The Final Chapter ♡
EX : thank you for your existence in my life
________
♡
Terukir senyuman di bibir Taehyung tatkala melihat wajah Seoyun bertukar riak cuak sebaik melihat dirinya datang mendekat. Bola mata Jungkook mengecil memerhatikan Taehyung dan Seoyun bersama fikiran melayang tentang coffee shop semalam.
"S-saya pergi dulu." tutur Seoyun meminta izin untuk beredar pergi tidak mahu ada hal yang buruk bakal berlaku pada dirinya nanti.
Baru hendak membuka langkah, Taehyung menahan dengan mencengkam pergelangan gadis itu. Semakin tak keruan jantung Seoyun dibuatnya. Jungkook pula masih menanti dan tidak mahu bertindak secara melulu.
"Jungkook, kau rasa perempuan ni baik ke?" soalan Taehyung buat Jungkook semakin ingin tahu, apa sebenarnya yang sudah berlaku. Dia hanya diam dan meminta Taehyung menjelaskan semuanya.
"Kau, percayakan dia tapi dia jadi racun dalam keluarga kau." tutur Taehyung lagi. Jungkook melirik pandang Seoyun semula dengan alis kening berkerut dan bibir diketap rapat.
"Yah, gumanhae. Awak tu yang racun!" pinta Seoyun meminta Taehyung menghentikan semua ini. Taehyung tersenyum sinis dan tidak mengendahkan Seoyun.
"Eomma kau, tak ada bagitahu apa apa ke?" soalan Taehyung dibiarkan tergantung sepi. Jungkook tidak memberikan jawapan tapi Taehyung tahu, dibalik tanda diam itu ialah Puan Jeon tidak mengatakan apa apa pada Jungkook. Mungkin, kalau Puan Jeon bagitahu tentang itu Jungkook akan dapat kesan dengan lebih awal. Pastinya, Seoyun dah pujuk Puan Jeon agar tidak memberitahu siapa-siapa jika dia ada memburukkan Yeonbi.
"Kau bagitahu apa dekat eomma aku?" pandangan Jungkook teralih semula ke arah Seoyun dengan dalam dan tajam meminta penjelasan.
"Arh, em.. saya c..." Seoyun jadi tak tentu arah, tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perkara itu dan bagaimana ingin memutarkan keadaan memandangkan Taehyung menghantar bom secara tiba-tiba. Semalam, di coffee shop lelaki itu hanya tampak ingin memberi amaran sahaja. Tidak sangka...
"Kau bagitahu apa?!" suara Jungkook bergema hebat di hadapan bilik rawatan dengan nafas turun naik memarahi Seoyun. Bahu Seoyun terhincut terkejut apabila mendapat jerkahan dari Jungkook sedangkan Taehyung hanya berdiri dengan tenang dan memerhati.
"Seoyun!" sekali lagi Jungkook bersuara dengan memanggil nama gadis itu. Seoyun menunduk takut dan pejam mata rapat tatkala suara Jungkook kedengaran lagi menghamburkan amarah.
Jungkook menanti dengan menahan rasa marahnya agar tidak bertindak keterlaluan memandangkan lawan mainnya ketika ini ialah seorang perempuan. Seoyun masih dengan posisi takutnya menyebabkan Jungkook semakin hilang sabar. Lelaki itu terus memusingkan badan mengambil langkah untuk beredar pergi sebelum ada perkara yang tak diingini bakal berlaku.