Baru berapa hari tak update tapi rasa macam dah lama tak update. Btw chapter panjang dan kita dah masuk bab penuh keseriusan cehhhh. Jadi tabahlah membaca, sebab boring em. Happy reading and enjoy! ☁️💓
_____
Puan Kim dan Ara berjalan di sekitar taman bunga sambil berbual mesra. Kedatangan Ara sedikit sebanyak menghilangkan rasa bosan dalam diri Puan Kim. Suami bekerja, anak pula pergi ke latihan.
"Jadi, auntie dah izinkan Taehyung masuk pertandingan tu?" tanpa sengaja tangan Ara yang gatal memintal bunga Puan Kim telah terpetik dari tangkainya. Cepat-cepat dia genggam dan bawa ke sisi tubuh. Bibirnya ditipiskan dengan mata membulat. Dia berdehem kecil bagi menghilangkan rasa gugup. Kalau Puan Kim tahu bunga itu terpetik, boleh mampus Ara di bebelnya. Bakal menantu tak bakal menantu.
Kalau Puan Jeon gemar memelihara binatang, lain pula dengan Puan Kim. Mereka sudah seperti flora dan fauna.
"Emp, pagi tadi Taehyung happy sangat. Auntie dapat rasakan betapa gembiranya hati dia. Dia pun elok je berbual mesra dengan auntie. Hah, auntie rasa bodoh selama ni auntie sekat semua kemahuannya." balas Puan Kim menghentikan seketika aktiviti menguis tanah dan letak di dalam pasu bunga sementara Ara masih berdiri membelakangi Puan Kim.
"Baguslah, lepas ni mungkin auntie dan mama Ara boleh bertimbang rasa dalam perasaan kami." luah Ara mengharapkan hubungannya dan Taehyung bakal berakhir. Buat apa diteruskan jikalau keduanya tiada kesefahaman hidup? Ditambah rentang usia mereka juga berbeza. Ara seorang gadis berumur 22 tahun, 4 tahun lebih tua berbanding Taehyung dan tip ideal lelaki yang Ara mahukan tiada pada Taehyung begitu juga dengan Taehyung. Wanita yang dia mahukan tidak ada pada Ara.
"Eo? Apa maksud kamu?" Puan Kim memusingkan badan dan berdiri di hadapan gadis manis itu. Ara tersenyum seraya menggeleng kecil. Nanti sahajalah beritahu, Puan Kim dalam fasa gembira. Tidak mahu hancurkan mood bahagianya.
"Em, apa yang membuatkan hati auntie berubah?" bibir wanita itu mengutuskan senyuman dengan kepalanya ditunduk. Serta merta wajah Yeonbi berlayar di minda.
"Kawan Taehyung, dia datang pujuk Auntie. Gadis yang pemberani." pujian diberikan buat Yeonbi. Kalau Yeonbi dengar mesti gadis itu akan tersenyum bangga.
"Perempuan?" tersungging senyuman di hujung bibir Ara. Dia dapat menghidu sesuatu yang ikan. Berita bagus ni.
"Ya, Lee Yeonbi. Dia kata, Taehyung banyak tolong dia. Jadi dia cuba untuk tolong Taehyung. Auntie ingat lagi betapa lajunya dia cakap tentang hal ini sebab gugup tapi boleh dikatakan dia seorang yang pemberani. Auntie suka." tutur wanita itu tak habis-habis memuji. Ara berkerut dahi, matanya mengecil.