Seusai makan malam, aku terus masuk kebilik. Ada benda sebenarnya aku nak kena siapkan.
Aku menghadap skrin komputer tanpa berkedip. Tekun sangat ni.
Tanpa sedar, malam semakin larut. Dan hujan.
Aku tak perasan pula hujan. Aku berhenti. Kaki aku aturkan kekatil lalu mencapai talefon bimbitku.
Tiba-tiba... Kejadian dimana papa Iz memberi talefonnya untuk menunjukkan gambar kepada aku sedang bermain difikiran aku.
Aku mula panik. Nafasku semakin laju. Tolonglah.
Ingatan yang aku mahu lupakan muncul kembali.
Kilat dan petir datang silih berganti. Bunyi guruh yang kuat menyentakkan aku. Dengan pantas aku duduk ditengah katil sambil memeluk kaki aku.
Aku jadi trauma dengan suasana ni. Aku benci bila hari hujan.
Bunyi hujan. Guruh. Cahaya kilat.Kejadian hitam itu hetul-betul berlegar difikiran aku. Aku panik. Takut. Dada aku semakin sesak
Kedua tangan aku menutup telinga.
"ahhh!!! Tolong lepaskan Mel!" katau tanpa sedar. Seluruh badan aku dikuasai oleh fikiran mengenai kejadian itu.
"lepaskan! tolonglah" kataku lagi sambil menangis.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Qaef, Iman dan Kak Lin sedang berbual-bual di ruang keluarga tingkat 3 aras yang sama dengan bilik Meliya.
Sebenarnya, bunyi hujan tu, tak adalah dengar sangat. Cuma bunyi guruh tu je kuat kedengarannya.
"haih. Mana Mel? Dari tadi tak keluar bilik" soal Qaef hairan.
"tak tahulah. Masa makan malam tadi, dia ok je" celah Iman.
"Kak Lin rasa dia ada banyak kerja nak buat agaknya." teka kak Lin.
Mereka saling berpandangan sebelum semua terdiam dan fokus pada skrin talevisyen.
Qaef memang suka tengok movie. Tapi, dia tak suka tengok seorang diri. Dia suka berteman. Dalam rumah ni, siapa je yang ada?
Paling-paling Iman dengan kak Lin sahajalah.
Sedang mereka seronok berbual dan menonton movie, mereka tersentak selepas terdengar suatu jeritan.
"ahhhhh!!! Lepaskanlah!!"
"itu macam suara Puan Mel" kata Iman. Peka telinganya terhadap bunyi. Malah jarum jatuh pun dia boleh dengar. Entah iya, entah tidak.
Qaef terpegun. Pantas dia berlari untuk mendapatkan isterinya.
Pintu bilik Meliya dibukanya kasar. Dia melihat isterinya sedang meracau.
Pantas Qaef mendapatkan isterinya lalu memeluknya erat.
"tolonglah.. Lepaskan aku..." kata Meliya sambil menangis. Gigih dia menolak badan Qaef.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Aku semakin panik apabila merasai apabila badanku dipeluk. Aku tak sedar.
Semakin kuat aku meronta meminta dilepaskan.
"Mel.. Mel, ni Qaef, sayang... Shhh.. Tak ada apa.. Tak ada apa"
Aku dengar suara Qaef. Ya, itu Qaef. Aku kembali ke realiti.
Wajah Qaef aku pandang lama sebelum aku memeluknya erat.
"Mel...mel takut... Dia... Dia nak rogol Mel.. Iskkk..iskk..isk.." nafasku sesak. Takut. Masa ni pelbagai perasaan ada dalam diri aku.
"shhh... Qaef ada" pujuk Qaef. Badanku dipeluk dan diusap belakang badanku lembut.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomantizmYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...