15 :👑

45 3 0
                                    

Selepas mengambil barang-barang dirumah mama, akhirnya aku dan Qaef tiba di istana QM. Sememangnga aku pernah menjejakkan kaki disini.

Aku dilayan seperti puteri raja. Seronok jugalah.

Aku hanya mengikuti Qaef. Dia kesana, aku kesana. Dia kesini, aku kesini. Tempat tu besar. Dan aku pun tak tahu lagi selok belok bangunan tu.

"dekat sini ada 50 buah bilik. Bilik Qaef dekat tingkat paling atas. Mel pilihlah Mel nak bilik mana" ujar Qaef sambil tangannya diseluk dalam poket seluarnya.

"wow. Banyaknya bilik" kataku teruja.

Qaef hanya membuat muka bangga.

"kalau macam tu, Mel nak bilik dekat tingkat paling bawahlah. Tinggi-tinggi susah nak kena naik tangga." kata aku lalu berjalam mahu melihat bilik.

Tiba-tiba lengan aku ditahan oleh Qaef.

"tak boleh dekat tingkat bawah. Jauh sangat dengan bilik Qaef. Mel tidur dekat sebelah bilik Qaef je" katanya sambil mukanya berkerut.

"tapi, Mel tak nak naik tangga. Dah bilik tu dekat tingkat atas." kata ku.

Qaef mengeluh panjang.

"Sayang oiii.. Siapa kata kita naik atas guna tangga. Lift kan ada" kata Qaef sambil menunjuk jarinya kearah lift yang tersedia tidak jauh dari situ.

Aku tertawa malu. Aku lupa. Ni istana. Mestilah ada lift. Zaman bila guna tangga ni hahahahah.

"Haha.. Mel lupa rumah ni besar"

Qaef hanya tersenyum sahaja. Aku pun mengikuti dia naik ketingkat paling atas.

Penat, berjalan. Aku merehatkan badan aku diatas katil. Empuknya katil. Tenggelam aku dekat atas katil.

Aku melihat sekeliling, hiasan dalaman bilik tu cantik sangat. Kena dengan gaya aku. Satu-satu aku lihat barangan dekat dalam bilik itu. Semua lengkap. Macam bilik hotel, ada bilik air, dan bilik pakaian. Besar pula tu.

Tiba-tiba aku jadi nak tahu pula apa yang ada dekat bilik Qaef. Tak akanlah hiasannya sama. Mesti lagi gempak.

Bilik Qaef dekat depan bilik aku je. Dekat sangat. Pintu biliknya aku ketuk perlahan.

"Siapa?" soal Qaef.

"Ini Mel"

"Hah, masuklah" katanya. Dengan perlahan tombol pintunya aku buka.

Baru masuk aku dah terpesona dengan kekemasan bilik itu. Dengan bertemakan warna hitam putih dan emas itu betul-betul melambangkan dia.

Aku terpesona melihat sekeliling, sehingga Qaef yang khusyuk buat  keejanya di meja aku hiraukan.

"Mel nak apa?" soalnya.

Aku tersentak dari lamunan.

"Tak.. Tak ada apa. Mel cuma nak tengok-tengok bilik Qaef. Yalah, bilik Mel pun dah cantik dalamannya, inikan pula bilik Qaef kan?" aku sambung melihat sekeliling.

Qaef hanya tertawa kecil. Apa yang lucu tak tahulah.

"lagi bagus, kalau Mel tidur sini sekali dengan Qaef. Kita boleh buat macam-macam"

Air liur aku telan kelat. A..apa dia cakap ni. Gatal..

"Qa..Qaef c..ca cakap apa ni? Dahlah, Mel keluar dululah" kataku.

"nak keluar dah? Sinilah duduk dengan Qaef sini. Kita berborak sementara tunggu makanan siap" ujarnya sambil menarik lengan aku.

Tanpa sedar aku duduk diatas ribanya.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now