+Lee Yeonbi pov
Aku berjalan menuju ke kelas seperti biasa tapi kali ini luar biasa. Jantung aku berdegup laju seolah-olah aku telah dikejar dengan empat ekor harimau. Air liur aku telan dengan perit. Tangan aku kiri kanan dipegang oleh Kim Bom dan Eungi. Diaorang cuba melindungi aku.
"Weh, aku malu nak masuk kelas." ujarku dengan nada suara hendak menghambur tangisan. Secara automatik langkah kami bertiga terhenti di tengah kawasan koridor. Sengaja kami bertiga datang awal ke sekolah. Kalau datang lambat lagi malu bila dah jadi tumpuan ramai.
"Yah, Lee Yeonbi shi. Swag! Swag!" tegur Eungi dengan wajah serius menyuruh aku untuk tidak mudah lemah. Lengan aku dibabap manja dan dia tunjukan gaya hip hop.
"Aigu, tulah kau. Pergi bunowh Bibi sana!" Kim Bom mencelah pula.
"Mana boleh bunowh Bibi. Kau bunowh jelah aquee! Aku yang bersalah dalam hal ni. Ini, ini..." aku angkat jari jemari aku untuk tunjuk pada mereka.
"Perlu di sanitizers!" sambungku lagi dengan jeritan kecil dan menghambur tangisan tanpa air mata.
"Tah kau ni Bom. Manalah si Yeonbi ni sanggup bunuh Bibi. Bibi tu anak dia dengan Jungkook." tutur Eungi kepada Bom dan aku membulatkan mata serta merta.
"Ehhh? Kejap, aku pening. Kau pernah couple dengan Jungkook ke? Sampai timbul Bibi..." Bom mula kebingungan yang terserlah dia punya tahap bingung tu. haih.
Aku dan mereka kembali menyambung perjalanan.
"Mana ada!" aku menafikan perkara itu. Sememangnya aku dan Jungkook tidak pernah menjalinkan hubungan cinta. Kami hanya rakan sekelas. Dah lima tahun berturut-turut jadi classmate dia. Aiguu boring!
"Taklah. Dua tahun lepas masa majlis akhir tahun. Kelas kitaorang ada buat jamuan kelas tukar tukar hadiah. Yeonbi ni dapat hadiah dari Jungkook. Masa tu gempuck woii. Sebab semua orang beli barang 2 hengget je. Si Jebon je ni terlebih kaya beli anak kucing kebetulan Yeonbi dapat. Memang bertuah gila ar." Eungi memulakan penceritaan dan kami kembali sambung perjalanan.
Kalau nak tahu, kami bertiga satu kelas masa awal masuk sekolah ni iaitu kelas B. Lepastu Bom terlajak pandai jadi tahun kedua sekolah dia masuk kelas A sampai lah gred terakhir ni. Aku dengan Eungi pula deret kelas B dan gred terakhir ni baru dapat sama dengan Bom. Sebab tu Bom kureng tahu cerita ni.
"Ouhh, then nama Bibi siapa bagi? Jebon ke?" soal Bom lagi.
"Yaa. Masa aku dapat hadiah tu. kebetulan hari hujan. Maksud Bi kan hujan. Nama aku pun ada Bi. So... Jebon suruh panggil Bibi. Aku panggillah dia Bibi. Sebab moment tu pun ada dekat kelas B so pepandailah kau fikir. Hahah." kataku pula memulakan penceritaan yang sebenar. Terangguk angguk kepala Bom.
Tanpa aku sedar, kami dah sampai di hadapan pintu kelas. Aku fikir kami dah paling awal. Rupanya Jimin, Euna, Suga, ketua kelas kami Namjoon dah sampai dulu. Almaklum diaorang ni memang muka-muka budak kelas A dari dulu termasuk Kim Taehyung hm.
Aku, Eungi, Jungkook, Hoseok, Seokjin muka muka budak kelas B yang baru merasa masuk kelas A. Hikhok. Thats why aku nampak Euna macam bitter sangat dengan aku semalam lols. Mesti dia ada hati dekat Taehyung. Huh!
"Oh Mai Gash! Yeonbi dah datang...." Jimin tersenyum lebar dengan wajah yang memainkan peranan penting dan aku tahu mesti dia nak bahan aku.
"Weh, macam mana semalam dia confess?" sengaja Namjoon menyoal.
"Macam ni macam ni..." Jimin bangkit dari tempat duduknya.
"Terimalah. Aku dah tak leh tahan dengan kementalan ini.." ujar Jimin mengajuk ayat chat aku di dalam group kelas bersama tangannya dijulur kedepan gaya sticker love yang aku hantar semalam.