29

4.1K 700 939
                                    

Yeonbi jalan di hadapan dengan gaya gangster. Satu tapak ke belakang ada Jungkook jalan di sebelah kanannya bersama penyapu, Taehyung di sebelah kirinya bersama penyodok.

Yoongi di sebelah Taehyung bersama chyper, di sebelah Yoongi ada Bom yang membawa kamus dewan setebal bapak gajah. Jimin pula di sebelah Jungkook bersama rambut palsu. Disebelah Jimin ada Eungi yang membawa pisau cukur. Namjoon dan Hoseok menjadi benteng pertahanan.

"Yah, Kang Euna!" panggil Yeonbi lagak gangster bertamadun dengan mengunyah gula gula getah. Dia pandang Euna tak puas hati dari bawah sampailah mata bertemu mata. Hidung digosok perlahan sebelum meraup rambut ke belakang.

"Eung?" Euna membulatkan mata dan dikedipkan-kedipkan melakukan aegyo.

"Kkeojyeo!" tempik Yeonbi dengan kening sebelah dijungkit lagak.

"Bwo?!"

"You need to say hajima, sebelum i jugullae you, arra?!"

"Huh? Apa yang kau cakap ni?!"

"SQUAD SERANG!" Yeonbi menaikkan sebelah tangan untuk mengarahkan rakan-rakannya yang lain terus pergi ke medan pertempuran.

"Yah, Yeonbi ah~ ireona!" pipi Yeonbi ditampar perlahan bersama tubuh gadis itu digoncang-goncang. Eungi dan Bom berusaha mengejutkan Yeonbi yang sedang seronok membantai Euna di alam mimpi.

"Ha, amek kaw!" Yeonbi meracau dalam tidurnya.

"Yah! yah!" kali ini Eungi terpaksa berkasar dan barulah Yeonbi tersentak ke alam realiti. Matanya membulat dan merah. Dia pandang Eungi dan Bom dengan jantung berdebar sakan. Dah kenapa ni?

"Yeonbi, Jimin chat aku bagitahu Taehyung dengan Seokjin bergaduh dekat chalet dorang."

"BWO?!" semakin segar biji mata Yeonbi. Dah kenapa pula tu? Sekejap-sekejap yang tadi dia bergusti tu apa? Yeonbi mula termangu-mangu.

"Pasal Euna dan Bibi." sambung Bom pula. Yeonbi mula memproses semua ayat dan kejadian.

"Huh?! Heol!" terus berdesup Yeonbi turun dari katilnya dan berlari keluar diikuti Eungi dan Bom di belakang.

_____

Sampai sahaja di chalet geng peluru, Jimin terus membuka pintu sejurus melihat kelibat tiga orang gadis. Siapa lagi kalau bukan Yeonbi and friend's.

Berderu nafas Taehyung dan Seokjin saling berlaga pandangan. Namjoon cuba menghalang pergaduhan dengan menenangkan Seokjin, manakala Jungkook cuba menenangkan Taehyung.

Teruk juga, Seokjin kena bantai dengan wajahnya sudah berdarah dan luka makan penumbuk Taehyung. Baran Taehyung betul-betul naik ke oktaf. Sejujurnya, Jungkook sangat terkejut dengan emosi amukkan Taehyung sejurus dapat tahu yang Seokjin telah menjadi pengkhianat.

"Kenapa ni? Kenapa korang bergaduh? sebab Euna? Bibi? Wae? Wae? Wae?!" terjah Yeonbi dengan rasa cemas. Semua tertumpu ke arah Yeonbi. Siapa pula yang pergi cakap dengan Yeonbi ni?

Kalau boleh biarlah mereka sahaja yang tahu hal pergaduhan di antara jejaka jejaka Kim.

Rasa amarah Taehyung semakin menurun tapi ada sesuatu yang buat dia rasa nak marah diri sendiri. Kenapa dia nampak over? Argh!

Lantas dia terus keluar dari chalet tersebut meninggalkan mereka semua. Tercungap-cungap
Seokjin, matanya dipejam buat seketika menahan rasa sakit di bahagian tulang pipi.

"Huh, a-aku tak bagitahu pape kat Euna." tutur Seokjin dengan suara melemah. Serentak Jungkook, Hoseok, Namjoon dan Yoongi menoleh pandang ke arah Jimin. Jimin pula dengan mulut termuncung ingin mengatakan sesuatu dengan mata membulat.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now