Happy reading!💓☁️
_________
Lee Yeonbi pov
✿◕ ‿ ◕✿
Aku menatap Jeon Jungkook dari arah jauh. Mata aku hanya tertumpu padanya walaupun sudah cukup seminggu kami berdua menjalani kehidupan seperti orang asing. Macam tidak mengenali antara satu sama lain padahal duduk di dalam kelas yang sama.
Huh, aku terus menatapnya dan bersaing dengan puluhan pasang mata gadis-gadis lain. Bunyi sorakan dan jeritan para pelajar mula kedengaran. Setiap tahun, sekolah fenfection high school akan menjadi tuan rumah untuk acara sukan renang dan setiap tahun juga kami akan bergelar juara berkat dari kehebatan Jeon Jungkook. Dia hebat dalam segala hal. Tapi dia tak hebat dalam mengawal perasaannya.
Sekarang, aku duduk di bangku penonton bersama Eungi dan Bom. Pandangan mata aku masih tidak lepas dari memandang Jungkook yang telah bersedia berdiri di atas papan untuk melompat ke dalam air. Doda dan rakan-rakannya yang duduk di belakang aku sudah berdiri dan melompat-lompat memberi semangat penuh bersemangat. Ha macam tu, hyper secara tetibeh!
"Jeon Jungkook! Kookjungjeon! Jeon Jungkook! Kookjungjeon! Hwaiting! Kalau kau menang aku belanja kau bulgogiiiii! Yahhhhhh!!!"
Aku tersenyum kecil, mengingati setiap tahun. Aku, Eungi dan Bom akan melancarkan jeritan macam orang hilang anak semata-mata ingin memberi semangat untuk Jungkook. Tidak peduli, seberapa banyak pasang anak mata yang memandang kitaorang dengan sinis sebab suara kitaorang boleh dikatakan macam petir.
Masa tu, Jungkook akan memandang ke arah aku semula dan tersenyum. Tapi, sekarang tiada lagi. Dia tidak seceria di masa lalunya. Dia nampak fokus dengan pertandingan sahaja.
Pandangan mata aku terenggut pula dengan kehadiran seseorang berdiri bersebelahan dengan jurulatih renang sekolah. Terjungkit alis kening aku apabila melihat Taehyung turut menyertai pertandingan ini. Tak mungkin, setahu aku Puan Kim sudah melarangnya semula. Emp, ada sesuatu yang tak kena.
Dia mula membuka langkah naik ke atas papan untuk turut menyertai line up pertama. Setiap sekolah akan menghantar dua orang wakil bagi setiap pusingan.
Jantung aku berdebar sakan mengingati malam kelmarin selepas Taehyung mengungkapkan isi hatinya, aku rasa janggal dan malu. Mujur, Taehyung pandai mengawal suasana supaya aku tidak berasa janggal apabila berada di sisi dia. Aku masih belum memberi sebarang kata putus sama ada ingin menerima Taehyung atau tidak. Semuanya masih terlalu awal untuk memulakan hubungan yang baru. Aku dan dia hanya berkawan seperti selalu.