2: The Twins

1.8K 84 4
                                    


Tok tok tok

"Yesss come in"Haqq menyahut.
Pintu dibuka dan pembantu meletakkan minuman yang diminta tadi.Aariz hanya leka menonton tv.

Haqq mengangguk saat pembantu itu menunduk hormat sebelum keluar.Pintu ditutup.

Haqq cuit Aariz,
"Weh,tu maid baru ke?Lawa eh?"

Berkerut dahi Aariz,
"Sejak bila kau usha maid pulak ni?Dah habis ke senarai girl dari royal family kau tu?Yalah..kau kan taste tinggi..."

"Makan dalam kan ayat kau?Macam la kau tu bukan sekapal dengan aku"

"Eh memang..aku naik helikopter,tak naik kapal"

Bukk
Kepala Aariz diluku.
"Kau jangan nak loyar buruk sangat eh?"

"Sakit la bodo"
Maka,mereka mula bergumpal dan bergusti dia atas sofa.Sekejap kepala Haqq dikepit.Sekejap tangan Aariz dikilas.

"Ehemmm,hai Aariz...Haqq...Tak de keje lain ke?Bergaduh je.Bila nak matang?"

Okay,ayah si Aariz dah muncul bersama bapa Haqq sekali.Kedua Aariz dan Haqq hanya memandang pelik.Jarang ayah2 mereka yang super duper busy ni ada waktu petang kat rumah?

"Awal ayah balik,pak su pun?"
Haqq bersuara selepas mereka berdua mencium tangan orang tua mereka.

"Ha'ah kami ada benda nak bagi tau ni.Sebab tu balik awal"

"Yup,kami nak kenalkan keluarga baru kita kat rumah ni.Tunggu diorang sampai jap"

Aariz dan Haqq hanya okay saja.Dah biasa bertambah ahli rumah. Paling latest sekali keluarga Olson dari Wales.Mereka ada anak2 yang dah besar,dah bekerja.Sangat baik.

Leo masuk.
"Tuan,our guest are ready"

"Oh of course,jemput diorang masuk"

Seketika kemudian seorang lelaki yang agak berumur,tapi segak masuk. Disambut dengan meriah oleh ayah mereka berdua.Haqq dan Aariz hanya salam je.Tak tau nak menyampuk apa.

"Sons,this is our new family member. from the family of Alexeev.They are from Rusia.This is Mr Denis Alexeev.

"Tak payah nak Mr sangat la Kamal..
Just panggil uncle Dan je."
Kemudian dia seakan teringat sesuatu."Eh,mana my nieces?"

Satu suara menyahut
"Here uncle"

Seorang gadis muncul.Riak wajahnya sangat tenang dan mempersonakan. Tak dinafikan sangat cantik.Muka yang jelas nampak ada campuran dari luar.Mungkin Rusia sebab Uncle Dan dari Rusia kan?

Haqq dan Aariz?Terlopong.Saling mencuit lengan.
"Woi ni bukan ke maid yang kau tegur tadi tu,Haqq?Kan?Aku tak salah tengok kan?"

"Ya lah...maid ke sape ni?Confius aku.."

"Phia where is your sister?Uncle suruh datang dua2 kan?"

"I'm Bella,uncle.Not Phia.Tadi dia ada kat luar.Main kucing."

Denis hanya gosok kepala.Salah lagi...
"Panggilkan Phia.Uncle nak kenalkan dengan semua ni"

"Phia stop playing with the cat.Come here quickly."Bella memanggil sambil berjalan menuju keluar.Tangan adiknya ditarik.Dan semua orang kecuali Denis terkedu.

Gadis yang lagi satu,muka sama. Warna kulit sama.Macam copy paste.What the....

"Lamanya uncle Kamal tak tengok kembar comel ni.Last rasanya tiga tahun lepas masa uncle pegi Moscow. Dah besar dah,dah cantik dah diorang"

"Kan Mal...uncle Syam pun tak ingat dah bila last jumpa.Lama sangat dah"

Bella dan Phia tersenyum hormat.
"We are more than glad to meet uncle Kamal and uncle Syam too."

Shining Armour [COMPLETED]Where stories live. Discover now