"kamu berdua balik bila? Esok ke?" soal nenda.
Aku memandang Qaef. Aku tak tahu. Qaef yang pandu, bukan aku.
"esok tengah hari rasanya. Rasa malas nak pandu hari ni. Penat" kata Qaef.
Aku menghela nafas lega. Nasib baiklah, aku ada bawa baju lebih. Tiba-tiba tergerak hati pula nak bawa. Qaef ni bukannya boleh percaya. Kata nak pergi suatu tempat sekejap je. Sekali, dua tiga hari kau duduk situ.
"yalah.." nenda memandang aku yang tengah khusyuk makan buah rambutan. Aku langsung tidak memandangnya. Takut kalau aku pandang nanti, bermacam soalan yang aku tak boleh jawab disoalnya.
"Qaef.. Bawalah isteri kamu ni jalan-jalan pusing kampung. Ni pun kali pertama dia datang sini kan? Mesti dia bosan tak ada benda nak buat"
Nenda ni macam tahu-tahu je apa yang aku nak lah. Aku memandang Qaef. Mulanya Qaef malas. Tapi lepas dipujuk, dia kenalah juga bawa aku jalan-jalan pusing kampung.
Aku melihat Qaef membawa keluar motor dari bangsal belakang. Antik gila motor ni, boleh jalan lagi eah?
Aku memandang motor yang Qaef bawa silih berganti.
"kenapa? Tak suka naik motor buruk ni ke?" soal Qaef.
"kenapa tanya macam tu? Mel cuma terpegun je. Qaef ni, pandai ke bawa motor? Mel risaulah kalau jatuh ke apa nanti" balasku tidak berlapik bila bercakap.
"hei. Ini Qaef Mikhael lah. Jangan pandang Qaef sebelah mata." katanya. Aku tersenyum senget. Malas nak cakap banyak aku naik memboncengnya.
Lepas solat zohor kami keluar jalan-jalan. Panas tak panas redah sajalah.
Seronoklah juga bila dapat lihat kampung yang betul-betul kampung.
Qaef pun bawa aku pergi setiap tempat yang menarik yang ada dalam kampung tu. Ada sungai dengan air terjun. Cantik.
Kami tiba dirumah sebelum asar. Penat sangat.
"wah, seronoknya. Kemana tadi?" soal nenda yang duduk diruang tamu dengan datuk.
"pergi sungai. Ada air terjun. Best. Qaef bawa" kataku dengan penuh teruja. Qaef hanya tersenyum sahaja.
Lepas solat asar aku duduk di anjung depan. Melihat sawah padi yang terbentang luas betul-betul dihadapan rumah nenda Wan.
Dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar muka aku, mata aku mula terasa berat. Mengantuk pula.
Tidak lama kemudian, aku terlelap. Lena dibuai mimpi.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Qaef keluar dari biliknya. Lehernya panjang menjengah mencari sesuatu.
"Haih. Kamu cari siapa? Panjang leher" tegur Nenda Wan.
"cari Mel. Nenda nampak dia tak? Dari tadi Qaef tak nampak dia"
"ye ke? Nenda dekat dapur je tadi. Dalam bilik, tak ada ke?"
Qaef sekadar menggelengkan kepalanya. Dia berjalan kesana kesini mencari isterinya.
Tiba-tiba dia terlihat sekujur tubuh diatas sofa dianjung depan.
Qaef segera berjalan kearah sekujur tubuh itu. Itu Meliya.
"lah. Dekat sini rupanya. Penat sangat ni" katanya sambil melabuhkan punggungnya di tepi isterinya.
Qaef menilik jam ditangannya. Hampir pukul enam setengah. Meliya masih tidur.
Qaef cuba mengejutkan isterinya. "Mel.. Bangun sayang. Dah nak maghrib ni" katanya lembut.
Kepala Meliya diusapnya. Tiba-tiba tangannya berhenti didahi Meliya. Terkejut.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...