Aku duduk dibirai katil sambil melihat skrin talevisyen. Bosan pula. Tak tahu nak buat apa.
Tiba-tiba satu idea terlintas difikiran aku.
Aku berjalan perlahan keluar dari bilik lalu pergi kebiliknya dengan senyap.
Aku mengambil whipping cream lalu disembur diatas pinggan plastik. Rancangan jahat aku, aku nak tempek whipping cream tu dekat muka dia. Hahahaha..
Tiba-tiba seseorang menegur aku. Aku cepat-cepat toleh lalu menyembunyikan niat aku.
"Mel buat apa tu?" soal Qaef. Aku tersentak.
"Err.. Er..hmm ta.. Tak ada apa-apa" bohong ku.
Qaef memandang aku hairan. Kemudian dia tersenyum nipis.
"err.. Qaef.."
"hmm?"
"tengok tu" kataku sengaja mahu mengalihkan perhatiannya.
Dia pun akur, pandang ketempat yang aku tunjuk. Inilah masanya aku bertindak dengan rancangan jahat aku.
Aku mengangkat tangan kanan yang sedang memegang sepingan whipping cream kearah mukanya. Tiba-tiba tangan aku di pegang kuat seperti.sedang menghalang aku dari meneruskan perbuatan itu.
Ya. Qaef tahu rancangan jahat aku. Dia tahan tangan aku daripada whipping cream tu terkena dimukanya.
Aku terkejut lalu terleka. Tanpa sedar muka aku yang terkena whipping cream tu. Aku terkelu. Terkejut. Semua ter lah..
Aku memandangnya yang sudah gelakkan aku bagai orang gila.
"Qaef!!"
"tulah.. Ada niat lagi nak kenakam suami. Kan Allah dah bagi balasannya. Tak baik tau" kata Qaef dengan sisa tawanya lagi.
Aku memukul dadanya. Sakit apabila terima pukulan itu, lagi sakit hati aku apabila dikenakan balik.
"Qaef niiii..." aku marah. Whipping cream dimuka aku dilapnya menggunakan tangannya. Kemudian dia menarik lengan aku masuk kedalam biliknya.
Dia menyuruh aku duduk dikatilnya. Aku akur.
"Haih.. Kenapalah Mel boleh terfikir sampai macam tu? Nak kenakan Qaef?" soalnya sambil ketawa.
Aku naik geram. Perutnya aku cubit.
"Dahlah. Tak payahlah nak gelakkan Mel lagi." kata ku tak puas hati.
"hahaha.. Ya, ya.." katanya lalu mengelap muka aku yang terkena whipping cream.
Aku menjengilnya beberapa kali. Geram betul aku dibuatnya.
"Mel bosan je. Tu yang ingat nak kacau Qaef. Tapi, tulah..."
Qaef memandang aku lama. "bosan? Selama ni Qaef ingat Mel macam tak bosan je duduk sini. Ni bosan pula?"
"bosanlah. Rumah Qaef ni besar tahu tak? Lagipun, Mel nak pergi mana je dalam rumah ni? Mel pun tak tahu apa yang ada" kataku mencebik muka.
Qaef mengusap rambut aku lembut.
"Kenapa tak beritahu Qaef je? Qaef boleh je bawa Mel ronda satu rumah ni."
"tak naklah. Qaef kan sibuk."
"mana ada. Kalau untuk Mel, Qaef tak sibuk" katanya lagi.
Dia mula berjalan kemeja kerjanya lalu duduk diatas kerusi.
Aku merenungnya lama.
"ada apa ni? Pandang Qaef macam tu? Nak cium Qaef ke? Sinilah" katanya.
Aku terkejut. Eii, perasannya.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
Storie d'amoreYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...