**♥ ; FLASHBACK
"Jadi, nama kau Jang Miri?" soal Taehyung melirik ke arah tanda nama pada blazer gadis itu. Gadis itu menunduk dan mengangguk takut.
"Kau tahu kan? Apa salah kau?" tanya Taehyung lagi. Gadis itu menggeleng acah tak tahu. Wajahnya jelas kelihatan cuak.
"Sure?" lagi sekali Taehyung menyoal dengan senyuman sinis. Gadis itu mengangguk laju bak burung berlatuk. Mereka berdua berdiri di laluan koridor menyebabkan pelajar-pelajar yang lalu lalang memandang dengan pelik.
"Kau tahu tak Yeonbi tu siapa?" bertubi-tubi gadis itu disoal buat jantungnya bagai nak tercabut dari kedudukan dalam tubuh. Taehyung yang dingin, beku dan garang itu langsung tidak dipandangnya. Dia menunduk hanya memandang lantai.
"T-tak." balas gadis itu menggigil takut.
"Okay, sini. Aku bagitahu kau.." tubuhnya ditunduk menyaingi ketinggian pelajar junior itu. Kedua belah tangan elok tersemat di dalam poket seluar. Taehyung mendekatkan kepalanya di sisi wajah gadis itu.
"Perempuan yang aku sayang..." tutur Taehyung membisik di telibga gadis itu sebelum menjauhkan tubuhnya dari Miri. Meremang bulu tengkuk dan bulu hidung. Takowtt!
"Faham?" soal Taehyung dengan alis kening dijungkit lagak. Gadis itu masih terkebil-kebil. Bukan ke Jungkook sunbaenim...
"Yah!" suara Taehyung naik meninggi apabila gadis itu kelihatan termangu mangu seperti gadis bodoh.
"N-nae." balasnya mengangguk. Dia ketap bibir rapat. Malu, kerana orang sekeliling yang lalu lalang sedang memerhati mereka. Dahlah, kena marah dengan Taehyung. Em.
"Jadi, bagitahu aku. Siapa yang rancang semua ni?" suara lelaki itu kembali menurun. Miri diam, tidak mahu menutur kata. Takut!
"Kau selamat kalau kau bekerjasama dengan aku." cepat Miri mendongak memandang Taehyung mencari sinar kepercayaan.
"Tapi kalau kau rasa kau tak nak sekolah..."
"K-kan...emm kang.." laju gadis itu ingin menutur kata apabila sudah diugut. Tapi, tergagap pula.
"Kang Euna?" sakarstik Taehyung menyoal dengan riak wajahnya bertukar tak puas hati dengan serta merta.
**
Kring-
Loceng menandakan waktu balik sudah tiba, semua pelajar cepat-cepat kemas barang dan bergegas pulang ke rumah. Macamlah rumah tu akan lari.
Taehyung melirik pandang ke arah Yeonbi yang berada di sebelahnya, gadis itu masih diam dengan wajah tanpa perasaan. Kesedihannya hanya mampu dipendam di dalam hati. Rasa kecewanya teramatlah dalam. Jungkook jahat!
"Yeonbi, jom." ajak Eungi dan Bom datang ke arah gadis itu. Yeonbi menggeleng kecil tanda tidak mahu.
"Ala, Yeonbi. Kita pergi makan-makan nak tak? Atau kita pergi ambil gambar dekat taman Seon tu. lawa doh!" Bom cuba menghiburkan hati rakannya. Tapi, tidak berjaya.
"Aku nak bersendirian, korang balik lah dulu." pinta Yeonbi terus benam wajahnya di atas meja beralaskan sebelah lengan. Dia pejam mata rapat. Tiada mood untuk melakukan apa apa aktiviti lain.