39

3.2K 666 1.3K
                                    

Happy reading and enjoy! ☁️💓

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Happy reading and enjoy! ☁️💓

_______

Tap!

Tap!

Tap!

Tap!

Tajam anak mata Yeonbi mencerlung wajah Jungkook dengan setiap pergerakan kaki menghalang laluan lelaki itu. Jungkook ingin ke kanan, Yeonbi bergerak ke kanan. Jungkook ingin ke kiri, Yeonbi akan bergerak ke kiri. Matanya masih tidak lepas dari melirik ke atas memandang Jungkook yang tinggi. Tangan di depakan tanda menyekat perbuatan Jungkook.

"Huh." satu keluhan kecil dilepaskan oleh jejaka itu. Yeonbi tayang riak lagak macam HAA KAU NAK LARI MANA?

"Sini, bincang." Yeonbi cuba bersikap matang di dalam hubungan. Ya, Yeonbi mengaku. Terkadang dia kata dah benci tapi nanti rapuh balik pastu nanti benci semula pastu nanti sendu kembali pastu nanti dah malas nak ambil tahu tapi nanti...

"Bincang apa lagi?" soalan yang dilontarkan oleh Jungkook cukup buat Yeonbi rasa suhu tubuh badannya mula memanas. Pandangan semakin tajam menyoroti wajah Jungkook. Lama kelamaan pandangan itu berubah redup.

"Kau fikir aku bola ke?" Yeonbi bersuara dengan tenang dan lembut. Berharap, Jungkook faham hatinya sedang berada di dalam kesedihan.

"Yang boleh kau baling ke sana dan ke sini?" tanya Yeonbi lagi. Jungkook diam tidak membalas, dia cuba mencerna kata-kata Yeonbi adakah Yeonbi sudah mengetahui sesuatu hal? Yang Taehyung juga mempunyai perasaan yang sama..

"Kenapa kau bodoh sangat? Aku dah pernah cakap yang aku dah sedar sebenarnya aku sukakan kau. Apa lagi yang kau tak faham dan apa lagi yang kau nak?!" makin lama suara Yeonbi semakin kuat padahal mereka berada di kawasan koridor sekolah. Bila-bila masa sahaja boleh jadi tumpuan para pelajar di sana. Itu pun dah ada dua tiga orang yang memandang.

"Betul kau tak ada perasaan dekat Taehyung?" soalan Jungkook diangguk laju oleh Yeonbi. Dah sure 100% tiada. Clean and clear. Cintanya hanya untuk Jeon Jungkook!

"Kalau macam tu. Kenapa kau biarkan Taehyung cuba cium kau? Pejam mata, menanti sentuhan..."

"Yah!" laju Yeonbi memotong percakapan Jungkook yang sinis itu sebelum ada kata-kata lain yang bakal menyakiti hatinya.

"Apa yang kau dengar dari mulut Jimin tak sama dengan realitinya dan apa yang Jimin nampak pun tak betul. Dia tak tahu situasi sebenar. Bibir aku ada coklat, Taehyung tolong bersihkan. Itu je." Jungkook berdecit sinis mendengar penerangan dari Yeonbi. Matanya meliar memandang ke arah lain sebelum menumpu semula pandangan menatap wajah Yeonbi.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now