Dah lebih satu jam aku duduk dalam kereta. Qaef ni nak bawa aku kemana aku pun tak tahu. Bila disoal, diam sahaja. Jadi malas aku nak tanya lagi.
Aku memandang keluar tingkap, suasana di luar sangat berbeza dengan bandar. Ya. Aku seperti berada dikawasan kampung.
Aku semakin hairan. Kenapa aku ada dekat sini? Kenapa Qaef bawa aku kesini? Haih..
"dah sampai".ujar Qaef buat kali pertamanya.
Aku melihat ke luar tingkap lagi. Aku lihat sebuah rumah kayu yang agak besar dan mewah betul-betul dihadapan aku.
"apa kita buat dekat sini? Ni rumah siapa?" soalku.
Qaef tetap tidak mahu memberitahu. Dia biarkan aku tertanya-tanya.
Tiba-tiba aku lihat seorang wanita tua yang usianya dalam lingkungan sebaya dengan tok abah sedang memeluk, cium Qaef.
Eah? Tak kanlah tu skandal dia kot. Tak mungkin. Kalau dia sebaya aku tu apa lah juga. Eah? Kalau ya pun, nak kena tampar dengan pemukul lalat mukanya silakanlah menduakan aku.
Aku menhambur nafas geram.
Pintu kereta aku buka dengan wajah muram.Sesekali aku menjengil kearah Qaef yang dari tadi tak berhenti senyum pada aku.
"Hah, kenalkan ini isteri Qaef. Meliya Qistina namanya. Cantikan?" kata Qaef memperkenalkan diri aku kepada wanita tua itu.
Aku tersenyum nipis. "cantiknya isteri kamu ni. Pandai kamu pilih. Mel, tak ingat nenda ke?" soal wanita itu dan membahasakan dirinya nenda.
Aku terkebil-kebil tidak faham situasi.
"ini nenda Wan lah. Kecik-kecik kamu suka dengan lauk sambal udang nenda kan?" katanya lagi.
Aku membisu seketika. Masa inilah, sistem dalam otak aku ni tengah berjalan. Memproses kata-katanya.
Aku tersentak sendiri. Tak akanlah...
"Nenda Wan? Nenda Qaef kan?" teka ku masih lagi was was.
Wanita itu tersenyum lebar. "ingat pun kamu. Ingatkan dah lupa dekat nenda dah" kata nenda Wan.
Aku tertawa malu. "heheh.. Hampir lupa sebenarnya, yalah dah lama tak jumpa. Nenda sihat?"
"sihat alhamdullilah"
Aku tersenyum gembira. "jadi, ini nenda Wan, nenda Qaef? Betul?" soalku lagi inginkan kepastian.
Qaef memandangku hairan.
"betullah. Kamu ingat siapa tadi?"
Aku ketawa janggal. "Mel ingat skandal Qaef. Baru nak serang tadi" kataku dengan nada perlahan.
Nenda Wan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan aku.
"kamu ingat nenda skandal Qaef? Hahaha.. Mel, Mel.... Nenda dah tua. Lagipun, tu ha datuk kamu tu siapa nak jaga?" kata nenda dengan sisa tawanya lagi.
Qaef? Jangan cakap. Dia dah ketawa dulu. Sukalah tu ada bahan nak usik aku nanti. Sabar je lah.
Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Malu pun ada.
"taklah. Mel cuma was was je. Lagipun, muka dia ni mana boleh percaya. Macam buaya" kataku selamba.
Lengan nenda Wan aku tarik laju mengajaknya masuk kedalam.
Qaef terkebil seorang diri mendengar kata-kata aku.
"hei. Sampai hati kata Qaef buaya eah" katanya lalu mengejar kami.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
"dah lama ke nenda Wan tinggal sini?" soal aku ingin tahu.
"dah lama dah. Sejak kamu ikut mama kamu dulu"
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...