💓☁️
_____-kring!
Loceng berbunyi menandakan waktu balik sudah tiba. Sedang semua pelajar masih menyusun atur buku-buku ke dalam beg dan berbual-bual. Jimin terus beredar keluar dari kelas dengan perasaan bengang. Dia masih belum dapat terima lagi yang dia kena reject. Apa kurang dirinya?!
"Ei, apehal siut?" kening Eungi bertaut geram melihat tingkah Jimin yang kurang baik hari ini. Bom dan Eungi saling berpandangan seraya menarik zip beg sekolah mereka.
"Biasalah tu, baru lepas kena reject memang emo." tutur Bom memandang pintu kelas sekilas. Pintu yang menjadi laluan Jimin tadi.
"Jimin confess dekat kau?" Yoongi bersuara setelah mendiamkan diri dari tadi. Anak mata Eungi melirik pandang Yoongi dan dia mengangguk. Cis, lincah anak Jimout buat kerja. Nasib baik kena reject.
"Alah, kena reject je pun. Mengamuk macam apa." Namjoon pula mencelah. Yeonbi, Taehyung dan Jungkook masih berdiri di tempat masing-masing menanti cerita dari Eungi.
"Mungkin dia mengamuk sebab aku reject, marah dan tampar dia." Eungi ketap bibirnya rapat mengimbau semula peristiwa di mana dia bertukar menjadi singa sehingga memalukan Jimin. Kebetulan ada pelajar-pelajar lain lalu, jadi Eungi tak sengaja menghamburkan kemarahan di hadapan khalayak ramai.
"Dah kenapa kau tampar dia?" giliran Jungkook bersuara. Nak tahu cerita juga. Yelah, tadi Jimin ada praktis nak lakukan adegan kisseu dengan Eungi.
"D-dia, dia nak kiss aku. Apa dia fikir, asal confess je kena kiss?!" mula lah Eungi menghamburkan ketidakpuashatinya menyebabkan semua berada di situ terkejut beruk. Kecuali Yeonbi dan Jungkook. Mereka terasa seperti kehilangan nafas buat dua saat. Cepat mereka menunduk seraya membasahkan bibir. Merenung kisah lalu. Tercyduk!
"Peh, siapa yang ajar budak pendek tu jadi macam tu?!" Seokjin pula angkat bicara. Hati Taehyung direntap sesuatu rasa yang susah untuk dia gambarkan tapi dirinya terasa dan Jungkook juga melirik pandang Taehyung kerana Jimin ada cakap nak ikut style Taehyung.
"Owh, em kalau macam tu aku pergi kejar Jimin dulu. Mana tahu dia tengah hilang akal nak bunuh diri ke en?" cepat-cepat Jungkook beredar pergi untuk mengejar Jimin yang dah hilang entah ke mana. Taehyung menghela nafas panjang.
_____
"Yah, Park Jimin!" Jungkook mengejar lelaki itu sehingga dia dapat merangkul bahu Jimin dari arah belakang. Cepat sahaja Jimin mengalihkan lengan Jungkook dari bahunya. Dia tidak ada mood. Nak balik cepat, nak tidur.
"Aigu, rilek. Takkan kena reject sekali semangat dah patah." ceh pandai Jungkook berkata-kata. Tak sedar diri, dia dulu pun semangat dah patah sampai biarkan je apa yang Yeonbi nak buat.