Happy reading ! 💓☁️
_______Jungkook dan Seoyun, dua manusia yang sedang sibuk meluangkan masa bersama dengan melontarkan suara di pusat karaoke. Jelas kelihatan, bibir jejaka itu tak lepas dari senyuman dan tawaan apabila mereka saling bergurau dan mengusik.
"Argh!" Seoyun menampar pelan lengan Jungkook sejurus melihat score nyanyian lelaki itu lebih tinggi darinya dan Jungkook menghamburkan tawaan jahat melihat wajah gadis itu bertukar riak tidak puas hati.
"Tak nak lah lagu ni, nak lagu lain. Saya tak pandailah lagu cecah high note." cepat tangan Seoyun menyentuh punat remote control menukar lagu lain. Jungkook hanya membenarkan dan tidak membantah. Mereka melompat-lompat kecil seraya menari mengikut rentak yang sangat kuat. Seperti orang hilang akal tapi sebenarnya masih sedar dan waras.
Telefon pintar Jungkook berbunyi banyak kali tapi tidak langsung disedari olehnya. Panggilan Taehyung dan Yeonbi silih berganti memenuhi ruang notifikasi jejaka itu.
____
"Hah!" Seoyun hirup udara malam yang dingin dan menghela nafas panjang. Kepala ditoleh memandang Jungkook. Lelaki itu duduk bersebelahan dengannya sambil menikmati minuman air tin. Anak mata lelaki itu tertumpu pada pemandangan indah di hadapan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga di taman reaksi yang mereka kunjungi.
"Saya tahu, mesti awak ada masalah. Sebab tu awak ajak saya keluar. Kan?" Seoyun memulakan pembicaraan dengan nada suaranya disulami riak kecewa. Terasa hati juga dia sebenarnya tapi disebabkan dia menyimpan rasa terhadap Jungkook. Dia ketepikan semua rasa sakit itu. Mungkin sekarang, dia hanya sekadar tempat untuk Jungkook luahkan perasaan tapi siapa tahu di masa akan datang dia menjadi orang yang terpenting di dalam hidup Jungkook.
"Mian." satu patah kata keluar dari bibir Jungkook. Lelaki itu menunduk seketika. Dia menghela nafas berat dan kembali memandang ke hadapan. Sebelah tangan masih memegang erat minuman air tin yang sudah kosong.
"Gwaenchana." balas gadis itu tersenyum tipis. Jungkook naik rasa bersalah mendengar suara yang dibuat-buat bagai tiada apa itu. Perlahan-lahan dia menoleh pandang Seoyun. Senyuman yang masih bertakhta sehingga memperlihatkan kedua belah lesung pipit yang dalam. Jungkook membalas senyuman mesra itu.
Selama ini dia mengabaikan Seoyun kerana ingin menjaga hati Yeonbi tapi pada akhirnya, hatinya yang tidak terjaga.
"Awak ada masalah apa? Dengan Yeonbi eo?" serta merta Jungkook paling wajah dari memandang Seoyun dan kembali memandang ke hadapan semula. Bibirnya dibasahkan dan sebenarnya dia tidak mahu membahas tentang Yeonbi tapi rasanya ini keputusan yang baik.