21 : interrupt

1.2K 66 0
                                    

Too beautiful to die,
To wild to live





" eh kau dengar tak? Hari ni kan... Diorang cakap semua ketua tertinggi, leader armour and military armour nak turun academy? Betul ke?"

"Haah..aku pun ade gak dengar macam tu. Biasalah, open day kan. Alang2 tu...dapat la kita cuci mata kan?"

"Kan"mereka berdua ketawa.

Tepat pukul 11 pagi, semua pelajar Shine Academy dikumpulkan di dewan besar Armour. Mereka berbisik-bisik tentang kehadiran pegawai tinggi armour. Saat pengacara mula pegang mic, diorang tahu semua yang ditunggu dah sampai.

Ketibaan pegawai tinggi Armour seperti pengarah, kolonel, serta pihak yang mentadbir di kedudukan atas disambut dengan tepukan. Lepas hampir sejam mereka disitu, mereka berarak keluar. Sekarang masa ramah mesra dengan leader dan ahli elit.

Suara pengacara mula bergema.

' dipersilakan barisan leader, military armour dan ahli elit. Saya memgundur diri dahulu, awak semua akan dikendalikan oleh mereka semua.'

Pelajar mula melopong bila satu persatu masuk.

"Assalamualaikum, hai semua. Saya El
Aariz, leader The Shooter. Gembira jumpa awak semua." Para pendengar mula bersorak, terutama yang mendapat roles the shooter.

"Saya kenalkan semua yang ada, di kiri saya Haqq, leader The Hacker. Sebelahnya Bella, leader the Healer and of course kawan you all, Amaar leader the Fighter"

Ada pelajar mengangkat tangan.
" Err...miss Bella? Bukan ke patutnya miss Sophia?". Beberapa orang pelajar mengangguk setuju. Bella tergelak. Hailah korang...keliru eh?
"Yang tu kejap lagi saya jawab eh?"

El mengangguk.
"Saya teruskan dengan military armour. Kita ada wakil dari Germany and Spain. The handsome blonde guy is Royal Prince Caspian Kaiser
(cara sebut dia Kay-sa). And the hot, blue eyed guy is Lucas de la Rosa from Spain." Mereka berdua ketawa kecil dengan pengenalan El. El saja je. Nak mengusik.

Girls kat dewan tu dah keluar emoji love dah dari mata.

"Actually kita ada lagi The Protector and Alpha team. But both of them ada urusan sikit. So,diorang sampai nanti saya kenalkan eh?"

Sesi soal jawab bermula. Mereka seronok dengar soalan dari students dan berkongsi pengalaman mereka. Cara ni dapat merapatkan jurang, supaya tak rasa jauh sangat standard diorang tu berbeza.

Sedang mereka berseronok, seseorang masuk. Lelaki tu datang berbisik di telinga El. Muka El berubah. Dia berkalih memandang Haqq. Bella masih tak sedar. Haqq, Caspian dan Lucas bercakap-cakap. Muka mereka tegang. Ear-piece yang memang 24 jam dibawa dipakai. Mula berhubung dengan satu sama lain.

Bella pelik kenapa semua diam. Mereka semua faham, kalau armour mula pakai earpiece, tu tanda mereka sedang bersedia. Lekas2 Bella berkumpul di depan.

"What happened?" Muka jejaka2 ditilik.

"Look...ada penceroboh masuk dalam academy and sasarkan kita semua. Alpha dengan security tengah analyse kawasan ni. Ikut maklumat diorang nak letupkan kita semua"

Penerangan El panjang lebar. Ya, mereka selalu menjadi sasaran.

"So, kita berpecah dulu. Aku dengan Luke ke bahagian atas dewan, El dengan Haqq. Korang jaga depan. Bella tenangkan diorang. Okay?"
Caspian beri arahan.

"Tuan, tak ada bom yang dipasang. Kami dah kesan semua bahagian luar dewan. Sama ada bom tu dah memang kat dalam or belum masuk lagi"

Laporan itu diterima.
"Okay. Kawal bahagian entrance"

Pelajar mula panik. Mereka dengar apa yang dikatakan oleh leader. Bom kan..siapa tak panik?

" Bertenang semua. Kalau semua panik, situasi lagi kelam kabut. Now, pandang sekeliling you all. Ada tak muka yang tak familiar. Kalau ada bagi tau cepat." Bella bertindak rasional.

Tetiba jeritan pelajar perempuan bergema. Tak sempat Lucas nak sampai, seorang lelaki asing dah mengacukan pistol pada kepala perempuan itu.

"Kau gerak, aku tembak" dia mengugut.

"Apa kau nak? Lepaskan orang tak bersalah. Urusan kau dengan kami" Haqq menjerkah.

"Kau ingat aku bodoh? Heh...aku tau klau aku lepaskan, kau orang bunuh aku kan? Sekarang ni jom mati sama2" dia menyelak jaket dipakainya. Nampak bom diikat di pinggang. Sudah...pengebom berani mati!

Mereka menjerit ketakutan. Ada yang menangis.

'So how? Kita takde pakar bom sekarang. Any plan?'

Bella berbisik kepada Cas, Luke, Haqq dan El.

' berapa lama lagi masa ada?'

Suara asing bergema di earpiece mereka. Siapa ni?

'3 minutes'

'Hang on, we're coming'

Lelaki yang mengacah pisau tadi tiba2 pengsan. Terlepas gadis tu dari tawanannya. Mereka berkalih ke belakang dewan. Kelihatan Xavier berjalan masuk dengan pistol di tangan. Eh? Takkan tembak kot? Tak bunyi apa pun? Darah pun takde?

"Jangan risau. Dia pengsan je. Aku bukan pembunuh".

Lucas cepat2 mematikan bom di pinggang lelaki itu. Saat mereka kira semua sudah selesai, seseorang menjerit lalu menunjuk ke arah Bella di dpan. Kepala bella diacu pistol oleh seorang perempuan.

Caspian berdecit.
"Sejak bila ada dua ekor ni?"

Perempuan itu ketawa jahat.
"Hahahaha...kau takkan terlepas. Kau ingat kami bodoh nak biarkan kau hidup macam tu je?"

Bella masih berdiam diri. Tak berguit sikit pun. Lepas perempuan tu habis cakap, dia pusing. "Dah habis?"

Tergamam mereka semua. Haqq melangkah nak menolong Bella di bawah. Caspian tahan.
"Kenapa?" Dia hairan. Caspian hanya senyum. "Watch"

Drama di depan

"Kau tak takut mati ke ha? Sekali aku tekan picu ni, bersepai kepala kau tahu?"

Dia hanya memandang jengkel.
"Huh! Zyan Malik!" Dibuat-buat terkejut,tunjuk ke pintu masuk. Perempuan tu berkalih. Dia tersenyum sinis. Dia menghentak bahu perempuan itu lalu memulas tangannya sehingga perempuan itu jatuh terbaring. Untuk pastikan dia tak boleh bergerak, dia pusing sikit lengannya. Alah...bagilah terseliuh sikit kan? Dia healer. Tau lah dia nanti nak masukkan balik tulang mana yang terkeluar tu.

Pasukan keselamatan menggari penjenayah itu.
"Okayh..mana lagi penjahat yang nak serah diri. Takkan nak kena tunggu panggil baru nak turun kot?" El turun sambil memerhati semua yang berada dalam dewan tersebut.

Sophia masuk. Tapi mereka tak syak apa2 dah sebab Bella keluar tadi. So, diorang ingatkan Bella la tu.
"First and second row boleh turun dulu. Pastikan you all berkumpul dekat dataran ye. Kaunselor nak jumpa."

Mereka mula bergerak. Muka ketakutan mereka campur lega. Dah selamat kan?

"Eh jap. You yang pakai hoodie purple tu. Sini kejap boleh?" Sophia memanggil. Muka pelajar itu biasa.
"Awak punya ke pen ni? Tadi terjatuh masa awak lalu."

"Ye saya punya. Terima kasih". Baru tangan dia nak mencapai pen yang dihulur, suara Sophia berbisik perlahan.

"We both know who you are. Dark lord sent you right? For what? Me? My sister?"

Muka lelaki itu berubah jahat. Hoodie kepala ditanggalkan. Nampak seakan corak diamond dicecah di belakang kiri telinganya. Lambang Dark Lord.
" Your sister? Nah...We just want your blood!"

Other's pov

"Bella!" Suara Haqq melengking. Terkejut tengok darah menitik dari rusuk gadis itu.

Bella yang baru masuk kehairanan. Kenapa dok jerit ni? "yes?"

"But..but...Bella?"

Mata mereka silih berganti.

"Then......?"

Xavier menjerit.
"Sophia?!!!"

Shining Armour [COMPLETED]Where stories live. Discover now