Nafasku semakin sesak apabila Qaef menyoal aku bermacam soalan.
Dia kenal aku sebagai perempuan dekat mall hari tu je kan? Bukan Cinderella malam tadi kan?
Hah, aku harap sangat dia tak cam aku perempuan malam tadi.
"Err.. Mel..Mel cakap apa?" soalku sengaja nak mengelak.
"Mel tak ingat? Mel cakap Qaef cerewet. Dan, Mel kasihan dengan siapa isteri Qaef nanti?"
Aku menelan air liurku rakus. Uwahhh.. Apa semua nii? Tak akanlah kata-kata aku makan diri aku sendiri.
"Err.. Itu.. Itu.."
Aku menggaru belakang kepala mencari idea untuk menipu.
"Ya. Memang betul Mel cakap macam tu, tapi masa tu Mel tak tahu tu Qaef... Dan...."
Aku mengantungkan ayatku. Rasa serba salah pula nak teruskan.
"Dan apa?" soal Qaef lagi sambil wajahnya didekatkan betul-betul dihadapan muka aku.
Matanya tajam merenung aku sehinggakan aku tak berani nak memandang tepat kedalam matanya.
Mata aku meliar memandang sana sini untuk mengelak dari pandangannya.
"dan... Dan apa yang Mel cakap tu bukannya salah pun. Qaef memang cerewet kalah perempuan, werk!" dengan berani aku mengejeknya. Bukan itu saja, aku menolaknya dan....
Spalshhh
Mataku terbutang luas apabila melihat Qaef jatuh kedalam kolam. Aku tak ada niat pun nak tolak dia. Tapi,,, aku memang nak tolak dia. Hahaha
Aku tak dapat tahan gelak.
"Meliya!!" pekik Qaef dari dalam kolam. Wajahnya jelas menunjukkan dia marah.
Semua yang ada diruang tamu menjengah keluar.
"Ya, allah. Mel. Mel tolak Qaef masuk dalam kolam?" soal Tok abah terkejut.
Aku sekadar tersenyum sumbing. "err... Mel.. Mana ada, Mel tak tolak dia" bohongku.
Qaef yang berada dalam kolam tu naik berang. "Tak dia tipu. Dia tolak Qaef"
Aku menunduk muka kebawah. Takut melihat tok abah marah.
"Mel. Jujur"
"Eerrr.. Hmm.. Ya, Mel yang tolak Qaef. Tapi, Mel tak sengaja. Betul" aku mempertahankan yang aku betul-betul tak sengaja menolaknya jatuh.
Aku takut dengan pandangan tok abah yang tengah marah aku. Tapi, aku tak boleh tahan dari tergelak bila aku tengok yang lain juga tergelak melihat Qaef yang basah kuyup tu.
"mama, atuk... Mama dengan atuk boleh gelak lagi?" soal Qaef pada mama dan atuknya tak puas hati bila mereka mentertawakannya.
Aku memandang mama dan atuk Qaef. Diorang tak marah aku pun, sebaliknya diorang menunjukkan tanda bagus kepadaku. Nampaknya, mereka menyokong tindakan aku.
"Maafkan cucu aku Wan. Tak sangka dia boleh buat perangai macam ni" kata tok abah meminta maaf kepada mereka.
Aku mencebik muka.
"Mel. Tok abah nak kamu bertanggungjawab. Bawa dia naik atas, bagi dia pakaian kering. Kalau dia demam, semua salah Mel"
"Tapi.. "
"Tak ada tapi. Pergi bawa dia naik atas sekarang" kata tok abah tegas.
Aku menurutinya sahaja. Selepas semua beredar, aku memandang Qaef yang masih belum naik lagi dari kolam.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomantizmYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...