Selamat hari raya! ☁️🤍__________
Baju t-shirt labuh dan longgar berwarna putih terpadan elok di tubuh Yeonbi. Rambut panjangnya dilepaskan dan tak lupa kepalanya ditutup dengan cap berwarna hitam. Dia, Eungi dan Bom sejak jam 8:00 malam dah terpacak di hadapan panggung wayang menanti ketibaan Jeon Jungkook al lembab.
"Weh, lembab betul laki kau tu." tutur Eungi seraya menelek jam di pergelangan tangan dah nak masuk pukul 9:00 malam. Dahlah belum makan lagi. Lapar!
"Wah wah dia menguji kesabaran aku. Nasib baik dia dah tolong kita!" sambung Eungi lagi menahan rasa amarah yang tak lama lagi akan meletup. Nasib baik, Jungkook berjaya pujuk Jimin.
"Call laki kau sekarang. Suruh cepat sikit, cakap dekat dia dah handsome dah tak payah nak bersiap lama sangat." Bom pula mencelah menyuruh Yeonbi menghubungi Jungkook yang masih tidak tahu apa khabar berita jejaka itu.
"Haih, yelah-yelah." ujar Yeonbi seraya membuka telefon pintarnya. Matanya membulat tatkala ruang notifikasi telefon sudah tertera chat Jungkook di situ. Alamak, macam mana pula boleh tak perasan ni?
Jeon Jungkook
Yeonbi, aku lambat sikit.
Dalam pukul 9 macam tu.
[7:57 Pm]Cepat sahaja Yeonbi membalas pesanan Jungkook walaupun dah terlepas hampir 1 jam setengah.
Ouh ok
sorry, aku baru perasan text kau
Kekekekekekeke
[9:05 PM]Jeon Jungkook
Lambatlah kau ni 😑
aku dah sampai.
[9:05 PM]"Ha, sampai pun dia..but wait what?!" terbelalak mata Eungi apabila melihat Jungkook tidak berseorangan. Ada Jimin disampingnya. Mestilah Jungkook akan ajak kawan, takkanlah dia keluar dengan gigirls gigirls je.
Yeonbi menoleh pandang ke arah dua jejaka yang sedang mengatur langkah ke arah mereka. Jimin pula elok dia cover kepala dengan cap.
"Sorry lambat, ni ha anak Jimout buat hal." tutur Jungkook sebaik menghentikan langkah di hadapan Yeonbi dan kawan-kawannya. Suasana jadi tegang seketika di mana Yeonbi, Eungi dan Bom terasa kekok berdepan dengan Jimin. Begitu juga dengan lelaki itu. Masing-masing cuba mengelakkan pertembungan mata. Jungkook yang faham akan situasi itu cepat berdehem kecil.
"Korang tak nak berbaik ke?" soal Jungkook cuba menghidupnan suasana yang menyepi.
"Dah, minta maaf antara satu sama lain.." sambung Jungkook lagi. INIKAN RAYA. Tibeh!
"Jimin, minta maaf dekat Yeonbi.." kata Jungkook mengarahkan lelaki itu untuk mengalah dahulu. Lagipun, memang semuanya salah Jimin.