Taehyung perhati dari dinding kaca sliding door melihat dua orang manusia di hujung sana terpaksa menjalani hukuman. Ala, ketuk ketampi je lepastu Cikgu Rain soal sikit-sikit. Tu lah, dating lagi.
"Kau, suka Yeonbi eoh?" Taehyung tersentak mendengar suara Jimin menegurnya dari arah belakang seraya membawa semangkuk ramen dan duduk di sofa yang disediakan.
"Jangan nak tanya benda yang merepek." tutur lelaki itu memandang Jimin sekilas. Jimin tersenyum mengejek. Eleh, tak nak mengaku!
"Tak payahlah, nak berdalih lagi." tutur jejaka itu sambil menikmati ramen yang dibuat. Taehyung membuang nafas kesal seraya mengatur langkah ke arah Jimin dan duduk di hadapan lelaki itu.
"Aku tak berdalih." tutur Taehyung tepat pandang Jimin.
"Mulut kau boleh menipu, tapi mata kau tak boleh." Jimin senyum dengan kening dijungkit lagak.
"Kau pandang Yeonbi dalam diam macam aku pandang Eungi dalam diam dan aku rasakan cinta. Hahaha. Mesti kau pun macam tu en? Aku tahulah sebab aku mengalami rasa yang sama." Jimin masih dengan firasat hatinya yang mengatakan Taehyung menyukai Yeonbi.
"Ani." bantah jejaka itu seraya membuka telefon pintarnya. Tidak mahu terlalu fokus dengan Jimin.
Dia basahkan bibir, tiba-tiba rasa malu. Jadi Jimin perhatikannya?"Eleh." bibirnya dicemik tanda mengejek dengan jawapan yang diberikan oleh Taehyung. Dusta!
"Eoh, aku nak tanya kau. Kau memang suka Eungi?" telefon ditutup semula setelah merasakan tidak ada apa apa lagi yang harus dia lihat.
"Em, ya. Macam pelik, tapi Eungi nampak comel. Tapi, Yoongi tu menyibuklah."
"Bukan Yoongi menyibuk, tapi kau."
"Bwo?!" Jimin membulatkan matanya. Aik, apesal dirinya pula yang dicop menyibuk?
"Yoongi dah suka Eungi since last year."
"Heol! Kau biar betik?" soal Jimin dengan mata membulat sakan. Sampai mee ramen yang baru masuk di dalam mulut dah jatuh balik dalam mangkuk. Mangkuk ramen terus diletak di atas meja. Jejaka itu bangkit dari tempat duduknya dah duduk bersebelahan Taehyung.
"M-mana kau tahu? Aku tak pernah tahu pun!" soal Jimin dengan riak masih terkejut.
"Em, ya. Last year, masa Eungi main ronders. Yoongi snap gambar Eungi dalamdiam. Aku duduk belakang Yoongi so aku nampak."
"Peh, mana boleh ambil gambar orang tanpa kebenaran. Boleh kena saman tau!" Jimin mula tunjuk protes. Mana boleh jadi ni.
"Kau, sejak bila suka Eungi? Sejak Eungi buli kau?" soal Taehyung tenang memandang Jimin yang dah macam orang tak senang duduk .
"HHEHEHEHEHEHHE, Eoh! Tapi, aku tak kisah. Even aku suka Eungi lambat, aku akan kejar dia. Alah, setakat Yoongi pesaing aku. Pedehal?" ceh, lagak Jimin berkata-kata. Taehyung tertawa kecil seraya mengangguk. Bagus, teruskan mengejar!
"Lagipun, aku bukan macam kau. Sanggup let go,
Sayonara no, Mae ni let go, De mo kokoro no
meiro No naka de mayou, Sutereo kara Monoe Wakaremichi wa sō . Kita kena berjuang sampai berpeluang. Haa, gitu." Jimin bangkit dari tempat duduknya untuk berganjak ke tempat asal. Sempat dia perli Taehyung. Taehyung menghela nafas kesal. Okay, Taehyung sengaja buka topik pasal Eungi sebab nak alihkan perhatian Jimin tapi Jimin buka balik pula topik asal mereka mengenai Yeonbi."Jangan nak merepek." Taehyung mula rimas. Dia memang akan sensitif bab-bab begini. Bab Yeonbi adalah bab yang paling susah untuk dilalui.
"Aku tak suka yeonb.." kata-kata Taehyung tergantung apabila Jungkook membuka pintu dan masuk ke dalam ruang tamu tempat Jimin dan Taehyung duduk berbual.