Bab 8

5.9K 314 48
                                    

24 April 2020/01 May 2024

-Not Italic-

Selesai sahaja tonton wayang, aku dengan Azie pasti akan melepak kat restoran yang berhampiran. Kegiatan biasa yang kami akan buat lepas otak disogok dengan jalan cerita filem. Perutku dah penuh, tapi lagi penuh senyuman gembira itu menghiasi wajah Azie. Kenapa? Sebab yang tolong bayarkan makanan kami kali ini adalah aku. Kenalah belanja dia sebab aku inikan dah kerja. Bukan macam dia yang student lagi. Orang kalau dah status dia student tu mestilah poket kopak walaupun anak orang kaya.

“Terima kasih daun keladi. Lain kali, belanja lagi!” Azie bukan main lagi bagi pantun dua kerat dia itu. Aku senyum aje kat chaser masa menghulur duit itu. Dua minuman Tea live itu aku ambil lalu serahkan satu kepada Azie.

“Banyak cantik kau. Nanti bila dah kerja kau gantilah balik duit aku ni. Ingat percuma?” garangku berkata. Acah-acah jadi kedekut tahik masin. Azie gelak.

“Ouh, maksudnya tak ikhlaslah ni? Aku tak kesah, janji dapat makan free!” Dan dia gelak lagi. Kali ini berunsurkan tawa jahat.

Aku gelengkan kepala. Muka dan bentuk badan dia banyak perubahan, tapi cara dia gelak dengan sikap dia yang aneh-aneh itu gitu-gitu juga. Tak ada pembaharuan langsung! Ingatkan lepas masuk universiti matanglah kononnya, tapi aku tengok perangai Si Azie ni makin hapraklah pula. Macam aku juga.

“Best belajar Azie?” soalku. Ketika ini kami sama-sama berjalan ronda-ronda mall. Lepas makan kenalah exsercise sikit. Itu pun cadangan Azie bawa aku pusing satu mall sambil berborak.

“Hrmm… Nak cakap best itu, mestilah best. Tapi kalau kau ada, dua kali ganda lagi best rasanya.” Ujarnya diantara bibir dengan straw itu. Dengar dia cakap macam itu, perasaanku sedikit terharu. Rasa dihargai sebagai seorang kawan selama ini.

“Masa dah berubah. Aku taklah boleh melekat dengan kau macam dulu. Kitakan dah ada haluan hidup masing-masing.” Sedih aje aku dengar ayat aku sendiri. Tak boleh tak mengimbau kenangan lama kalau aku lepak dengan dia ni. Mesti zaman-zaman kegemilangan jadi budak SPM dulu itu yang akan mengamit memori.

Azie setuju denganku. Terangguk-angguk kepalanya itu, mengeyakan.

“Tapi,”

Tiba-tiba sahaja Azie pandang aku. Muka dia itu nampak terkejut lepas dia angguk-angguk kepalanya tadi. Ada effect ke main angguk-angguk macam itu? Anak matanya itu macam tengah pancar yang dia baru dapat ilham dari langit aje.

“Macam apa yang kau cakap tadi, masa berubahkan, dan orang pun akan berubah. Kalau kau dengar cerita aku ni mesti kau terkejut punya,” habis cakap terus senyum misteri. Pakej senyuman sinis lagi yang buatkan hati aku tiba-tiba rasa berdebar. Ah sudah, ini yang aku tak suka ni bila kena gantung-gantung ayat.

“Wei, kongsilah dengan aku. Apa yang berubah itu?” Azie memang sengaja nak tengok aku terdesak pujuk dia, sebab itulah dia cakap macam tu. Dah tahu aku ni jenis manusia yang tahap ingin tahunya tinggi. Masih juga dia buat statement menarik macam itu.

“Okey, aku bagitahu…” Dia buka mulut, itu pun lepas dia sedut air dia itu.

“Kau ingat tak kat Shazlan?” soalnya. Aku kerutkan dahi, cuba ingat balik siapa pemilik nama yang bertuah sangat sampai kawan baik aku ni boleh sebut. Apabila ingatan setahun setengah itu muncul, aku terus mengaku aku kenal lelaki itu. Persoalannya, kenapa dengan Shazlan?

“Ex boyfriend aku tu dah kahwin kau tahu?” Jelas Azie, besarkan matanya. Teruja. Tapi aku yang menjadi pendegar ini rasa macam sakit jantung.

“Biar kebenaran kau? Haih, umur baru sembilan belas dah kahwin ke?” Aku tak percaya, susah sebenarnya nak terima berita ini sebab yang si pembawa ini pun bukan boleh percaya sangat. Entah-entah, Azie pun dengar kat mulut orang lain aje.

MR. KING CONTROL (OG)Where stories live. Discover now