♥ ; Wattpad berjaya buat Jia hampir malas nak update sebab kehanatan beliau di chapter 30. Hahah, nasib baik mood daily update masih on. Em em btw happy reading 💓☁️____
Yeonbi pandang Puan Jeon dengan senyuman manis namun sedikit menunduk kerana berasa segan ditatap sebegitu rupa. Bibir yang kering dibasahkan, kedua belah telapak tangan sudah naik sejuk mengenangkan nasib diri.
"Kamu, Lee Yeonbi?" tanya Puan Jeon tidak terlalu ramah tidak juga terlalu dingin. Eshe eshe je.
"N-nae." Yeonbi mengangguk seraya tersenyum tipis.
"Kamu anak Puan Lee Sujin kan?" soalan Puan Jeon diangguk lagi oleh Yeonbi.
"Kenapa kamu nampak takut? Saya tak makan orang." tutur Puan Jeon mula menunjukkan senyumannya dan pada ketika itu Yeonbi baru rasa lega.
"Heheh, maaf auntie. Y-yeon.. tatowtt.."
"Aiguu, nak jadi menantu auntie kena beramah mesra tak boleh diam macam ni." bicara wanita itu menasihati dengan lembut. Yeonbi tersenyum tipis. Ya Puan Jeon ya, tunggu aku beraksi.
"Sebelum tu, terima kasih sebab sudi followback auntie."
"Ish, auntie ni. Saya yang patut berterima kasih dekat auntie sebab sudi follow saya. Auntie dah 2.1 million. Saya K pun belum capai." Yeonbi tersenyum kambing menyedari diri yang tidak seretis Puan Jeon.
"Saya nampak kamu dan Jungkook selalu berinteraksi di dalam instagram. Saya dengar kucing kamu mati kena bunuh. Aiguu, kesian dia." kata Puan Jeon beriak simpati akan berita yang diterima itu. Yeonbi tersenyum tipis. Ala Puan Jeon ni, ingatkan dekat Bibi pula. Dah sedih balik.
"Hah Yeon, sementara tunggu maid saya sediakan makan tengah hari. Jom, ikut auntie jumpa koo, kii, ggu, ggi, bie, boe, bae, no, chu, come, thru." lengan Yeonbi ditarik dari terus duduk di sofa. Yeonbi terpinga-pinga. Nak bawa kemana pula ni? Jungkook pula satu, tukar baju sekolah lama benor. Ni mesti sengaja nak biar dia beramah mesra dengan Puan Jeon.
"Eoh? Heheh siapa diaorang tu auntie?" tanya Yeonbi mengikut Puan Jeon dari arah belakang. Lengannya masih dipegang oleh wanita itu. Ala softnya.
Puan Jeon hanya tersenyum lalu membuka satu pintu dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut.
"Wahh, jinjja daebak!" mata Yeonbi membulat dengan mulut ternganga melihat sekeliling ruangan itu. Wahhh, tak sangka Puan Jeon seorang penternak arnab yang berjaya rupanya.
"Auntie, comelnya!!!!" puji Yeonbi mendekati sebuah sangkar yang memperlihatkan tiga ekor anak arnab yang baru lahir.
"Wahhh! Auntie!!" Yeonbi pandang Puan Jeon dengan tatapan mata teruja sakan melihat kecomelan arnab-arnab itu. Eij gewram, macam rupa Jungkook.