Bab 23

6.9K 341 42
                                    

21 June 2020/03 August 2024

Doakan saya rajin please. Nak habiskan cerita ni bulan ni juga haha.

"Encik, kita nak ke mana ni?" Risau aku bila diheret tanpa henti. Dahlah tak tahu ke mana hala tuju kami sekarang ni. Dibuatnya dia tarik belakang rumah sendiri, buat perkara bukan-bukan kat aku sebab nak lampiaskan kemarahan tu, macam mana? Ahh... Ghisau!

Tiada jawapan. Haziq teruskan langkahnya macam soalan aku tu angin lalu di tepi telinganya. Nak aku panggil pekak ke ni baru dia dengar? Geram pula rasa.

Dibawa betul-betul di sebalik pokok bunga renek yang ditanam di tengah-tengah hedge yang berbentuk bulat itu. Hedge ni tidaklah tinggi mana, tapi bunga tiga bulan yang kembang meninggi itu cukup untuk menghalimunankan orang yang berdiri di sebaliknya.

Sebaik sahaja tanganku dilepaskan, wajah tegang Haziq dah terpasang siap. Betul tak puas hati mamat ni. Tanda-tanda gegendang telinga aku pecah kena 'cuci'tu pun dah ada. Mohlah kita kuatkan hati dan teguhkan iman biar tak koyak sekeping hati tisu aku ni.

"Apa yang kau cuba buat ni?" Tak cukup diheret dan ditolak, Haziq sambung pula marah. Kan aku dah cakap, jangan kata Unierah tak payung!

"Buat apa?" Buat-buat nafi di depan dia, makin naiklah takat asid di wajah lelaki ni.

"Ni, muka kau ni! Kenapa begini make-up kau hari ni?"

Sesaat, mataku terpejam erat. Perbetulkan sistem pernafasan aku yang sedikit tercungap akibat berjalan pantas tadi. Bila paru-paru cukup oksigen yang diperlukan, mataku celik semula dan sekali gus imej bengang Haziq tu menyerap laju ke kornea mata. Daripada berdiri tegak, tumit kaki menampung seluruh berat badanku. Kemudian tangan aku biar bersilang sempurna.

"Encik Haziq, ini bukan make-up." Jari telunjuk aku tunjuk kulit muka. "Ini... my natural skin." Tambahku lagi dengan penerangan sekali. Wajib bagitahu ni sebab dia macam tak boleh beza aje bila perempuan pakai make-up ke tidak.

Haziq memicit batang hidungnya. Dahi berlapis-lapis kerutannya. Mahu dia kerut lagi, aku yakin boleh cecah hidung perginya.

"Kau tak sepatutnya buat macam ni, Unierah. Kenapa tak pakai make-up macam selalu?"

"Apa masalahnya? Encik juga yang cakapkan, yang encik nak saya berkenal-kenalan dengan ahli keluarga encik. Jadi saya datanglah hari ni tanpa make-up. Kalau mereka kenal saya, biarlah mereka kenal dengan saya yang ini. Takde fake-fake. Takde sembunyi-sembunyi freckles hodoh saya ni." Dia nak aku kenal-kenal dengan keluarga dia sampai selesa, kan? Hah, cukup selesalah ni aku datang tak pakai make-up. Bukan mudah tahu aku keluar tadi tanpa secalit concealer kat muka ni.

"Lagipun, encik pun kena tahu juga rupa sebenar saya. Saya ni buruk encik, tak cantik langsung. Kalau encik nak kahwin, cari yang sepadan dengan encik. Yang lawa!" Bila Haziq tak menegah, aku rasa nak gelak sinis. Tak sabar nak dengar ayat penyesalan yang lamaran dia tempohari tu satu kesilapan. Namun tanggapan aku silap sama sekali bilamana tangan aku yang bebas tadi kembali dipautnya.

Pegang-pengang lagi! Memang ada yang aku cepuk kepalanya ni, bagi kesedaran sikit yang sentuh anak dara orang tu haram hukumnya!

"Eee... Encik tak jijik ke pegang orang hodoh macam saya ni?"

"Drop it already! It's not as ugly as you think."

"Of course, it's not as ugly as I think. But it could be uglier when people comment on it!" Tak termakan dengan sembang gebang Haziq tu, makin kencanglah rontaan aku. Berusaha keras minta dilepaskan.

"Listen here, Unierah. Your skin is perfectly fine! To me, it's a charm!" Tambah Haziq lagi, penyebab aku terdiam. Serta-merta pergelutan kecil kami terhenti.

MR. KING CONTROL (OG)Where stories live. Discover now