34

3.2K 632 922
                                    

💓

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💓

_____

Taehyung menarik sebelah tangan Yeonbi agar semakin mendekat, gadis itu tersentak sekaligus membuka matanya kerana terkejut. Terkedip-kedip mata Yeonbi memandang wajah Taehyung sebelum menjatuhkan pandangan ke arah ibu jari Taehyung di bibirnya. Ibu jari itu menyentuh lembut dan sedikit menekan. Eh, bukan bibir dia lah!

"Kau, fikir apa?" pipi Yeonbi merona kemerahan apabila Taehyung mengajukan soalan sebegitu.

"Aku bersihkan coklat, dekat bibir kau." semakin tak keruan Yeonbi jadinya. Arghhh!

Cepat-cepat gadis itu menolak Taehyung untuk menjauhkan diri darinya. Jantung dah berdebar sakan bersama wajah membahang. Argh, malu!

Tanpa Yeonbi sedar kedua belah kaki dihentak-hentak. Menggelupur sampai tak peduli Taehyung yang berada di sebelahnya.

"Huwarhhhhhh!" rasa nak menangis. Tersungging senyuman kecil di bibir Taehyung sebelum lelaki itu menghamburkan tawaannya melihat Yeonbi semakin menggelupur. Tak rilek!

"Aku akan berjuang macam apa yang kau cakap. Gomawo." tutur Taehyung kembali pada topik agar Yeonbi tidak berasa malu. Ya, ada sedikit kekuatan untuk dia memujuk si ibu selepas dinasihati Yeonbi.

"Arh!" Yeonbi bangkit dari tempat duduknya. Dia pandang Taehyung dengan helaan nafas kasar. Ei, gaya macam nak cium lepastu eii!

"Dah lah, nak balik!" terus Yeonbi berlari keluar dari ruangan itu. Panas!

Taehyung cuba menahan rasa nak ketawa tapi tidak boleh. Terasa lucu melihat kekalutan Yeonbi. Mesti dia dah fikir lain.

"Aku nampak apa yang kau buat dekat dia, Taehyung." terhenti tawaan kecil Taehyung apabila satu suara menegur dari arah belakang. Jimin, yang baru keluar dari bilik persalinan jalan mendekat dengan riak serius.

"Kau memang nak kisseu dia kan tadi?" soalan Jimin berjaya buat Taehyung sedikit cuak. Tak sangka ada yang memerhati niatnya yang tidak kesampaian itu kerna memikirkan Jungkook.

______

"Yeon, kenapa ni?" Jungkook yang barusan datang ke sekolah semula untuk menghadiri latihan datang menegur Yeonbi. Gadis itu melompat-lompat di hadapan taman sekolah. Tumbuk batang pokok, tarik daun rumput dan sebagainya. Rasa macam nak bunuh diri.

"Eung?" Yeonbi memandang ke arah Jungkook. Lelaki itu datang mendekat dengan kening bertaut. Risau!

"Jungkook!" rengek Yeonbi sebelum sambung menjerit. Rasa macam dah buat salah dekat Jungkook.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now