Sudah dua hari aku dihospital. Aku tercari-cari dan tertunggu-tunggu kemunculan mama untuk dstang melawat aku.
Aku tahu itu mustahil kerana dia berada di penjara.
"haih, kenapa ni? Resah je. Sayang ada nak apa-apa ke?" soal Qaef risau melihat aku.
Aku tidak membalasnya. Aku takut dia marah kalau aku berkata tentang mama.
"tak ada apalah"
"jangan tipu abang. Jujur, sayang fikir tentang mama kan?" soalnya meneka.
Aku muka panik. Nak tak nak aku terpaksa mengaku.
"huhh.. Abang tak suka sayang fikir lagi pasal mama. Tapi, abang tahu abang tak boleh pisahkan kamu berdua. Sayang tetap anak dia, dan dia tetap mama sayang"
"sayang pun marah sebenarnya. Tapi bila difikirkan balik, dia biat semua tu ada sebab. Sayang takut. Sayang takut kalau satang tak sempat jumpa dan minta maaf dekat dia" ujarku. Tanpa sedar air mata aku mula mengalir.
Qaef pantas memeluk aku. "shh.. Apa cakap macam tu? Tak baik. Ok, lepas berpantang kita jumpa mama. Abang izinkan sayang jumpa mama setiap bulan"
Aku terkelu. Betul ke apa yang aku dengar? Bukan gurauan kan?
"betul ni?"
Qaef mengangguk. Aku sangat gembira mendengar berita itu. Lalu, pipinya aku cium lama.
Qaef tersenyum. "pipi je? Sini?" dia memuncungkan bibir meminta dicium. Eii..
"apa ni? Nanti budak-budak nampak"
"alah biarlah. Cepatlah" rengek Qaef
"dag-dah. Pergi duduk sana, sayang nak susukan mereka"
Qaef murung. Dia berjalan menuju ke ruang menunggu selepas permintaan ditolak.
"ha, lupa nak cakap. Esok sayang dah boleh keluar hospital. Kita terus pergi rumah nenda"
Aku pelik dan menyoalnya mengapa.
Tetapi jawapannya dia mahu aku berpantang di rumah nenda. Sekutang-kurangnya adalah orang yang berpengalaman.
Aku hairan.
"satang bukan bersalin normal. Pun kena berpantang ke?" soal aku.
"jangan tanya abang. Abang mana tahu. Tang abang tahu making baby je" balasnya selamba.
Aku mula naik geram.
"apa ni? Kalau budak-budak ni demgar macam mana?" marahku.
Qaef menunduk. Dia memuncungkan bibirnya kerana merajuk denganku.
"halah, halah. Merajuk ke tu? Dah-dah lah tu" pujuk ku. Tetapi Qaef tidak merespon dengan pujukan tu.
Malas nak layan. Aku fokus pada anak-anak aku sahaja.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
2 tahun kemudian..
Aku duduk disofa diruang tamu sambil menonton televisyen.
Qaleef dan Qaisyah sedang seronok bermain air dikolam bersama Qaef, Iman dan kak Lin.
Siapa sangka masa berlalu dengan begitu pantas? Pejam celik sudah 2 tahun.
Dalam jangka masa itu pelbagai dugaan dan cabaran yang aku kena lalui. Walaupun aku tak nak, tapi tetap, tetap aku kena lalui.
Mama aku sudah bebas dari penjara, sekarang dia aktif dalam kumpulan kebajikan wanita tunggal dan rajin buat aktiviti sukarela. Mama akan jumpa dengan aku dan keluarga aku hanya satu kali seminggu. Katanya dia masih belum memaafkan dirinya atas apa yang dia lakukan pada aku.
Walaupun macam tu, aku tetap menyayanginya. Seburuk mana dia, dia tetap mama aku.
Tapi, alhamdullilah. Semuanya dipermudahkan. Keluarga aku sekarang semakin meriah.
Entah kenapa setiap hari apabila aku melihat keluarga kecil aku, aku berasa terharu. Daripada pertemuan aku dengan Qaef yang hura-hara sehingga kami berkahwin, dan dah ada anak.
Aku bersyukur. Kalau bukan aku jadi cinderella pada malam itu, mungkin aku tak kenal Qaef. Kalau aku tak dengar cakap Tok Abah, sampai sekarang aku tak kenal siapa Qaef.
Walaupun bukan cinderella sebenar, Cinderella palsu pun boleh mendatangkan kebahagian dengan cara yang kita sendiri tentukan.
Andai kata takdir mengatakan kita akan berjumpa hari ini, tetapi kita menolaknya, kita tetap akan berjumpa juga. Walaupun bukan hari ini. Bermaksud mungkin 1 tahun akan datang? Atau 5 tahun? Itu terpulang.
Jangan cuba melawan takdir, takut kita akan menyesal dikemudian hari.
Dan aku...
Walaupun aku CINDERELLA PALSU, tapi aku tetap bertemu dengan cinta hati aku, seperti cinderella yang betul!!
Aku berdoa agar keluarga aku bahagia selamanya, Amin.
-TAMAT-
🌸👑🌸
' Kita ada banyak jawapan untuk satu soalan. Ada jawapan yang betul, ada jawapan yang salah, mungkin ada jawapan yang samar-samar dan sebagainya. Cabaran yang terbesar untuk kita ialah untuk mencari jawapan yang tepat. Tak salah mencuba, yang jadi salah bila kita berputus asa tanpa mencuba '
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...