Chapt. 30

170 32 20
                                    

Nedely dengan pantas bertindak bijak dengan mengikat tubuh Beth dengan benangnya. Namun, benangnya seakan tidak dapat menahan daya yang semakin kuat daripada gadis yang dipukau itu. Ayuni yang berjaga-jaga tiba-tiba ditarik oleh Minnercules ke arah Beth. Minnercules mengembangkan dirinya dan membalut tubuh Beth. Kemudian, Beth jatuh terduduk sebaik sahaja sihir yang mempengaruhi dirinya itu terhapus.

Beth mengetap gigi geram. Dia terus bangkit dengan berani. Mereka bersepuluh terus berdiri saling membelakangi antara satu sama lain. Mereka tidak tahu seberapa ramai musuh yang ada sekarang. Bunyi seseorang berjalan menyebabkan mereka terus berpaling serentak.

Kelihatan dua orang lelaki dan seorang wanita tersengih sinis ke arah mereka bersepuluh. Salah seorang daripada mereka adalah Raiga. Beth mendecit.

"Mereka bertiga ni banduan penjara yang melarikan diri haritu," ujarnya.

"Baik, jaga-jaga. Raiga saya rasa pemilik sihir berubah bentuk. Dua orang lagi tu kita tak tahu apa sihir yang mereka miliki." Ayara merenung tajam ke arah penjahat tiga orang itu.

"Huh, budak-budak mentah? Tak sangka akademi tak guna tu hantar budak hingusan ke mari. Oh, sebelum tu, aku Gous. Akulah yang pukau budak tu tadi pakai sihir kawan sendiri." Lelaki yang bernama Gous itu berkata penuh angkuh.

Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Apa maksud pakai sihir kawan sendiri? Eara memicingkan matanya geram.

"Jangan tengok mata dia! Dia boleh pukau korang dengan sihir cinta kalau mata korang bertentang. Aku rasa dia ada sihir peniru. Dia boleh tiru sihir orang lain," ujar Eara serius.

Shawn mengangguk seraya tersenyum. "Kalau tak cuba, kita takkan tahu."

Shawn terus menyerang Gous dengan ceracak ais.

"Lilith!" tempik Gous.

Wanita yang dipanggil Lilith itu terus membuka portal yang membawa masuk ceracak itu. Kemudian sebuah portal yang lain terbuka di kawasan titik buta Shawn dan mengeluarkan kembali ceracak ais itu. Shawn cepat menyedarinya dan ais itu ditukarnya terus menjadi udara biasa dengan menaikkan suhunya. Dengan tindakan reflek yang pantas Gous menyerang kembali juga menggunakan ceracak ais tetapi pantas dihadang dengan gelatin sihir milik Ayara.

Isaac kini faham segalanya. "Baik, dengar sini. Raiga pemilik sihir berubah bentuk, Gous pemilik sihir peniru dan Lilith pemilik sihir teleportasi. Gabungan sihir mereka pasti akan menjadikan mereka sangat kuat. Jadi, tolong lebih peka."

"Antara mereka bertiga, Gouslah yang paling kuat." Tambah Darrel pula.

"Baik, sedia semua," arah Isaac sebelum mereka semua bersedia untuk menyerang.

"Sekarang!"

Shawn terus menyerang dengan apinya dan Gous, Raiga dan Lilith melompat untuk berpecah. Noelle dengan pantas menguatkan tarikan graviti di bawah Lilith menyebabkan wanita itu tertarik ketanah semula. Gous lalu meniru sihir Noelle dengan menguatkan graviti di bawah pemilik sihir itu sendiri. Noelle yang tidak bersedia terus terduduk lalu Lilith menghilangkan diri menggunakan teleportasi. Raiga sudah hilang entah ke mana. Lelaki itu juga sangat berbahaya kerana boleh mengelirukan pihak lawan walaupun tiada sihir untuk menyerang.

"Kita berpecah!" arah Isaac.

Mereka segera bertindak dengan Ian dan Ayuni mengikut Isaac dan Ayara untuk melawan Gous yang paling berbahaya kerana memiliki sihir jenis penyerang itu. Eara, Nedely dan Darrel pergi memcari Raiga sementara Beth, Noelle dan Shawn mengejar Lilith.

Dengan sihir partikelnya, Isaac boleh mengawal hampir semua objek mati mengikut kehendaknya. Tetapi, lawannya kini adalah setara kerana Gous mampu meniru sihirnya. Isaac melompat tinggi lalu dia mengawal zarah-zarah pakaian Gous menyebabkan baju lelaki itu membalut kemas tubuh Gous sendiri. Gous terikat dengan dengan bajunya namun dia menggunakan sihir graviti Noelle untuk menarik Isaac ke bumi. Sihirnya terlepas. Ayara lalu mencipta seekor golem gelatin yang bersaiz raksasa. Gous menggunakan sihir haba Shawn untuk mencairkan gelatin tersebut namun gelatin sihir tidaklah semudah itu dapat dimusnahkan.

Golem gelatin itu sangat kuat. Langsung tidak terjejas dengan serangan api dan juga tidak dapat dibekukan. Gelatin itu juga sangat kenyal dan langsung tidak dapat ditembusi oleh apa-apa. Jadi, Gous terpaksa menggunakan sihir yang sama. Dia lalu mencipta golem gelatin dengan meniru sihir Ayara.

Peluang itu Isaac gunakan untuk membuat serangan balas. Isaac mengawal zarah-zarah tanah untuk mengeluarkan tanah pencengkam dan ternyata serangan itu berhasil apabila Gous berjaya dicekup oleh tanah itu. Isaac tersenyum kerana telahannya bahawa Gous cuma mampu meniru satu sihir dalam satu masa itu ternyata benar.

Isaac kemudian mengubah baju Gous menjadi bentuk yang runcing dan zarah-zarah fabrik itu dipadatkan agar menjadi keras. Dia kemudian menusuk kain yang tajam itu ke tubuh Gous. Darah terus terpercik keluar. Ayara pantas mengubah bentuk golemnya menjadi cairan gelatin. Gelatin itu kemudian membalut seluruh tubuh Gous dalam bentuk bebola. Bebola itu kemudian dilapisi lagi dengan beberapa lapisan gelatin sebelum dikeraskan. Gous kini sudah terkurung kaku di dalam gelatin itu.

Ian dan Ayuni sekadar berdiri dan menyaksikan sahaja pertarungan itu. Mereka berdua betul-betul tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Dalam masa yang sama, Beth, Noelle dan Shawn sedang berdepan dengan Lilith yang terus-terus berpindah tempat. Kecepatan wanita itu dalam membuka dan menutup portal begitu luar biasa. Beth, Noelle dan Shawn tiada peluang langsung untuk menyerang.

Kini, Lilith telah masuk ke dalam portal dan tidak muncul-muncul. Mereka bertiga melingas ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba muncul sebuah portal dan tanpa diduga Darrel jatuh tergolek daripada portal tersebut.

"Darrel!" jerit Noelle cemas. Noelle segera menerpa ke arah Darrel.

"Nanti!" Beth cepat menghalang.

Dengan pantas Beth mengeluarkan buihnya dengan jenis letupan. Letupan kuat terhasil daripada buih sihir Beth yang menyebabkan debu-debu berterbangan. Apabila pandangan semakin jelas, ternyata Darrel sudah tiada. Beth kemudian pantas menyedari kemunculan sebuah portal dan segera mengeluarkan buih sihir jenis perangkap. Sebaik sahaja Lilith keluar daripada portal itu dirinya terus masuk ke dalam buih perangkap Beth. Shawn kemudian menyentuh buih tersebut dan menyerap semua haba di dalam buih itu. Lilith meronta-ronta sebelum badannya membeku akibat suhu yang jauh di bawah 0°c.

Sementara di tempat yang lain, Eara, Nedely dan Darrel sedang berjaga-jaga dek Raiga yang sepertinya bermain sorok-sorok. Sudah beberapa kali mereka tertipu dengan kehadiran rakan mereka yang ternyata hanyalah sihir peniru Raiga. Seketika Raiga menghilang di dalam portal Lilith namun kembali dalam rupa Darrel.

Sebaik sahaja Raiga menjejak tanah, Darrel dengan pantas menggunakan sihirnya untuk menjadikan tanah yang dipijak Raiga itu melekat seperti gam. Raiga tidak dapat lagi melarikan diri. Nedely pula mengeluarkan benangnya dan mengikat tubuh Raiga dengan kemas. Eara mendekati lelaki itu dan mata Raiga ditatapnya penuh perasaan. Dia tersenyum manja sebelum memberikan flying kiss. Raiga terus terpukau.

Eara tersengih sinis. "Tadi sedap kau menyamar jadi aku kan? Sekarang, aku arahkan kau pukul kepala kau sendiri sampai pecah."

Tanpa bantahan lelaki di bawah kawalan sihir cinta Eara itu terus memukul kepalanya sendiri dengan bertubi-tubi sehingga berdarah.

Nedely menggelengkan kepala. "Kejamnya awak ni."

"Biar dia rasa!"

Setelah itu mereka berkumpul kembali. Masing-masing bersorak keriangan kerana dapat mengalahkan musuh-musuh yang licik itu. Kecuali Ian dan Ayuni yang langsung tidak melakukan apa-apa. Kini mereka merasakan diri langsung tiada fungsi di situ.

Prakkk!!

Bunyi ranting patah dipijak menarik perhatian mereka bersepuluh. Terus mereka berada dalam posisi berjaga-jaga.

"Hurm... boleh tahan." Individu itu tersenyum nipis.

Masing-masing sudah berdebar-debar kerana dapat merasakan aura yang sangat kuat dan...gelap. Individu itu berambut putih dan matanya merah bersinar. Melihat kepada wajah lelaki itu, Ayuni dan Ian tiba-tiba teringatkan Pengetua Iduna.

"Heh, Iduna. Tak sangka kau hantar anak-anak yang hebat ni untuk dikorbankan. Terima kasih... adikku."

Bersambung.....

P/s : Haih... ternyata babak bertarung betul-betul menyesakkan minda gue! Huhuhu... daya imaginasiku begitu tercabar untuk membayangkan pelbagai jenis aksi...waaaa. Harap-harap menjadilah. T_T

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now