahan-lahan memasuki 'pekan' itu. Tempat itu mempunyai aura yang sungguh tidak menyenangkan. Suasananya begitu suram. Memang kawasan itu agak maju jika ingin dikatakan desa, tetapi tetap tidak sesuai untuk status pekan. Tidak ramai pun orang yang berurusan di situ dan kebanyakan orang yang berada di situ ialah orang lelaki. Terdapat juga seorang dua wanita tetapi masing-masing kelihatan tidak bermaya.

"Awak, saya rasa tak sedap hatilah," bisik Ayuni lantas merapati Ian.

"Erm, memang pelik. Kenapa banyak lelaki, perempuan pulak nampak lesu?" Ian juga berasa curiga.

"Entah-entah, tempat ni tempat menganiaya kaum wanita tak? Ian, saya takut," Ayuni mula dilanda kegusaran.

"Takpa, jangan takut. Saya ada dengan awak." Ian sedaya upaya untuk menenangkan gadis itu biarpun hakikatnya dia sendiri juga dihambat kebimbangan.

Kecurigaan mereka menjadi realiti apabila mereka mula menjadi tumpuan beberapa orang lelaki di situ. Malah sekumpulan lelaki mula mendekati mereka dengan wajah yang menggerunkan. Tambahan lagi dengan tubuh yang begitu sasa, rasa takut yang teramat mula bertandang di hati Ayuni.

Ayuni berlindung di belakang Ian. Tangannya menggenggam erat baju lelaki itu.

Seorang lelaki dengan mata kirinya tertutup seperti lanun menyeringai. "Haha... orang luar? Dah lama orang luar tak masuk sini. Hari ni kita ada lauk baru! Pucuk muda!"

Kata-katanya itu disambut dengan sorak-sorai lelaki-lelaki di belakangnya.
Ayuni menggenggam baju Ian dengan lebih kuat. Ian menjeling sekilas ke arah Ayuni sebagai penyalur semangat.

Ian mendepangkan tangannya. "Aku takkan biarkan kau semua sentuh dia!"

Lelaki-lelaki itu terdiam mendengar tempikan Ian. Sesaat...dua saat...tiga saat...

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now