Yeonbi melangkah pergi dengan rasa panas dan geram. Tak dihiraukan pun Jungkook yang sedang mengejarnya dari arah belakang. Oleh kerana Yeonbi berjalan dan Jungkook berlari, akhirnya lengan gadis itu berjaya direntap dari belakang.
"Yeon." panggil Jungkook bersama nafas yang tidak teratur akibat berlari. Automatik langkah kaki mereka terhenti. Yeonbi dongak sedikit kepalanya seraya menjungkit alis lagak dan rahangnya diketap rapat.
"Yeon, mian." ucap Jungkook seraya mengatur nafasnya. Yeonbi berdecit sinis .
"Peluklah dia lagi.." sindir gadis itu seraya menjeling tajam wajah Jungkook. Jungkook hela nafas berat. Okay, satu masalah nak kena pujuk.
"Yeon, aku cuma tolong dia. Aku tak sengaja, tetiba tergerak ke dia." kata Jungkook cuba beralasan tapi memang itulah kenyataan. Secara refleks dia membantu Seoyun. Andai kata bukan Seoyun yang di situ dia juga akan melakukan perkara yang sama.
"Tapi tak payah peluk boleh kan? Kalau nak jadi hero sangat tangkap jelah bola tu. Tak payah nak buat adegan klishe kat depan mata aku!" ujar Yeonbi menghamburkan emosinya.
"Tak sengaja." Jungkook mencemik sedih. Cuba meraih simpati. Sebelah tangan Yeonbi mahu diraih tapi Yeonbi terus peluk tubuh sendiri dan lempar pandangan ke sisi. Dia hembus nafas tidak puas hati.
"Yeon.." lelaki itu memanggil lagi.
"Aku tak sukalah kau buat baik dengan orang." Yeonbi terus menyatakan rasa hatinya. Jungkook berkerut dahi buat seketika. Aik, pelik!
"Dapat boyfriend baik pun, tak suka ke? Apa salah, aku jadi baik? Ke kau nak aku jadi bad boy. Boleh je."
"Jungkook!" Yeonbi berdecit seraya mengalihkan pandangan ke arah Jungkook dan menatap wajah jejaka itu tidak puas hati. Orang betul-betul, dia main main pula.
"...jangan sampai, apa yang kau buat ni makan diri kau sendiri." nasihat Yeonbi dengan suaranya sudah mula menurun tapi dia tetap rasa sakit hati.
"Eo? Maksud kau?"
"Jangan sampai, Seoyun tu suka kau. Lepastu, kau suka dia. Lepastu, kau tinggalkan aku. Lepas tu.. nah, sad ending. Huh!" secara refleks Yeonbi guling biji mata.
"Yeonbi yang aku kenal dulu tak negatif macam ni tau. Aku tak faham, kenapa kau jadi negatif macam ni. Euna, Seoyun kau fikir mac..."
"Dahlah, kau pergilah dekat member kau.." sejurus itu Yeonbi terus melangkah pergi. Nak emo ni nak emo!
Seoyun mengintai di sebalik tembok melihat pergaduhan kecil di antara Jungkook dan Yeonbi. Bibir gadis itu menguntumkan senyuman kecil. Sikap Jungkook yang mudah memberikan bantuan itu tampak boleh digunakan.
____
Tepat jam 4:45 petang, bandar kota Seoul dilanda hujan lebat menyebabkan Seoyun terkandas di perhentian bas selepas pulang dari kelas muziknya. Jam dipergelangan tangan dikerling, jarum jam sudah menunjukan pukul 5:15 petang. Dia menghela nafas berat. Mesti ibunya lupa lagi nak ambil.
Dengan rasa yang geram, dia keluarkan telefon dari poket baju blazer untuk menghubungi ibunya. Tetapi, pergerakan gadis itu terhenti. Dia menghentikan niatnya buat seketika dan berfikir sejenak. Bibir bawah dipagut. Kejadian sewaktu rehat tadi terimbas kembali.
Timbul di benak fikiran, untuk menguji kebaikan jejaka itu lagi sekali. Jika, Jungkook sanggup menghulurkan bantuan, perkara ini akan memudahkan dirinya untuk sentiasa berhubungan rapat dengan Jungkook walaupun lelaki itu sudah mempunyai Yeonbi.
Tanpa membuang masa, dia menyentuh nama Jungkook di ruangan kenalan untuk menelefon jejaka itu. Dia kembali duduk di tempat duduk yang disediakan apabila kilat dan guruh menyambar.