Suasana begitu serius. Ayuni, Ian, Nedely, Shawn, Eara, Noelle, Beth dan Darrel berdiri sebaris dengan tegak. Wajah Pengetua Iduna, Sir. Arya, Sir. Donnie dan Miss Fiona yang berdiri menghadap pelajar berlapan itu juga serius. Pengetua Iduna kemudian berjalan daripada Ayuni menuju ke Darell dan wajah setiap muridnya itu direnung dalam. Keadaan itu persis pemeriksaan barisan tentera.
"Misi kamu pada hari ini bukan perkara yang remeh. Kamu sepatutnya sudah bersedia dan kami menganggap kamu semua memang telah bersedia," ujar Pengetua Iduna tegas. "Misi kamu hari ni adalah menghalang tentera Heraku."
"Apa?! Halang Heraku?!" soal Noelle terkejut.
Pengetua Iduna lantas mencerlung ke arah Noelle. "Tentera Heraku." Perkataan tentera ditekankan. "Kamu semua belum bersedia lagi untuk menentang Heraku."
"Heraku telah memulakan penaklukannya di Waltfield. Dan dia mulakan dengan menghantar tenteranya ke Hutan Jewelbonia. Jadi, misi kamu adalah menghalang mereka daripada terus mara ke tempat yang lain." Sambung Pengetua Iduna lagi. "Kamu semua sekarang memikul tanggangungjawab itu. Kamu berlapan adalah yang terpilih, jadi buktikan."
Para pelajar itu kemudian mengangguk faham.
"Bagi mengiringi dan memandu kamu, saya arahkan mereka untuk pergi bersama-sama kamu," beritahu Pengetua Iduna.
Kemudian datang dua sosok yang berjalan ke arah mereka.
"Isaac! Ayara!" jerit Beth teruja. Kepoh betul minah seorang ni.
Ayara terus melambai ceria dan Isaac sekadar tersenyum mesra.
"Baiklah, saya rasa kamu dah sedia." Pengetua Iduna kemudian menepuk tangannya dua kali.
Lalu terdengarlah derapan kaki kuda yang berlari anak dan bercampur dengan bunyi geseran roda. Rupa-rupanya dua buah wagon yang ditarik oleh dua ekor kuda datang di belakang mereka. Ayuni terus teruja melihat kenderaan tradisional dalam cerita-cerita Barat itu. Tetapi Ayuni masih terfikir kenapa tidak digunakan sahaja sihir teleportasi, terbang atau sesuatu yang seumpama itu? Adakah akademi ini tidak memilikinya?
"Sebuah untuk kumpulan Ian, dan sebuah untuk kumpulan Eara," beritahu Sir. Donnie.
"Kamu berlapan hendaklah bekerjasama. Buang segala perasaan yang tidak perlu, perasaan benci, sakit hati, iri hati, tidak suka antara satu sama lain. Perasaan itu semua hanya akan melemahkan kamu," pesan Sir. Arya.
Miss Fiona pula melangkah ke arah Ian dan Ayuni. "Kamu berdua sahajalah anak murid kelas saya yang terpilih. Saya tahu kamu berdua hebat, takdir kedua Roman Nova dan gadis luar. Pastikan kamu berdua sentiasa bersama, jangan berpisah. Dan, saya nak kamu balik semula ke akademi. Saya sayang kamu." Miss Fiona lantas memeluk dua orang remaja itu.
Eara, Noelle dan Beth melihat salam perpisahan itu tanpa berkelip. Mereka kemudian berpaling ke arah Sir. Arya. Sir. Arya sudah membulatkan matanya.
"Kami pun nak peluk Sir. Arya!!" Tidak sempat guru lelaki itu ingin melarikan diri, tubuh beliau telah pun dirangkul oleh tiga orang gadis cantik itu.
"O-okay... jangan lama-lama nanti Miss Fi-Fiona merajuk dengan saya," ujar Sir. Arya terputus-putus.
Guru perempuan itu pula sekadar ketawa kecil melihat aksi lucu tunangnya itu. Ya, Miss Fiona ialah tunang Sir. Arya.
•••••
Wagon itu bergerak perlahan di lereng bukit. Nun jauh di kaki langit kelihatan matahari yang semakin tinggi. Pagi masih lagi terasa sejuknya. Manusia-manusia di atas wagon itu pula terhuyung-hayang apabila roda wagon memijak batu-batuan yang pelbagai saiz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Awak Ada Saya!
FantezieAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...