43

3.4K 667 1K
                                    

Korang pilih siapa?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Korang pilih siapa?

Yeonkook / Yeontae

💓☁️
____

Yeonbi terdongak pandang dua orang lelaki itu silih berganti. Ex boyfriend dan Ex crush  masih berlaga pandangan. Berdebar sakan jantungnya, takut ada pergaduhan yang bakal berlaku. Jadi, dia ambil keputusan untuk menarik tangannya dari dijadikan rebutan. Pada ketika itulah, guruh berdentum.

Mereka bertiga mendongak pandang langit, hujan kembali merintik membasahi bumi. Kedua belah tangan Yeonbi naik ke atas kepala untuk melindungi diri walaupun tak dapat nak terlindung pun. Lantas mereka bertiga berlari anak mencari tempat berteduh kerana hujan semakin lebat.

Anjung premis kedai bunga menjadi pilihan mereka berteduh kerana tempat itu sahaja yang paling dekat dengan kedudukan mereka tadi.

"Arhh, bumi menangis hari ni." tutur Yeonbi dengan anak mata memandang ke arah air hujan yang semakin lebat turun ke bumi. Secara refleks Jungkook melepaskan jaket yang dipakai dan letak di belakang tubuh Yeonbi.

"Baju kau dah basah, tak elok untuk kesihatan mata lelaki."  tutur Jungkook menutupi tubuh gadis itu sekaligus menarik Yeonbi agar berdiri di sebelah kanannya dan Jungkook mengalih ke tengah bersebelahan dengan Taehyung. Yeonbi tak boleh di tengah.

"Huh. Aku pergi ambil kereta jap." kata Taehyung berura-ura untuk pergi meredah hujan dan mengambil kereta yang di parking di hujung jalan sana.

"Taehyung-ah..." baru hendak membuka langkah, Yeonbi bersuara untuk menghentikan perbuatan jejaka itu.

"Aku ikut." kata Yeonbi dengan penuh pengharapan agar dia tidak duduk berduaan di sini dengan Jungkook. Berubah air muka Jungkook, dia masih tetap memandang Yeonbi dengan pandangan yang dalam namun terselit beribu kekesalan. Hanya kerana perkataan "aku ikut" hati Jungkook terasa dicarik-carik.

"Gwaenchana, kau tunggu sini. Aku akan datang lagi." tutur Taehyung tidak mahu Yeonbi ikut serta dalam meredah hujan. Boleh demam..

"Tak apa, aku nak ikut juga." Taehyung diam seketika, mengetap bibir dan matanya melirik pandang Jungkook yang masih tak lepas memandang Yeonbi di sebelahnya.

"Em, okay." balas Taehyung mengangguk kecil.

"Nah.." jaket Jungkook kembali dipulangkan dan Yeonbi sarung di belakang tubuh jejaka itu.

"Baju hoodie aku tebal, tak nampak badan pun. Terima kasih sebab prihatin. Mian, jaga diri." sambung Yeonbi lagi sebelum membuka langkah mendekati Taehyung.

"Oh ya, aku bukan yeochin kau lagi. Kau cakap, kau takkan menyesal lepaskan aku sebab Seoyun lagi comel. Jadi, pergilah dekat dia.." sempat Yeonbi memerli tanpa memandang dan tangan Taehyung terus dicengkam lembut menarik jejaka itu untuk meredahi hujan bersama-sama. Mereka berlari di setiap laluan anjung premis. Jadi tak lah terlalu basah.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now