♥ ; happy 30 chapter ✨
Okay, seperti biasa kalau korang terima notification tapi tak boleh buka itu sebab wattpad tengah menghanat. Semalam chapter ni dah settle, jia dah publish tapi sebab tak keluar noti so jia decide unpub dah terus masuk tidur. Tak sangka, esok pagi mb penuh dengan fakehope HAHHAHA. Jia tak bagi fakehope. Wp menghanat😂☁️
_____
"Jungkook!" Seoyun memanggil jejaka itu tatkala melihat Jungkook berjalan di koridor sekolah ingin menuju masuk ke dalam kelas. Jungkook menoleh pandang melihat Seoyun pun baru datang kerana ada beg sekolah dibelakang tubuhnya.
"Seoyun.." gumam jejaka itu perlahan seraya menghentikan langkah dan menunggu gadis itu sampai di hadapannya. Sempat Jungkook pandang sekeliling tempat, takut ada Yeonbi atau spy Yeonbi disini. Dah salah faham lagi nanti.
"Macam mana percutian awak dekat Jepun? Best? Em, saya terkilan tak dapat ikut." luah Seoyun berasa kecewa. Ini semua sebab Euna.
"Best!" balas Jungkook tersenyum tipis.
"Baguslah, saya tengok awak dan kawan-kawan posting dekat instagram nampak seronok je." tutur Seoyun turut tersenyum. Jungkook sekadar mengangguk.
"Oh ya, pasal kes saya hari tu saya nak tutup je."
"Eoh? Wae?!" kali ini, barulah Jungkook ada tunjuk minat macam nak tahu. Seoyun menggeleng kecil.
"Saya tak nak panjangkan masalah saya dengan dia." balas Seoyun yang sememangnya tidak lagi memberitahu kepada siapa-siapa tentang siapa yang membulinya sebegitu rupa. Jadi dia gunakan sahaja ganti nama kepada 'dia'.
"Awak kena bagitahu juga, tolong bersihkan nama Yeonbi." ujar Jungkook mengharap Seoyun akan mengukuhkan lagi bukti yang sudah sedia ada.
"Eoh?" mata Seoyun terkedip-kedip perlahan. Setahu Seoyun, tempoh hari sewaktu dia menyedarkan diri dari pengsan. Jungkook tak habis-habis menuduh Yeonbi dan mendesaknya untuk menceritakan segala-galanya. Sekarang, Jungkook suruh bersihkan nama Yeonbi pula?
____
Yeonbi berlari sekuat hati sebaik turun dari motor skuter. Dia ada melihat Taehyung berjalan masuk ke dalam pintu gerbang sekolah jadi dia perlu berjumpa dengan Kim Taehyung. Memanglah boleh berjumpa di dalam kelas. Tapi ini isu sulit.
Sampai sahaja di hadapan bangunan, Yeonbi menarik nafas lega apabila nampak Taehyung sedang berjalan ke arahnya. Nasib baik tak lewat. Yeonbi senyum lebar penuh semangat wajar.