Silau. Baru sahaja aku nak mengalih posisi tidur tetapi dah dikacau oleh silauan yang membuatkan aku dah tak boleh nak tidur lagi.
Mata aku dibuka perlahan. Dalam keadaan mamai, aku melihat sekeliling. Ini bukan bilik aku. Ya. Semalam Qaef tak bagi aku masuk bilik.
Aku memandang sebelah aku, melihat sama ada Qaef ada disebelah aku atau tidak.
Dia tak ada dekat sebelah aku. Haih, demamnya dah kebah ke? Aku mengumpulkan sedaya upaya aku untuk bangun dari katil. Tiba-tiba....
"ahhhh"
Tangan kiri aku terasa sakit. Kebas. Ini mesti sebab aku salah posisi tidur ni. Sakitnya.
"Kenapa tu? Mel ok tak?" soal Qaef yang datang entah dari mana. Aku hanya memandangnya sekilas.
Dia berjalan menghampiri aku lalu lengan kiri aku dipegangnya.
"Kenapa?" soalnya buat kali kedua.
"tak tahu. Kebas. Mungkin sebab salah tidur kot" kataku.
Aku mendengar Qaef mengeluh lalu mengurut lengan kiri aku. Walaupun aku menolak sebab rasa sakit, dia tetap degil.
Aku hanya melihatnya sahaja mengurut tangan kiri aku.
"Qaef dah sihat ke? Demam dah kebah? Qaef nak pergi mana?" banyak juga soalan aku soalkan padanya.
Dia merenung aku lama. Haih. Dia ni kenapa? Lain macam je. Aku tanya soalan senang, dia pandang macam aku ada buat salah.
"Qaef dah sihat dah. Qaef nak pergi kerjalah ni. Mel ni, sampai kebas tangan sebab rawat Qaef semalam lah ni kan?" katanya seakan serba salah.
Aku pula yang rasa serba salah.
"mana ada. Dah tanggungjawab Mel rawat suami Mel sakit kan?" balasku.Kebas ditangan kiri aku pun dah kebah. Aku memandangnya lama.
"dahlah. Kata nak pergi kerja kan? Nanti lambat pula" kata aku lalu turun dari atas katilnya.
Dia hanya diam tidak membalas. Lah,, dah kenapa ni? Rasa serba salahlah tengok dia diam macam ni.
Sebelum beredar aku mencium pipi kanannya sekilas. "terima kasih sebab dah sihat" kataku. Cepat-cepat aku berpaling muka. Malu.
Qaef memandang aku. "sekejapnya" katanya lalu mula tersenyum. Lebar senyumannya.
"yalah. Buat apa nak lama-lama?" balasku.
"kalau macam tu Qaef pun nak cium Mel lah" katanya lalu berjalan kearah aku.
"woah.. No!"
"why? Mel dah cium Qaef. Qaef pun nak cium Mel"
"No"
Dahlah aku tengah serabai. Dia nak cium aku pula. Kalau aku tak serabai pun, aku tak nak dia cium aku. Malu. Hahaha.
Aku cepat-cepat berpaling lalu berlari keluar dari biliknya.
"I can't accept it. I will kiss you. Qaef hutang dua ciuman dari Mel!" katanya lagi. Kedengaran nadanya sangat teruja.
Aku terkejut. Dua ciuman? Dua? Kenapa dua?
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Aku berjalan mundar mandir di hadapan dewan kuliah menunggu Ilya dan Qaseh. Lambat betul diorang ni. Mesti teruk kena marah dengan Pn. Dayana ni.
"hai" tegur seseorang. Aku berpaling. Aku lihat Syah dibelakang aku sambil tersenyum.
"Eah? Syah, hai" balasku.

YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...