Langkah demi langkah aku aturkan menuruni anak tangga yang aku tidak pernah kira berapa bilangannya. Talefon ditangan aku tenung lama. Keluhan demi keluhan aku hembur.
Hati semakin resah. Aku menunggu panggilan dari mama aku. Dari malam tadi. Dia kata nak balik hari ni. Tapi dia langsung tak talefon aku lagi.
"sweeties. What are you doing?" soal seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an tetapi masih segak seperti berumur 30-an lagi. Aku mengelarnya 'papa Iz'. Ya, dia bukan bapa kandung aku. Dia cuma ayah tiri aku sahaja.
Sudah 5 bulan mama berkahwin baru selepas bercerai dengan bekas suaminya yang lain.
Aku? Aku terpaksa ikut dia. Sebabnya aku dah tak ada tempat lagi nak tinggal. Nak duduk sendiri, mama tak bagi. Tapi, dia yang selalu tinggalkan aku dengan ayah tiri aku yang aku tak tahu niatnya.
Nak tinggal dengan Tok abah? Mama tak bagi sebab dia dengan ayah dia tu dari dulu tak rapat. Yang jadi mangsa mama ya aku.
Tapi, tok abah tak pernah lupakan aku. Walaupun mama tak benarkan aku jumpa tok abah. Tok abah yang selalu datang jenguh aku dekat luar. Kalau tak pun, aku selalu datang rumah tok abah.
Bilalah aku dapat keluar dari neraka yang dibina oleh mama aku ni? Kata sayang tapi, abaikan aku.
Aku melempar senyuman nipis. "mama. Mel tunggu panggilan mama. Dia kata nak balik hari ni"
Papa Iz tersenyum memandang aku. Semakin lama semakin dekat dia dengan aku.
Aku tersenyum sumbing tak selesa. "lah, mama tak talefon Mel lagi ke? Dia kata dia nak talefon sebab dia dah balik malam tadi."
Aku terkejut. Mama dah balik malam tadi? Habis, mana dia?
"Apa maksud papa Iz?"
"malam tadi mama balik sekejap. Katanya dia kena ke luar negara beberapa bulan sebab ada hal penting katanya. Dia nak talefon Mel, beritahu. Dia sibuk agaknya. Sebab tu tak talefon lagi" terang papa Iz.
Kemudiannya dia tersenyum melihat aku. Pinggang ramping aku dirangkulnya. Rambut hitam potongan paras bahu aku diselaknya lembut. Aku semakin tak selesa.
"tak apa. Tak payahlah takut. Papa Iz kan ada" katanya perlahan.
Aku tertawa janggal. "yalah, papa Iz kan ada. Tapi, tak tahu kenapa Mel rasa seram pula bila dengan papa Iz ni. Eah? Mel dah lambat nak ke kampus ni. Bye." kunci kareta yang tadi dimasukkan dikocek seluar aku ambil.
Tanpa menoleh belakang lagi, aku terus berlari meninggalkan papa Iz. Huishh,, kalau aku ni tak pandai buat alasan, memang mati kejung aku dekat situ.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
"cantiknya bidadari saya ni"
"lepak club jom"
"uit.. Nak kenal, boleh?"
"sharelah no phone. Dapat pahala tau sebab kita dapat menambah kenalan"
"Mel, I rasa kita macam pasangan dalam Titanic lah. You jump I jump"
Aku tak tahulah pelajar lelaki dekat kampus ni sedang puji aku atau sengaja nak bergurau dengan aku. Aku sebenarnya malas nak layan, aku hanya melemparkan senyuman nipis je. Kalau aku rasa aku nak layan, aku layan. Kalau aku rasa malas nak layan, aku tak layan diorang.
Aku mengambil tempat di satu tempat kosong di cafeteria kampus.
Tiba-tiba seseorang memeranjatkan aku.
"Ahhh!" jeritku terkejut. Aku berpaling mahu memukul orang yang memeranjatkan aku itu.
"Sakit.. Aduh.. Aduhh" Mikhael mengaduh kesakitan sambil memegang lengannya yang aku cubit.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...