" Hey baby" Xavier menyapa Sophia yang sedang melukis di tingkat dua rumah mereka. Ada bilik khas untuknya. Sophia tersenyum hambar membalas sapaan Xavier." Jom? You kata nak pergi makan nasi kerabu kan haritu? Siap la. Lagi sejam kita pergi okay?" Tangannya melingkari bahu Sophia yang sedang duduk. Dia memeluk erat sambil mencium pipi isterinya. Sophia beralih sedikit.
"Tak nak lah. I dah makan nasi kerabu dah" jawapannya buatkan dahi Xavier berkerut.
" Eh? Bila? Siapa belikan?"
Bangku ditarik dan didudukkan di sebelah Sophia. Pelik. Tak nampak pun bila dia makan? Bukan baru je ke dia kata mengidam?
"Bella dengan Haqq masakkan masa I pergi rumah dia haritu."
"Ye ke? you nak makan benda lain? Anything in mind? Spill it out. I'll get it for you"
Sambil bercakap, sambil tangannya mengelus perlahan wajah Sophia. So beautiful. Sophia masih memandang kanvas lukisan di depan. Pertanyaan Xavier dicerna.
" I takde rasa nak makan apa2 pun. You nak makan? I siapkan?" Dia berdalih.
" Can I get you in the menu? You look much more appetizing than anything in the world" nakal Xavier mengusik. Muka Sophia memerah. Segan.
"kalau takde ape I nak pergi mandi." Dia berura-ura nak bangun. Xavier menahan.
"I mandikan?"
Sekarang baru nak mandikan? Sebelum ni Sophia mintak bawakkan air pun kena marah sebab kacau dia buat kerja.
"Takpe lah... I boleh mandi sendiri. Tak susah pun. Bukan I nak bersalin lagi pun" muka Xavier muram. Kenapa dengan Sophia ni?
"Sayang...Esok checkup kan?"
" Haah... You kerja kan. It's okay, I pergi sorang je takpe". Xavier kerutkan muka. " Why? I'm going with you. I taknak miss our monthly appointment"
You already missed our appointment last month!
" Bukan you kerja ke esok? Tak kacau you punya schedule ke?". Xavier diam.
"I took a day off. I wanna see our baby's progress."
"Okay" sophia cuma bersetuju.
❤️❤️❤️❤️❤️
" So Mr and Mrs Anderson. How are you?" Dr Aneesa yang in charge appointment mereka bertanya sambil menyelak laporan kesihatan Sophia.
" Great. We wanna know if our baby is doing the same" muka gembira Xavier terpancar.
" Your baby is healthy as expected and I found no problem with the baby." Kedua mereka melafazkan syukur.
"Mrs Anderson, your belly seems extra big eh? What a healthy baby you have. I guess you baby must be so tall seeing your condition" mereka gelak lagi. Dalam hati dia aminkan kata2 dr tadi.
"But I have something to ask you, Mrs Anderson. Are you feeling stress lately?"
" No I guess? Why?"
" Because according to the report, you loose weight. 3 kg in a month. Do you have problems? Difficulty to eat? Or something else? And your blood pressure is not very nice...tak teruk, tapi takde la normal sangat."
Sophia tergamam. Berat turun? But dia makan macam biasa je rasanya.
"Is it bad for my wife and our baby if she loose weight?"
" Well, it depends actually. If her body is strong enough to this situation, then it will be fine. But usually, pregnant woman gained weight to make sure they can adapt with the baby's growing. To support and have energy to themselves"
Xavier mengangguk mendengar penjelasan Dr Aneesa. Dia rasa sedikit risau. " I'll make sure that she will eat properly and watch her diet after this. Thanks Dr."
.............
" Babe? " Tangan Sophia digenggam lalu dicium sebelum diletakkan dia atas pahanya. Sebelah lagi tangan memegang stereng. "Hmmm..?"
" You okay ke lately?"
" Okay je. Why?" Muka suaminya dipandang. Kacak dengan sunglasses di hidung mancungnya.
" I cuma pelik. Bukan ke you love eating sepanjang mengandung ni? How come you lose weight?"
Mata Sophia ditatap. Tangannya mengusap pipi isterinya. Rasa sedikit cengkung. Dia kembali memandu bila lampu isyarat bertukar.Sophia diam...sebab you Xav! I makan hati lagi banyak dari makan nasi you tau? Tapi takkan la dia nak kata gitu kan? Marah macam mana sekalipun, Xavier suami. Dia takkan berkurang ajar dengan suami. Syurga dia atas redha Xavier.
"Babe? Tell me please? What happened? It starts when you taknak makan nasi kerabu tu dah kan? I perasan you kurang makan after that? Don't you have something you wanna eat?" Suara Xavier yang sedikit mendesak membuatkan Sophia rasa kena marah. Air mata mula bertakung, hidung memerah.
" Hey...no sayang. I'm not mad. Don't cry please? Okay tell me, what's the problem?" Lembut dia memujuk.
"You tak makan ke? Why?" Soalan Xavier dijawab dengan gelengan." Tak..I makan je."
"Then? You takde selera ke? You takde teringin nak makan apa2?" Sophia memanggung kepala menatap Xavier. Muka Xavier penuh mengharap. Dengan mata berair,dia mengangguk. Mengiyakan pertanyaan Xavier.
"alright. You nak makan ape? We can go get it now!" Dia lap air mata Sophia yang meleleh. Muka merah itu ditatap.
" I taknak apa2...I nak balik.." dia masih tersedu sedan. Xavier mengeluh berat. Susah nak korek rahsia dia nih.
"Okay2,stop crying. Kita balik yer?" Dahi Sophia dicium beberapa kali sebelum meneruskan pemanduan.
'What's wrong with you, baby?'
Xavier balik ke rumah waktu lunch. Dia belikan Sophia donuts dan ice cream baskin robin. Dia tau Sophia suka makan benda2 manis, macam awal kehamilan dia. Dia senyum. Tak sabar nak tengok isteri dia makan. Tak sabar nak picit2 pipi tembam tu. Tak sabar nak tengok Sophia senyum gembira bila dapat makanan.
"Eh, tuan balik? Mak Salmah baru habis masak. Tuan nak Mak Salmah hidangkan?"
Mak Salmah isteri Pak Abu. Mereka dah kerja dekat rumah di sejak 20 tahun lepas. Memang akrab dengan family dia.
"Takpe Mak Salmah. Xav nak naik atas panggilkan Sophia dulu. Kejap lagi Xav turun" dia sangat hormatkan mereka berdua. Dah dianggap keluarganya sendiri.
Pintu bilik dibuka.
"Sayangg..... Come look what I bought?"Bilik kosong. Eh? Bunyi tandas di flush menarik perhatiannya.
"Sophia?" Nasib pintu tak berkunci. Dia nampak Sophia terduduk lemah di tepi mangkuk tandas. Terus dia meluru ke arah isterinya.
"Sayang! Kenapa ni?" Kepala Sophia diraba. Panas membahang! Hidungnya merah, seakan baru kesat darah.
"Gosh... Sophia, you're burning hot." Dia dukung terus badan lemah itu ke katil. Air mata Sophia meleleh. Dia tak larat nak jawab soalan Xavier.
"Kenapa sayang? Sakit sangat ke? Kejap I panggilan dr" dia mula nak bangun. Sophia tahan tangan dia lalu menggeleng. Xavier faham, Sophia nak dia temankan.
"Kejap eh, I call jap je" segera dia call dr peribadinya selepas mengucup perlahan dahi panas itu. Sophia dah terlena bila dia kembali. Kesian dia, tak larat sebab dah muntah banyak sangat.
YOU ARE READING
Shining Armour [COMPLETED]
Fantasy[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama..yang mungkin tak semua tahu.Dia dilatih untuk sedia berkorban nyawa demi kakak kembarnya, Bella Al...