♥ ; jia lop chu! 💓☁️_______
♥ ; FLASHBACK
Yeonbi dan rakan-rakannya bersuka ria di pusat membeli belah. Sekejap pergi tengok baju-baju, sekejap pergi tengok barang makeup dan akhir sekali destinasi mereka ialah mencari kedai makan. Perut mesti di isi, baru bertenaga.
Sampai sahaja di dalam sebuah restoren, tiga serangkai itu terus menuju ke bahagian kaunter untuk memesan makanan Itali. Ceh, hari ni nak makan-makanan luar negara. Tekak itali tiba-tiba.
Semasa mengambil pesanan, Yeonbi merasakan ada sesuatu yang menjalar di bahagian belakang tubuhnya. Kening Yeonbi bertaut dengan dahi berkerut. Eh, makin havoc pula pinggangnya disentuh dari arah belakang dan seakan ingin menjalar turun ke bawah.
Yeonbi ketap bibirnya rapat seraya menghembus nafas geram. Rambut diraup ke belakang dan berdecit perlahan.
Kulit ruang pipi dalam di gigit gigit menahan rasa geram. Dia toleh ke belakang sementara Eungi dan Bom sedang memesan makanan.Mata Yeonbi terkedip-kedip melihat lelaki separuh baya berdiri di belakangnya sambil bermain telefon. Semakin berasap telinga Yeonbi. Tak padan dengan tua, nak menggatal kau ya?!
"Yah, lelaki tua!" tegur Yeonbi lagak berani. Lelaki separuh abad itu memandang dengan riak terpinga-pinga .
"E-eoh?" lelaki itu bersuara seraya menjungkit kening. Yeonbi mula rasa nak menangis tapi ditahan lagak dan garang agar lelaki dihadapannya ini tidak mudah mempermainkannya.
"Ya, ada apa?" soal lelaki itu dengan riak tertanya. Yeonbi berdecit sinis. Tak sangka, lelaki itu boleh tanya 'ada apa'
"Weh, Yeonbi. Sinilah, kau nak makan apa?" Eungi yang berada dalam jarak 5 tapak darinya memanggil. Bom pula pandang Yeonbi dengan riak pelik. Apehal tu? Macam nak gaduh je?
"Ahjushi tanya ada apa? Tch! Aiguu, jinjja!" Yeonbi rasa nak mengamuk dekat situ juga .
"Ya, saya tanya. Ada apa kamu menegur saya?" soal lelaki itu masih tidak faham dengan situasi.
Plak!
Terteleng wajah lelaki itu apabila Yeonbi terus melancarkan sedas pelempang maut tanpa berbasa basi lagi. Membulat mata Eungi dan Bom. Apehal pula tu?
Lelaki separuh baya itu menoleh pandang ke arah Yeonbi dengan sebelah tangan masih melekap pada pipi. Matanya membulat dengan riak tertanya. Apa salah aku?!