Sampai sahaja di restoren Itaewon tempat temujanji dirinya bersama Jaehyun. Jungkook dan Yeonbi menghentikan langkah di hadapan sebuah meja makan. Elok Yeonbi berdiri di samping Jungkook dan mereka pandang Jaehyun yang sudah lama menunggu sekitar 15 minit yang lalu.
Raut wajah Jaehyun serta merta berubah teruja dan ceria melihat kehadiran Yeonbi di sini. Kening Jungkook bertaut pelik seraya tangannya yang berada di sisi terus sahaja menyambar tangan Yeonbi yang turut berada di sisi tubuh. Jari dimasukkan ke celahan jari jemari Yeonbi. Yeonbi terpinga-pinga mendongak pandang Jungkook yang berdiri sebelahnya. Jungkook pula masih memerhatikan Jaehyun dengan pandangan pelik dan curiga.
Jaehyun datang merapat dengan matanya tertumpu pada Yeonbi sahaja sampai lupa nak menyapa Jungkook. Tangan Jungkook yang memegang erat tangan Yeonbi tadi didepakan di paras dagu gadis itu. Tanda melindungi. Mata Yeonbi terkebil-kebil dengan kepalanya ditoleh semula ke arah Jungkook.
Yeonbi melangkah setapak ke belakang namun masih dekat dengan Jungkook, cuba melindungi diri sendiri. Tak boleh harapkan Jungkook je. Takut Jaehyun lagi power.
"Kau kenapa?" soal Jungkook curiga. Jaehyun yang baru tersedar dari keterujaannya cepat sahaja menghadiahkan rakannha itu senyuman kecil. Jaehyun terkulat-kulat di situ, tanpa sedar dia dah buat dua manusia ini tidak selesa dengan sikapnya..
"Wah, dah macam bodyguard!" usik Jaehyun menahan diri dari tawa. Serius, Jungkook dah macam bodyguard bersiri. Eh ada ke?
"Memang aku bodyguard dia.." ceh, lagak Jungkook berkata-kata. Tak puas hati ni, ada something tak kena. Jangan cakap yang Jaehyun suka..
"First of all, terima kasih sebab sudi bawa Yeonbi ke sini. Jom, kita order makanan luu." ajak lelaki itu dengan selamba tanpa menghiraukan pandangan Jungkook yang penuh kecurigaan.
Apa yang Jaehyun ni mahukan?
___
"Yeonbi, pilih je nak makan apa. Hari ni, saya belanja. Jungkook kau pilih kau bayar sendiri." Yeonbi teragak-agak memandang Jungkook yang berada duduk disebelahnya. Jejaka itu basahkan bibir seraya membuang nafas kesal. Yeonbi tersengih kekok memandang ke arah Jaehyun pula.
"Yeonbi ah, saya selalu stalk instagram awak. Dari dulu sampai sekarang muka masih cute. Sumpah, comel!" pujian melambung diberikan buat Lee Yeonbi. Jungkook menolak lidahnya ke ruang pipi seraya mencapai telefon pintar yang diletakkan dihadapannya. Laju jari jemari menyentuh papan kekunci.
Ting!
Yeonbi sekadar tersenyum ke arah Jaehyun tanpa mengucap kata terima kasih dan cepat mengeluarkan telefon dari poket baju hoodie yang dipakai. Dia menerima sebuah pesanan ringkas dari..
jk🐰
Lepasni block jaehyun
private Ig .Kawan kau ni sakit ke?
HAHAHHAHAHAHAHAH
Tapi, aku terharu 🥺
Dia puji aku comel do
dulu masa aku single, org
tak nampak pun aku comel.
kenapa bila dah plural ni,
baru orang nampak?🤧jk 🐰
aku selalu puji kau comel 😤
kau tak terharu pun😞Jungkook letak telefon pintarnya di atas meja semula begitu juga dengan Yeonbi. Eleh, touching pulak!
Jungkook dan Yeonbi terus capai buku menu untuk memilih makanan yang mahu dipesan. Yeonbi senggol pelan lengan Jungkook. 'Merajuk ke?' anak mata Yeonbi seakan menanya perkara itu pada Jungkook. Jungkook buat tak endah.