35 :👑

59 3 0
                                    

Di majlis baby shower, semua orang kelihatan sibuk. Aku pun tak terlepas juga daripada melayan para tetamu.

Baru beberapa melangkah kaki aku mula sakit. Aku mengambil tempat untuk berehat.

"eah. Kamu ok ke tak ni?" soal kak Dhia. Aku tersenyum nipis lalu mengangguk. Perutku diusapnya lembut.

"cepat masa berlalu. Dah berapa bulan dah?" soal Kak Dhia ramah.

"tengah tunggu hari je ni. Tapi doktor kata kena berjaga-jaga sebab macam-macam boleh jadi. Lagi-lagi, anak kembar"

Kak Dhia hanya mengangguk. "ya, betullah tu"

Dalam beberapa minit kami berbual, Qaef datang menemui aku.

"sayang. Jom, kita dah nak kena umumkan jantina anak-anak kita" ujarnya sambil tersenyum.

Aku juga turut tersenyum. Qaef membantu aku bangun dari kerusi menuju keruang tamu.

Bermulalah majlis kami. Tak sabar nak tahu jantina anak-anak aku.

Dalam kiraan tiga, belon yang berisi kertas berwarna akan memberitahu jantina anak-anak aku.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Di penjara..

"kenapa abah datang sini? Baliklah, lagipun abah benci tengok muka saya kan" ujar Ramona tanpa perasaan.

Tok abah memandang anaknya lama. Sayu hatinya melohat keadaan anaknya. Sudahlah Ramona anak tunggalnya. Bila melihat keadaan anaknya itu, dia merasa diri dia gagal sebagai seorang ayah.

Bila difikirkan lagi. mona juga gagal menjadi ibu yang baik untuk Meliya.

"abah datang cuma nak lawat kamu. Lama abah tak jumpa kamu. Kamu macam mana? Sihat?" perlahan dan sayu suara tok abah apabila berbicara.

Mona kelihatan agak terkesima. Sedaya upaya air matanya ditahan daripada mengalir.

"abah nampak Mona dekat sini kan? Mona sihat lah" balasnya agak kasar. Walaupun kedengaran kasar, tetapi perasaan betapa sedi dan beremosinya dia bila melihat abahnya didepan mata boleh dilihat dan dirasai.

"baguslah tu. Pasal anak kamu, Mel, kamu tak payahlah risau. Abah kenal dia lebih dari kamu sebagai mak kenal dia. Dia tak akan benci dekat kamu. Walau apa pun kamu tetap mak dia. Syurga dia"

Ramona tersenyum sinis. Lalu berpeluk tubuh.

"abah, anak mana yang boleh terima mak macam saya ni? Ya, saya mengaku saya salah. Saya pernah cuba nak jual anak sendiri. Perbuatan saya tu memang dah tak boleh nak dimaafkan"

"tak baik cakap macam tu. Abah yakin, dia dapat maafkan kamu. Dan kamu, kamu tak boleh terus begini. Lagipun sekarang Mel sedang sarat mengandung. Anak kembar"

Ramona terkedu. Mndengar sahaja anaknya sedang sarat mengandung, air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi.

"badan dia kecil. Macam mana keadaan dia?" soal Ramona risau akan anak tunggalnya.

"dia ok. Tapi, kebelakangan ini dia mula rasa sakit belakanglah, apalah. Risau juga"

Ramona senyap mendengar kata-kata abahnya. Dia rindu akan anak tunggalnya itu, tetapi dia takut untuk meminta berjumpanya.

"dahlah, abah pergi dulu. Mel ada buat majlis sikit sebelum dia bersalin. Nanti abah sampaikan salam kamu ya?"

Ramona hanya mengangguk perlahan.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Belon yang berisi kertas berwarna akan memberitahu semua jantina anak kembar kami.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now