03

5K 815 486
                                    

+Lee Yeonbi Pov

Aku mengantuk, tak jadi nak ponteng kelas sebab kantoi dengan Taehyung. Plan aku dengan Jungkook nak memperbodohkan Taehyung terkandas. Hantu betul Taehyung ni, tiba-tiba je ada dekat pintu bilik rawatan. Aish!

Jadi, isu semalam aku tak dapat nak tutup dengan apa apa alasan lagi. Taehyung dah tahu aku sukakan dia begitu juga dengan rakan kelas aku.

Sekarang ni kelas Cikgu Ryu, kelas paling bosan sebab Cikgu Ryu bukan jenis yang suka melalut. Dia strict dan tak banyak bergurau jadi dia membuatkan aku mengantuk apabila berada di dalam kelasnya.

Suasana sekarang masih tenang lagi, diaorang pun dah berhenti dari mengusik aku. Tapi, aku takut kalau tak ada cikgu nanti masing-masing mula jadi hantu semula. Mesti, aku akan dibahan lagi. TvT

Sesekali aku mengintai tempat duduk Taehyung. Dia duduk di tepi tingkap. Aku pula duduk di bahagian tengah. Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan titik koordinat kami tapi cukup kalian tahu aku dapat lihat dia kerana barisan dia dihadapan aku sahaja.

Ketika aku memerhatikannya dengan penuh rasa kagum dia menoleh pandang dan itu membuatkan jantung aku terjaga dari ketenangan sehingga terasa 4 ekor harimau tadi kembali mengejar aku.

Alamak! Alamak!

Pandangan kami yang berlaga tadi membuatkan aku tak keruan. Aku nak nangis!

"Lee Yeonbi-shi." sedang aku menggelabah tak tentu pasal, Cikgu Ryu pula panggil nama aku. Dah satu kelas tengok aku tak terkecuali Taehyung. Dia juga, dia juga!

"Eung?" aku menggaru kepala yang tidak gatal bersama mata membulat tanda bertanya.

"Apa maksud X?" soal Cikgu Ryu tegas. Aku menelan air liur dengan perit walaupun aku tahu jawapannya.

"Alphabet." balasku tersenyum tipis. Kemudian, satu kelas gelakkan aku. Aku macam beler beler ni? Kenapa dorang gelak? Aduh, dahlah aku masih tak boleh move on lagi dengan semua ni.

"Wae? Wae? Betul kan? Dia alphabet dan abjad yang ke 24." aku menghuraikan dengan lebih mendalam. Lagi kuat satu kelas aku gelak.  Kenapa dengan diaorang? Bukan aku jawab X tu Ex lepastu bekas. Eh? Pabo!

"Diam!" jerkah Cikgu Ryu garang seraya mengetuk meja menggunakan pembaris. Aku telan air liur dengan payah bersama wajah cuak. Aku lupa, sekarang tengah belajar math. Snnsjsjjsjsjsjs jawapan aku lari.

"Jeon Jungkook-shi. Terangkan apa maksud x?" soal cikgu kepada Jungkook pula. Aku toleh pandang ke belakang untuk melihat dia. Okay ke tak tu?

"Em.." termangu-mangu Jungkook nak jawab. Tak sampai beberapa saat cikgu mengetuk semula pembarisnya di atas meja.

"Kim Taehyung-shii, apa maksud x?" sejurus nama Taehyung disebut. Satu kelas mula mengulum senyum seraya mengusik secara perlahan kerana takut dengan Cikgu Ryu. Ish, sempat tu dorang nak usik aku.

"X termasuk dalam konsep permulaan algebra iaitu pemboleh ubah. Konsep inilah yang memperkenalkan simbol seperti x dan y. Penggunakan pemboleh ubah membolehkan kita merujuk kepada anu, iaitu nombor yang belum diketahui. Masalah-masalah matematik boleh diselesaikan dengan memanipulasikan persamaan yang mengandungi pemboleh ubah dengan mengikut hukum-hukum algebra, sehinggalah rumus atau nilai mutlak bagi pemboleh ubah itu diperoleh. Jadi secara umumnya x ni ialah nilai yang perlu kita cari." panjang lebar Taehyung menerangkan dengan tenang dan selamba. Aku kagum!

Macam otak google je tu?

"Bagus, Kim Taehyung. Yeonbi dengan Jungkook berangan tak sudah. Jungkook tengok Yeonbi, Yeonbi tengok Taehyung!" aku tercekik air liur sendiri mendengar kenyataan cikgu Ryu. J-jungkook pandang aku?

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now