25

3.4K 689 572
                                    

Sebelum korang mulakan chapter ni, siapa yang rasa janggal boleh ke chapter sebelah dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sebelum korang mulakan chapter ni, siapa yang rasa janggal boleh ke chapter sebelah dulu. Sebab masa "chapter 24" publish ada masalah teknikal. Bila publish buat kali kedua dan ketiga notification tak keluar pula. Korang boleh refresh kat library incase chap 24 tak ada. 🥺✨

Siapa yang dah baca sila teruskan. Happy reading💓✨

_____

Euna masuk ke dalam tandas pelajar perempuan melihat Seoyun berseorangan sedang membelek wajahnya di pantulan cermin. Euna tolak lidahnya ke ruang pipi kanan seraya memandang Nahyun dengan tatapan wajah bersedia untuk melancarkan serangan.

Gadis itu berjalan ke arah Seoyun. Seoyun tersenyum tipis ketika melihat Euna muncul di sampingnya. Mereka hanya menatap antara satu sama lain di pantulan cermin. Nahyun pula menjaga pintu keluar masuk.

"Hi, Euna!" sapa Seoyun dengan senyuman manis.  Dia toleh pandang Euna yang berada di sampingnya ini. Euna sekadar mencemuh dengan bibirnya diherot tanda tidak puas hati tapi cuba dikawal. Jangan ditunjuk dulu.

"Semalam kau keluar noraebang dengan Jungkook eo?" panggilan sudah berubah namun Euna masih mampu mengawal suara tenangnya seraya membelek wajah di pantutlan cermin. Seoyun tersentak seketika, kerana Euna tampak lain hari ini. Tapi dia memilih untuk abaikan sahaja.

"Ya." jawapan gadis itu buat Euna naik berasap.

"Kau memang tak faham bahasa atau buat-buat tak faham? Kau dah tahu kan Jungkook tu macam mana orangnya?" soalan Euna menimbulkan rasa kurang senang dalam diri Seoyun. Seoyun mula menunjuk riak lagaknya apabila Euna menatapnya bagaikan mahu membaham dirinya di situ juga. Ouh, Euna nak start game dia ke?

"Sebab aku fahamlah aku keluar dengan dia lagi. Kenapa? Kalau aku dipermainkan pun, diri aku. Tak ada kena mengena dengan kau." jawab Seoyun dengan senyuman sinis terukir. Dia semakin faham, siapa Euna sebenarnya. Euna rasa tercabar, ouh pandai dah murid baru ni tunjuk belang.

"Ouh, jadi kau suka lah nanti bila diri kau dilayan macam perempuan murahan?" soalan Euna buat Seoyun tergelak kecil.

"...bukan kau ke yang nampak murah?" sinis gadis itu membalas memandang Euna atas bawah sebelum menjeling bersama senyuman mengejek. Seoyun kembali menatap cermin dan betulkan apa yang patut. Rambut panjangnya diselit di belakang telinga.

"Apa kau cakap?!" suara Euna mula meninggi. Niat dia ingin menghentam Seoyun kini dirinya pula yang dihentam.

"Hm, murah dan bodoh." tutur Seoyun dengan begitu lancang. Terkedip-kedip mata Euna menahan rasa amarah. Naik turun nafas di dadanya ketika ini. Dua belah tangan yang berada di sisi tubuh sudah bersedia untuk melancarkan serangan.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now