8 :👑

50 4 0
                                    

Didalam kereta, aku berasa janggal apabila suasana begitu senyap.

"Err.. Mel nak buka lagu boleh?" soalku cuba untuk memecahkan kesunyian.

Qaef senyap. Setiap kali aku cuba untuk berbual dia senyap. Semakin lama, dia buat aku semakin rasa serba salah pula.

"Kenapa Mel tipu Qaef?" soalnya buat kali pertama selepas dia membisu.

Aku terkelu. Apa maksud dia aku tipu dia? "apa maksud Qaef?"

"Mel bukan jatuh basikal kan?"

Aku mula gelabah. Berpeluh aku dibuatnya nak menjawab soalannya.

"Err... Mel jatuh basikallah"

"Please don't lie. I know everything" kata-kata Qaef membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

Alamak. Dia tahu aku cinderella malam tadi tu ke? Dia tahu aku dapat luka ni masa tolong dia ke? Apa yang dia tahu sebenarnya ni?

"Doktor ada beritahu Qaef. Luka yang Mel dapat tu dah lebih 12 ke 13 jam ditinggalkan. Sampai dapat 4 jahitan. Tak logiklah kalau jatuh basikal. Mel langgar bontot lembu ke sampai luka dapat 4 jahitan ni?"

Bibir aku tidak dapat menahan dari tertawa. Kelakar bila dengar kata-kata Qaef.

"Lebih dari langgar bontot lembu ni sampai jadi macam ni" kataku perlahan.

"Apa?"

"huh? Tak ada apa"

"tell me. What happen?" soalnya lagi.

Aku dah tak tahu nak beri alasan apa lagi. Mungkin, aku beritahu je yang aku tercedera masa sekamatkan orang. Dia tak boleh tanya lebih-lebih lagi.

"Mel tercedera masa selamatkan orang malam tadi. Tak ada apa pun sikit je ni"

"sikit je? Dapat 4 jahitan Mel kata sikit je? Siapa? Siapa orng yang Mel tolong sampai tercedera ni?" soalnya lagi.

Semakin lama, aku semakin binggung dengan perangainya. Dia tanya aku pelbagai soalan ni sebab dia risau kan aku ke? Atau dia ambil berat pasala aku? Tak pun, sebab dia nak tahu je?

"A..ad..adalah orang tu. Eah dahlah, Mel laparlah. Dari pagi tadi Mel tak makan" aku sengaja tukar topik. Tak nak aku dengar soalan-soalan kbatnya lagi.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Sebaik tiba sahaja di high castle. Wajah Qaef kelihatan muram. Entah apa yang berada difikirannya entah.

"Iman"

"Ya tuan Qaef?"

"aku nak senarai tetamu yang datang malam tadi. Secepat mungkin" arah Qaef tenang.

Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, Imam pantas melakukan kerjanya.

Qaef termenung jauh mengingatkan keadaan Meliya.

'aku baru jumpa dia kelmarin. Tangan dia ok je. Macam mana dia boleh dapat luka tu? Dahlah sama tempat dengan luka perempuan yang selamatkan aku malam tadi. Tak akanlah..... No, ini andaian sahaja. Tak akanlah Mel datang majlis malam tadi'

Qaef sibuk memikirkan kemungkinan mengenai Meliya. Lama jugalah dia duduk didalam bilik bacaannya.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

"Babe! Kenapa dengan tangan kau ni? Ya, allah" soal Ilya mengelupur melihat keadaan aku.

Aku rileks je, kau yang melebih dah kenapa?

"Tak ada apalah" balasku malas nak layan.

"Syah kata, kau cedera masa selamat putera raja. Betul ke?" tiba-tiba Qaseh mencelah. Entah datang dari mana terus dia menyelit.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now