45 : forgive

2K 67 0
                                    

" Yah...Yah kena makan sikit. Yah baru nak sembuh, kena banyak tenaga" sudu berisi makanan masih deria dihala ke mulut Tengku Badariah. Hanya gelengan sebagai jawapan.

"Taknak bang...Yah tak nak, Yah nak jumpa cucu Yah je sekarang ni. Mana Sophia bang? Dia taknak jumpa Yah ke?" Tangisannya pecah lagi. Dia dah tak larat nak menangis, tapi lagi penat menanggung beban dosa yang dipikul selama ni.

"Nanti dia datang Yah... Sekarang kena makan dulu"

"Macam mana Yah nak makan kalau hati, perasaan dan seluruh badan ni penuh dengan rasa berdosa, bang? Yah dah banyak buat salah dengan Sophia bang... Yah nak mintak ampun bang dengan dia? Kenapa la Yah ni buta sangat? Kenapa  Yah bodoh sangat? Kalau Munira ada mesti dia kecewa dengan Yah kan?"

"Jangan cakap macam tu, kita manusia tak lepas dari buat salah. Sabar je la, abang dah mintak Sophia supaya datang jenguk Yah... Insyaallah, doakan dia datang"

"Kalau dia tak datang pun Yah tak terasa, Yah yang khilaf..."

"Assalamualaikum"

Suara beri salam dari depan pintu bilik menghentikan perbualan mereka.

"Waalaikumusalam, masuk la..pintu tak kunci" fikirnya mungkin anak2 mereka datang.

"Nenda-" Sophia teragak-agak agak bersuara. Dia rasa genggaman tangan Xavier makin erat, seakan menyalurkan kekuatan untuknya.

"Ya Allah... Sophia? Xavier? Masuk2"
Tengku Maliki berubah ceria. Begitu juga Tengku Badariah. Sophia dan Xavier bersiri di sisi katil setelah bersalaman. Sophia masih kekal menunduk.

"Xav...jom kita berbual dekat luar? Lama nenda tak jumpa kamu" Tengku Maliki nak memberi ruang kepada isteri dan cucunya. Sophia tak mau lepaskan tangan suaminya, muka Xavier direnung penuh harapan agar menemaninya. Xavier hadiahkan senyuman, sambil berbisik

"Abang ada kat luar je, takpe... You'll be fine. Apa2 panggil abang"

Akhirnya tinggal mereka berdua. Suasana sepi dihiasi dengan bunyi tangisan. Sophia merenung tak percaya.

"Sophia...sini dekat nenda? Nenda nak cakap sikit" kakinya digagahkan melangkah. Dia duduk di kerusi bersebelahan katil.

"Nenda tau nenda tak layak nak cakap ni, tapi nenda nak minta maaf dengan Sophia..banyak sangat dosa nenda dengan Sophia" teresak-esak Tengku Badariah. Sophia mula lembut hati.

"Tak-takpe tengku...saya maafkan. Bukan salah tengku, salah saya sebab- sebab saya, anak tengku meninggal dunia. Saya mintak maaf tengku" ingatannya kembali kepada peristiwa hitam itu. Dia menjadi saksi pembunuhan ibu demi selamatkan dia. Dia maih trauma bila ingatan tu kembali, dan berharap agar dia kuat untuk menghadapi kenyataan.

"Tak sayang...bukan salah Sophia. Ibu mana yang tak sayang anak? Semua ibu sanggup berkorban demi anak, dan dah suaratan takdir begitu. Nenda tak sedar selama ni, nenda sombong. Nenda persoalkan takdir, nenda salahkan anak yang tak berdosa, nenda jadi hakim sendiri... Banyak salah nenda kat Sophia, cu"

Sophia lap air mata yang mengalir di pipi Tengku Badariah.

"Jangan nangis tengku, tengku masih recover dari pembedahan haritu. Saya maafkan semua salah tengku, saya juga harap tengku ampunkan dosa saya jugak.."

"Sophia takde dosa dengan nenda... Boleh tak nenda nak minta tolong dengan Sophia? "

"Apadia tengku?"

"Nenda nak Sophia berhenti panggil nenda tengku, nenda salah sebab bezakan cucu2 nenda... Nenda teringin sangat nak peluk, cium Sophia? Boleh tak? Anggap la ni hajat terakhir nenda?"

Sophia termanggu sendiri. Nenda? Nak peluk, cium?

"Takpelah kalau permintaan nenda berat, nenda faham. Bukan senang nk maafkan dan terima nenda. Nenda cuma berdoa supaya hajat nenda nanti kesampaian hendaknya" Tengku Badariah bersuara selepas melihat Sophia hanya diam. Lekas2 Sophia menggeleng.

"Bukan tu maksud Sophia, saya cuma...terkejut...nenda" buat pertama kali dia panggil nenda selepas beberapa lama. Dan kali ni, nenda sendiri izinkan. Syukur aku maaih diberi peluang..

"Ya Allah... cucu nenda..." Sophia terus memeluk nenda Badariah. Gembira hati orang tua itu, hajatnya tercapai akhirnya. Dipeluk, dicium cucu perempuannya penuh kasih.

"Terima kasih Sophia..sebab maafkan nenda, sebab terima nenda lepas apa yang jadi. Nenda sayang sangat dengan Sophia"

Satu suara menyampuk,

"Takkan dengan Sophia je, dengan Bella nenda tak sayang?" Mereka berdua berpaling ke pintu, Bella sedang tersenyum dengan air mata. Ya, dia dah dengar semuanya. Bella mampir dan join pelukan mereka.

"Tentulah nenda sayang semua cucu 2 nenda..." Dia lap air mata di wajah Bella dan Sophia. Tekadnya, biar dia gantikan tempat anaknya, Munira untuk curahkan kasih sayang kepada kembar ini.

_________

"For enduring all the hatred and forgiving nenda, you did well sayang" ciuman sayang dihadiahkan pada dahi Sophia. "I'm proud of you, sayang"

Sophia sengih lebar
"Thanks to you too abang, sebab bagi sayang semangat nak teruskan hidup tanpa simpan apa2 dendam lama. Sayang bertuah dapat jadi isteri abang..." Ciuman Xavier turut dibalas. Kalini di pipi suaminya.

Xavier menarik tangan Sophia lalu digenggam di dada bersama tangannya.
"Nope, abang yang bertuah. After all the bad things I've did, you still give me another chance. And...the greatest gift ever.." dia usap perut Sophia. Menunggu masa saja nak bersalin.

"Most welcome abang. Abang rasa kan, baby kita...boy ke girl?"

"Hurm....abang tak kisah sebenarnya boy ke, girl ke...tapi minggu lepas abang mimpi reben pink. So,maybe... girl kot?" Mereka tergelak dengan jawapan kartun Xavier. Tak shabar nak lihat puteri/putera mereka. So comel yang mereka tunggu2 selama ni.

"Dah jom tidur, dah lewat. Preggy mom kena banyak rest" Xavier menepuk bantal isyarat supaya Sophia baring. Mereka mengiring menghadap satu sama lain. Xavier usap lagi perut Sophia, kali ni tanpa alas. Dia lebih suka skin-to-skin.

"Baby, tidur jom? Jangan kick mummy kuat2 eh? Sian mummy, sakit nanti" dikucup perlahan perut itu. Sophia hanya memandang dengan rasa bahagia. Keluarga bahagia yang dia impikan selama ni jadi kenyataan.

"Good night abang"

"Haip! Not yet, mana goodnight kiss abang?"

Xavier makin mengada sekarang ni, nak goodnight kiss lah, morning kiss lah...nasib sayang!

"Dah? Dah boleh tidur?" Dia tanya selepas mencium pipi suaminya.
"Belum lagi, abang belum kiss sayang lagi!"

Cccuupp

Kucupan hangat di bibir Sophia membuatkannya tersenyum.

"Night sayang...mimpikan abang tau?"

"Always abang..."

Shining Armour [COMPLETED]Where stories live. Discover now