"Ommo, happy aku dengar kau dah berbaik dengan Jungkook. Hekhek bercinta pulak tu. lepasni bolehlah menimang the real cahaya mata.." sakan Eungi mengusik membuatkan Yeonbi nak marah ke nak gelak.
"Kepala hotuck kau!" tutur Yeonbi bersama tawaan kecil dihujung ayatnya. Bukan kahwin pun. Tibehlah Eungi ni. Gadis itu dah tergelak gelak sakan bersama Bom. Yeonbi sekadar menggeleng perlahan. Haih, kawan-kawan.
Seperti biasa, mereka bertiga berjalan ingin menuju ke dalam kelas. Kenalah, gurau-gurau manja sikit. Dahlah dalam kelas tu tempat duduk dah berjauhan.
"Yeonbi sunbaenim!" seorang pelajar junior dengan rambut keperangan kerintingnya diikat dua datang menegur Yeonbi. Automatik tawaan si gadis-gadis cloudylop ini terhenti serta merta.
"Nae?" soal Yeonbi menjungkit alis kening.
"Saya, Kim Doda pelajar junior tahun 3. Boleh tak, saya jumpa sunbaenim secara private. Ada benda nak cakap." teragak-agak Doda ingin berkata-kata seraya anak matanya memandang ke arah Eungi dan Bom. Tujuannya ingin meminta rakan-rakan Yeonbi pergi dari situ.
"Em, Eunbom. Korang masuk dulu." tutur Yeonbi mengarahkan rakannya untuk pergi. Eungi dan Bom tak ada masalah akan hal itu sebelum tu Eungi scan dulu muka si budak Doda ni. Takut dia orang suruhan Euna.
Setelah rakan-rakan Yeonbi pergi, Yeonbi menjungkit alis keningnya meminta gadis itu meneruskan kata. Gadis itu tersenyum bagaikan ada sesuatu yang hendak disampaikan.
"Yeonbi sunbaenim, em. Doda dapat tahu
yang Yeonbi sunbae pandai mengedit. Hehhehehehehehhehehehehejhhejehehehejhjehejejehhehehehshehhehehehehhehehehejhehehehehehehuhuhuhuhu.""Ha, lepas tu?" soal Yeonbi blur. Apa kena mengena edit dengan hehehehehehehhe?
"Um, cuba sunbaenim tengok gambar yang Doda edit ni.." telefon pintarnya dihulur pada Yeonbi dan membulat sakan mata Yeonbi melihat karya Doda yang seakan karyanya cuma....
"Rahsia ni, hanya sunbaenim je yang tahu tau. Doda suka Jeykay sunbaenim. Tapi kan, Doda tak tahulah, macam mana nak matchingkan leher Jungkook dengan actor ni. Warna dia tak sama filter. Macam mana ek?" Yeonbi rasa nak hilang nafas dekat situ juga.
JUNGKOOK TERLALU POPULAR DI DALAM SEKOLAH INI ADAKAH AKU SORANG JE YANG DAHULUNYA TERSESAT SUKA KIM TAEHYUNG?
MENGAPA AKU TIDAK MENOTICE DIRI INI SANGAT BERTUAH?! Huwahiwanuwa
____
Loceng waktu rehat sudah berbunyi, ramai pelajar yang berpusu-pusu ke kantin untuk membeli makanan. Eungi dan Bom pun dah tak cakap banyak, mereka tahu rakannya sedang bahagia dan perkara itu akan dirahsiakan jadi mereka tidak kecoh dan terus meluru ke kantin bersama sama. Mereka berdua memang kecoh, tapi bila sampai bab-bab serius mereka harus menjadi orang yang matang.
Yeonbi bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke arah Jungkook dengan hati yang senang, girang, bahagia gitu. Hari ini, dia tekad. Dia nak jaga buah hatinya sebaik mungkin. Ramai betul perempuan-perempuan yang naksir sama itu Jengkuk!
Taehyung yang masih di tempatnya memandang Yeonbi dan Jungkook pelik. Mereka nampak ada sesuatu, setelah seminggu macam tak berkawan tiba-tiba jadi mesra semacam. Taehyung ambil kesempatan untuk diam sahaja dan bangkit dari tempat duduknya.
"Tae, basketball jom." ajak Jimin seraya pergi ke locker belakang kelas untuk mengambil pakaian sukannya. Taehyung menoleh pandang ke arah Jimin seraya mengangguk perlahan menyetujui ajakan itu.
"Kook, nak join?" soal Taehyung pula. Jungkook yang pada mulanya bergedik-gedik dengan Yeonbi serta merta memandang jejaka itu.
"Tak, takda mood." balas Jungkook menolak sopan ajakan Taehyung. Taehyung sekadar mengangguk dan berlalu pergi ke bahagian locker. Sempat dia pandang Yeonbi dan Jungkook. Memang ada sesuatu yang tak kena.