Bab 27

7.2K 345 30
                                    

16 August 2020/14 August 2024

Heboh satu kediaman Datuk Adhim apabila cerita yang anak bungsu Datuk Adhim menggatal nak kahwin dengan ushawan muda Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Heboh satu kediaman Datuk Adhim apabila cerita yang anak bungsu Datuk Adhim menggatal nak kahwin dengan ushawan muda Malaysia. ‘Menggatal’ okey yang aku dapat. Bukan keberanian aku yang berterus terang tu dipuji.

Okeylah, aku kena akui yang cara aku tu dah boleh masuk dalam geng anak dara menggeletis slash merenyam. Tak juga aku menidakkan yang aku ni ambil keputusan ekstrem dengan merayu kepada mama dan papa untuk kahwinkan aku dengan Haziq.

Akibat daripada perbuatan aku tu, malam ni juga dibuatnya papa mesyuarat tergempar di tengah-tengah ruang tamu rumah ni untuk bincangkan isu aku nak kahwin dengan lelaki yang konon-kononnya baru pertama kali aku jumpa tu.

“Duduklah Man. Tak dapat apa pun kalau kamu berkawad ke hulur ke hilir macam tu. Haus aje karpet baru mama ni.” Tegur mama yang tak senang duduk melihat anak sulungnya itu ke hulur ke hilir seperti orang yang mengalami jiwa kacau. Risau lagi mama terhadap karpet baru dia tu daripada aku yang mungkin kena ‘basuh’ telinga dengan Abang Aiman selepas ini.

Langkah Abang Aiman yang dah lengkapkan tujuh tawaf keliling karpet itu terhenti. Perhatiannya ditala kepada papa.

“Tak, sekarang ni yang Man tak faham kenapa papa boleh biarkan semua ni berlaku tanpa ada Man sekali? Kenapa papa boleh setuju aje dengan kemahuan Unie ni? Siap tak ada masalah lagi bila lelaki tu cakap dia nak hantar rombongan meminang.” Suara Abang Aiman masih steady sedangkan jelas ketidakpuashatiaan dan kecewa terlakar di wajahnya itu bila dia tidak dilibatkan dalam hal besar seperti ini.

Apa yang dikatakan Abang Aiman tu ada betulnya juga. Lepas sahaja papa bersemuka dengan Haziq untuk bertanyakan tentang kehendak aku tu, dua jam daripada itu papa kembali semula dengan jawapan yang dia bersetuju untuk kahwinkan aku dengan Haziq. Rombongan meminangnya pula dijangka akan datang bulan depan.

Aku yang dengar hampir pengsan. Bulan depan kut! Cepat sangat tu nak serahkan aku dengan Haziq.

“Pa, kita kenal pun tak dengan lelaki tu. Entah-entah dia penyangak. Pengedar dada antarabangsa ke? Atau mungkin dia tu keturunan penyamun! Papa tak takut ke nak serahkan anak bungsu papa ni kat lelaki yang entah siapa-siapa tu?”

Walaupun aku anggap Haziq tu macam musuh aku, tapi panas juga telinga ni bila Haziq dituduh dengan gelaran yang bukan-bukan. Aku tak suka orang yang tidak punya pengetahuan tentang sesuatu perkara tu tapi secara membabi buta aje nak buat tuduhan.

Papa yang duduk tidak jauh dari aku tu meletakkan gelas di atas meja setelah selesai meneguk air putih itu. Belakang tubuhnya direhatkan, mencari keselesaan dengan bersandar di kepala sofa.

“Setahu papa, Haziq Huzaif tu anak kedua Tansri Hameed, founder Syarikat Jati Furniture. Keturunan dia pula daripada allahyarham Tuan Shah Rihudean, one of the biggest trade business tycoons in our country. Lelaki yang kamu kata kita tak kenal tu la yang meneruskan legasi arwah datuk dia tu. Tak ke kamu nak ada adik ipar macam tu?”

MR. KING CONTROL (OG)Where stories live. Discover now