20

3.6K 701 670
                                    

First of all, thank you semua sebab bertahan sejauh ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


First of all, thank you semua sebab bertahan sejauh ni. Tup tup dah chapter 20 dah kita huhuhu💓

____

Perlahan-lahan Yeonbi membuka mata. Pandangannya masih kabur dan dia cuba menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh tubuh. Ruangan di sekeliling terasa begitu asing baginya. Dia cuba bangkit dan melihat seisi ruang begitu mewah dan elegant . Takkan dah masuk syurga?

Klerk!

Nampak sahaja kelibat Taehyung masuk ke dalam ruangan bilik. Gadis itu cepat-cepat berbaring semula dan pejam mata. Acah tidur. Mulalah, dalam kepala otak, dia terimbas semula kejadian memalukan itu.

WEHH, TADI AKU TERBANG MASUK DALAM LONGKANG DEPAN EX KERASH. Ketahian siapakah ini yang sedang aku lalui?

Taehyung berdiri di hadapan katil, memerhati Yeonbi. Masih belum menyedarkan diri padahal sudah berejam juga dia dapatkan rawatan doktor persendirian dari keluarga Kim. Jam dipergelangan tangan dikerling.

4:06 petang!

Anak mata Taehyung melirik pandang gadis itu, dia datang mendekat dan semakin dekat. Tubuhnya ditundukkan seraya kepalanya didekatkan pada wajah Yeonbi. Bulu mata gadis itu bergerak-gerak. Dia nampak terlalu berjuang untuk tetap berlakon tidur? Hm!

Taehyung berdiri tegak semula, kedua belah tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar. Helaan nafas ringan dihembus tenang. Masih memerhati. Sejauh mana kau boleh berlakon?

Yeonbi tetap berusaha, berusaha menjadi seorang pelakon yang berjaya. Dia cuba, mengawal rasa hatinya sebaik mungkin. Dia malu hendak berhadapan dengan Taehyung. Sudahlah kejadian tadi masih segar di dalam ingatannya. Mesti buruk nak mampus cara dia terhumban dalam longkang tu dan Taehyung menyaksikan segala-galanya!

Arghhh!

"Okay, cut! Masa kau dah tamat. Kau boleh bangun." Taehyung menepuk tangannya dengan keberhasilan Yeonbi dalam lakonan yang sangat padu sehingga akhirnya gadis itu sendiri yang memejam mata terlalu kuat kerana terbayang kejadian tadi. Maka, lakonannya automatik gagal.

Yeonbi buka sebelah mata, melihat Taehyung sedang memerhatikannya tanpa ada secalit senyuman. Terus, terbuka kedua dua kelopak mata Yeonbi. Dia menelan liur dengan perit.  Tiba-tiba Taehyung mengambil tempat duduk di birai katil itu membuatkan jantung Yeonbi semakin tidak keruan. K-kacak!

Jungkook mana Jungkook?!

"Handphone kau." Taehyung hulur telefon pintar itu pada Yeonbi. Membulat teruk mata Yeonbi melihat telefon pintarnya sudah retak seribu tercampak juga telefon tu em.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now