13

3.8K 749 406
                                    

Blip!

jeonjk sent a message

jeonjk
Kau okay?


aku okay je

jeonjk
Ada problem roger
urusan dengan cikgu aku settle
kau uruskan eomma kau.

okay. Thanks

Taehyung tutup telefon pintarnya seraya bangkit dari pembaringan di atas katil. Pandangan di toleh ke arah meja laci di tepi kepala katil. Melihat gambar dirinya bersama enam lagi rakan rapat yang setia berada di sisi dan yang paling setia dengannya ialah Jeon Jungkook. Susah senang, bersama-sama walaupun nampak kadang-kadang macam tak kawan. Sebab rehat selalu berpecah. Taehyung ukir senyuman tipis sebelum turun dari katil.

Dia berjalan keluar dari bilik mencari kelibat ibunya. Rumah itu sepi tanpa manusia, anak tangga dituruni satu persatu. Pandangannya tertancap ke arah si ibu yang sedang menyemai bunga di luar rumah. Segera lelaki itu mengatur langkah ke arah Puan Kim.

"Eom.."

"Jangan tegur eomma kalau kamu masih berdegil." tanpa memandang Puan Kim mencantas teguran Taehyung. Wajahnya juga masam mencuka dan terus menerus menguruskan pokok-pokok bunganya yang baru ditanam. Malas nak menghiraukan Taehyung. Degil tak bertempat!

Taehyung hela nafas berat dan tetap memandang si ibu sambil berfikir cara macam mana ingin melembutkan hati orang tua itu.

"Eomma, tahun ni kan tahun akhir. Bagilah Tae peluang." tutur Taehyung masih mengharapkan si ibu membenarkan dirinya ikut serta dalam acara akuatik atau bahasa mudahnya renang.

"Peluang? Selama ni pun eomma tak bagi, kamu tetap pergi latihan dan masuk acara tu senyap-senyap tanpa pengetahuan eomma. Kamu memang tak sayang eomma kan? Kamu nak eomma rasa hilang kamu pula ke?!" Puan Kim melepaskan peralatan dari tangan dan tatap betul wajah anaknya. Taehyung cuba mengawal emosi untuk bertenang. Dia perlu faham yang ibunya pernah kehilangan seseorang. Begitu juga dengan dirinya.

"Tapi, eomma. Hyung dengan Tae berbeza.."

"Tak ada apa yang berbeza kalau dah nama bermain dengan air. Eomma tak nak dengar apa apa alasan lagi. Kalau kamu sayang eomma kamu berhenti dari libatkan sukan macam tu!" kata Puan Kim sebelum beredar pergi meninggalkan Taehyung. Kalau dibiarkan boleh jadi panjang perbualan dengan masing-masing tak nak mengalah.

Taehyung pejam mata seketika seraya menumbuk dahinya perlahan. Surat kebenaran bagi acara renang antarabangsa itu telah selamat mendarat masuk ke dalam peti rumah dan lebih parah lagi Puan Kim pula jadi orang pertama yang jumpa. Selama ni Taehyung dah cuba buat kerja clean and clear tapi kali ni kecundang.

Puan Kim pula masih trauma dengan kehilangan anak sulungnya yang mati lemas kira kira 7 tahun yang lalu.


_______

Yeonbi turun dari bilik menuju ke arah dapur untuk mengambil sesuatu yang boleh dimakan dan diminum. Pergerakkannya lemah gemalai sahaja dengan mata dah timbul lingkaran hitam. Puan Lee sedang menikmati minuman panas di ruangan dapur pun perasan akan perubahan si Yeonbi yang jarang jarang nak bersendu.

"Kamu kenapa ni Yeon?"

"Tak ada apa." balas Yeonbi dan segera mengatur langkah untuk masuk ke dalam bilik semula dengan sebotol air yogurt bersama snek rumpai laut di tangan. Puan Lee memandang tingkah si anak dengan dahi berkerut. Masalah ni. Murung semacam budak tu.

Telefon pintar di buka. Kawan-kawan rapat Yeonbi mestilah menjadi target utama untuk Puan Lee bertanya. Walaupun dia kuat bekerja dan selalu tiada di rumah, dia masih lagi mengambil berat tentang Yeonbi. Itulah, satu-satunya barang berharga yang dia ada.

Ex ; jjkWhere stories live. Discover now