+Lee Yeonbi pov
Hidup aku langgar scene. Langgar tak peduli siapa. Macam dalam mimpi. Realitinya berbeza. Kalau dulu Taehyung crush aku. Sekarang ini tidak lagi. Kalau dulu jadi bodoh. Sekarang suwekk kita punya. Itu dulu lain macam. Cara kerja lain salam lain macam. Macam salam lain kerja. Cara lain lain macam. Macam kau tak akan faham benda bodoh yang aku buat. Back to back with ma girls. Posisi paling kuat! AKU MENYERU SIAPA SIAPA YANG PERNAH KENA REJECT DENGAN CRUSH BANGKIT! BANGKIT! BANGKIT!
Crush bukan seekor, banyak lagi ekor ekor lain yang lebih menarik.
Tibeh!
Inilah Yeonbi yang baru. Yeonbi yang tidak mudah sendu kena reject dengan crush. Sekejap, pembetulan 'Ex Crush'. Eleh, setakat muka macam tapai ada hati nak reject aku. Puih!
K tak, muka dia handsome! Hiks..
"Weh, ini kan yang edit gambar dia dengan Taehyung sunbae.."
"Eh, ye weh. Selekeh hahaha."
Dua orang pelajar junior yang lalu di samping mengutuk aku secara perlahan. Engko fikir aku tak dengar ke?! Berkerut dahi aku, macam mana budak junior boleh tahu pulak ni?
Drrt Drtt Drrt
Okay, ini menganggu. Aku baru rasa nak tahan budak junior tu tapi tak apa. Kau selamat hari ni sebab telefon aku menganggu.
"Hel.."
"Yah, Yeonbi shi. Kau sekolah tak? Dah sampai belum?" aku jauhkan telefon dari telinga apabila suara Eungi bagaikan petir menyambar.
"Datang, cuma aku terlambat. Baru lepas kena tulis nama ni. Apesal?" soal aku semula.
"Kau datang bilik stor sukan lama sekarang. Aku dengan Bom tunggu. Palli!" mata aku terkedip-kedip mendengar arahan Eungi yang kedengaran cukup serius. Bukan itu sahaja, aku juga dengar bunyi suara orang yang macam...
Kena culik?
____
"Woi, kau buat apa?!!" sebaik aku merempuh pintu bilik stor suka lama aku dikejutkan dengan sosok tubuh Jimin telah diikat di kerusi. Eungi dengan Bom pula ada di hadapannya sedang tayang wajah psiko.
Ya Tuhan. Kawan siapa ni?
"Yeonbi, Yeonbi tolong aku!" Jimin menjerit ketakutan. Walaupun Jimin selalu menghanat dengan aku tapi kesian pula bila nampak dia kena seksa macam ni.
"Weh, kenapa korang buat Jimbit ni macam ni?" soal aku datang mendekat.
"Kalau kau nak tahu, anak Jimout ni lah yang menyetan semalam!" kuat Eungi menghamburkan emosinya. Aku beler beler jap. Sebab, aku tak tahu apa yang jadi malam tadi. Lepas dapat tahu Taehyung block aku ambil keputusan untuk tutup phone dan tidur.
"M-maksud kau?"
"Haih, kau tak check ke dalam group gigirls kita? Buat penat je kitaorang sent screenshot kerja jahat budak jeman ni. Ei debik kang!" Bom terus menunjukan sikunya ke arah muka Jimin usai perkataan debik terpacul dari bibirnya.
"Tolong aku Yeonbi. Aku janji aku tak buat lagi. Kau cantik, kau comels, kau menawan, kiyot kiyot kiyot gitu." rayu Jimin kesedihan acah memuji aku.