36 ;👑

66 1 0
                                    

Lantai agak licin dan aku tergelincir. Sekelip mata sahaja aku sudah berada diatas lantai. Aku dapat merasakan sesuatu cecair keluar dari celahan kengkang.

Mata aku mula berpinar apabila mendapat tahu cecair itu adalah darah. Sakit. Dengan menggunakan segala tenaga yang tinggal aku menjerit meminta tolong. Pintu aku ketuk. Tak sampai nak buka tombol pintu.

Aku baru sedar tandas itu agak jauh didepan. Semua sedang sibuk diluar. Aku tidak berputus asa.

Dalam aku menahan kesakitan, aku terdengar suara orang bercakap-cakap diluar. Suara itu, aku kenal.

Ya, itu suara Qaef. Sebaik sahaja dia masuk melihat keadaan aku. Dia terkejut lalu mendapatkan aku.

Tidak henti dia memberikan aku kata-kata semangat.

Tiba-tiba sahaja aku teringat akan mama dan mahu berjumpanya. Tak tahu kenapa. Aku benci mama. Tapi aku nak jumpa mama.

Mungkin aku takut, kalau terjadi apa-apa pada aku, aku tidak sempat minta maaf pada mama.

"bang, Mel nak jumpa mama. Mel takut tak sempat jumpa mama" ujarku sekat-sekat.

Qaef terkelu. Jelas sekali dia terkejut. Dia memarahi aku supaya jangan berkata seperti itu lagi.

Tenaga aku semakin lama semakin berkurangan. Makin lama, mataku semakin berat sebelum dunia aku menjadi gelap dan rasa sakit dan perit yang aku rasakan itu tidak lagi dirasakan.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

"sayang? Sayang buka mata sayang" bersungguh Qaef mengejutkan Mel.

Tidak lama kemudian ambulans tiba. Tok abah dan Qaef sudah panik. Dalam keadaan kelam kabut mereka membawa Mel ke hospital.

Qaef tidak berhenti kehulu dan kehilir dihadapam wad kecemasan. Tok abah yang memerhatikannya turut risau.

Tidak lama kemudian seorang doktor wanita keluar drngan wajah yang sujar ditafsir.

"macam mana dengan isteri saya doktor?" soal Qaef penuh cemas.

"isteri encik dah stabil. Tetapi keadaannya sangat lemah untuk bersalin secara normal. Jadi, saya mahu cadangkan pembedahan keatas isteri encik" ujar doktor itu.

Qaef kaku. Dia tidak pernah diajar untuk menghadapi situasi ini dan dia tidak tahu cara untuk mengendalikannya.

"huh, sebelum saya lupa. Semasa isteri encik sedar dia ada kata mahu berjumpa mamanya. Siapa mamanya?" soal doktor itu. Terkebil-kebil matanya.

Qaef memandang wajah Tok Abah. Tik abah pula runsing tidak tahu mahu membalas apa.

"err.. Hmm,, mamanya sibuk sekarang ni" tiba-tiba rok abah mencelah dengan memberi jawapan palsu.

"kalau begitu, iyalah. Tapi sekarang, adakah encik bersetuju kami buat pembedahan mengeluarkan anak-anak encik keatas isteri encik?" soal doktor itu ingin mendapatkan jawapan.

Qaef was-was pada mulanya. Namun, setelah berfikir panjang dia bersetuju.

"kalau begitu, sila ikut saya untuk menandatangani borang kebenaran"

Qaef hanya akur.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Dalam beberapa jam kemudian, suara tanggisan bayi kedengaran nyaring.

Qaef yang berada diluar agak terkejut. Tangisannya sudah tidak dapat ditahannya lagi.

"alhamdulillah" ucap tok abah dan Qaef. Manakala Iman dan Kak Lin juga turut mengucapkan syukur.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now