09

4.1K 736 471
                                    


Yeonbi mengedip-ngedipkan matanya cuba untuk tidak menangis di hadapan Jungkook. Entah kenapa dia nak rasa sedih padahal dah tahu memang Taehyung tolak cintanya. Dia sendiri dah tekad untuk move on. Tapi, hatinya tetap rasa sakit apabila melihat ada perempuan yang bahagia dapat memiliki Taehyung.

"Aku nak bagitahu kau, tapi aku takut kau sakit. Taehyung memang dah bertunang, tapi benda tu dirahsiakan antara family dan family. Hanya kenalan terdekat je yang tahu tentang ni." ujar Jungkook cuba memujuk Yeonbi yang sendu.

"Ouh, faham." Yeonbi mengangguk kecil tanda dia memahami cerita Jungkook.

"Yeonbi, kenapa kau suka Taehyung?" soalan Jungkook buat bibir gadis itu menguntumkan segaris senyuman yang hambar. Yeonbi tatap wajah Jungkook yang kini duduk di hadapannya.

Dia dan Jungkook sudah masuk ke dalam restoren jepun untuk menikmati makan malam bersama sementara menunggu Eungi, Bom dan Jimin yang hilang entah ke mana.

"Em, kalau kita dah suka seseorang tu perlu ada sebab ke? Maksud aku, kalau kita dah suka. Kita suka.."

"Ah, lupakan! Keling ar ayat aku.." sambung Yeonbi lagi apabila dia merasakan yang dia sedang merapu ketika ini. Jungkook tersenyum kecil, betul lah tu. dia faham apa yang Yeonbi ingin katakan.

"Jungkook..." panggil Yeonbi dengan teragak-agak. Jungkook jungkit alis keningnya dan meminta gadis itu meneruskan kata. Yeonbi menggeleng kecil seraya tersenyum tipis dan terus mengambil buku menu yang disediakan.

"Tak ada apa, jom pesan makanan dulu." ujar Yeonbi terus membuka buku menu tersebut.

"Yeonbi, aku tak suka tau orang bagi aku harapan. Baik kau cakap..." kata-kata Jungkook disambut dengan helaan nafas berat oleh Yeonbi. Ya, dia juga tak suka kalau orang nak bagitahu something lepastu tak jadi bagitahu. Memang minta kena tibai berjemaah.

"Em, aku cuma nak cakap terima kasih sebab kau selalu ada untuk aku.." tutur Yeonbi dengan ikhlas bersama senyumannya.

_____

Jungkook ambil baju seragam sekolahnya yang disangkut di pintu bilik persalinan. Dia berjalan menuju ke hadapan cermin yang disediakan dan baju seragam sekolah disarung ke tubuh.

"Jungkook." Taehyung datang menegur dari belakang. Rambut yang basah sesekali dilap menggunakan tuala yang dipegang. Taehyung berdiri di samping Jungkook menghadap cermin. Wajah Jungkook dipandang mengikut pantulan cermin.

"Hari ni aku tak ada semangat nak performed tu yang kalah." Jungkook memulakan pembicaraan seraya tersengih ajak bergurau. Taehyung mengangguk dan mencebik bibirnya.

"Tahu, pernah ke aku menang kalau lawan dengan kau? Kecuali kau dalam mood tak baik." balas Taehyung akur dengan kehebatan Jungkook dalam acara kesukanan. Susah nak beat budak Jungkook ni. Tah saka apa yang dia pakai.

"Semalam kau keluar berdua dengan Yeonbi?" soal Taehyung memulakan pembicaraan tentang topik yang mahu dibuka olehnya. Jungkook berkerut kecil mendengar soalan Taehyung.

"Tak, ada Jimin dengan geng Yeonbi." balas Jungkook seraya mengelap leher dan kepala yang basah.

"Aku tengok kau, selalu ada untuk Yeonbi. Kenapa lambat sangat ha bertindak? Kau dah suka dia, kau patut bagitahu dia." Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah Taehyung. Tiba-tiba buka topik 'cinta'.

"Dia suka kau.." Jungkook membalas dengan tenang. Taehyung tersenyum seraya menggeleng kecil dan berlalu duduk di sebuah kerusi yang disediakan.

"Ya, aku tahu tentang tu. Tapi aku tak suka dia, kau patut ambil peluang ni untuk raih hati dia. Penatlah aku layan dia buruk kalau kau tak reti nak ambil peluang ni." Jungkook berkerut dahi, apa maksud Taehyung? Sungguh dia tidak dapat memahami..

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now