15

4.3K 760 665
                                    


Jungkook melepaskan pelukan mereka dan laju sahaja Yeonbi menunduk. Jantung yang terletak di dalam kedudukkan tubuh dah hampir nak berguguran jatuh. Mereka bungkam tanpa suara. Dalam diam, masing-masing mengutuk diri sendiri dengan tindakan berani yang diambil. Mata Yeonbi terkedip-kedip dengan bibir bawahnya dipagut kuat. Memikir cara untuk menghilangkan rasa awkward ini.

"Emm. Ha!" gadis itu berlari ke arah telefon Jungkook yang berada di atas lantai. Tubuhnya dibungkukkan untuk mengambil dan dia kembali ke arah Jungkook semula.

"Nah." telefon pintar yang sudah retak itu dihulur. Jungkook ketap giginya rapat. Malu pun ada, gelojoh! Kedua belah cuping telinganya sudah naik kemerahan. Huluran itu disambut juga oleh Jungkook. Ke tepikan semua rasa malu dan segan.

"Kau.." Jungkook bersuara, gadis itu memandang dengan alis matanya dijungkit. Wajah jejaka itu ditatap.

"...dah kunci jawapan kau?" soalan Jungkook menimbulkan senyuman di bibir Yeonbi. Gadis itu tersipu malu cuba menahan rasa senyumnya .

"Saya .. eh, saya pulak!" lengan Jungkook menjadi tamparan Yeonbi usai dia tersasul. Awal lah nak bersaya awak.

Jungkook pula menahan senyumannya, dia bahagia mendengar pengakuan Yeonbi. Harap, kata-kata itu lahir dari hati bukan mulut.

"Eo? Alamak! Kawan-kawan kau dah sampai.." Yeonbi membulatkan mata apabila mendengar suara Hoseok dan Seokjin ketawa bagai nak terkeluar anak tekak. Entah, apa yang lawaknya pun tak tahu. Laluan bilik renang itu bergema-gema dengan bunyi-bunyi suara mereka.

"Aku pergi dulu, balik nanti..." Yeonbi menyambung ayatnya dengan bentuk simbol telefon di telinga dan sebelah tangannya diangkat melambai kecil tanda perpisahan. Senyumannya melebar dan kaki diundur setapak demi setapak ke belakang sebelum berpusing dan berlari untuk keluar.

Yeonbi dan geng peluru Jungkook bertembung di depan pintu. Yeonbi sekadar menghadiahkan sengihan dan berlari keluar. Taehyung yang berada di belakang sekali di antara rakan-rakannya yang lain pelik melihat perubahan Yeonbi. Petang ni, budak tu gembira semacam pula.

Senyuman Jungkook yang pada awalnya bertakhta di bibir kini cuba dikawal sebaik mungkin. Dia menyambut kedatangan rakan-rakannya bagai tiada apa yang berlaku.

"Yeonbi buat apa dekat sini?" soal Seokjin.  Taehyung menghentikan langkah kakinya bersebelahan jejaka itu seraya memandang Jungkook dan menanti jawapan.

_____

Yeonbi berjalan di koridor sekolah menuju ke kelasnya hendak mengambil buku latihan yang tertinggal di bawah meja. Jantung dia masih lagi memainkan melodi yang terindah. Macam ni ke rasa jatuh cinta yang sebenar? Dub dab dub dab dab! Nampak Taehyung pun tak macam ni tau.kahsjsjsjsj!

"Seoyun, awak dah fikir masak-masak ke nak main piano masa majlis hari guru nanti?" suara Euna menyentakkan diri Yeonbi yang sedang berjalan bahagia membayangkan dirinya berada di dunia Disney Land. Cepat-cepat gadis itu membelok kiri mengambil jalan lain. Malas nak bertembung dengan Euna.

Euna dan Seoyun jalan bersama-sama selepas masing-masing hadir latihan ballad yang mereka ambil.

"A'ah. Kenapa?" soal Seoyun semula seraya berjalan perlahan menyaingi langkah kaki Euna.

"Heheh, tak ada apa. Saja tanya, mesti ramai budak lelaki histeria nanti." kata Euna saja nak cover tapi sempat paling wajah ke tepi dan tayang muka jijik. Seoyun sekadar tersenyum tipis dan menggeleng kecil "tak adalah.."

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now