2 :👑

96 4 0
                                    

Tidak lama kemudian, sebuah kereta berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan pintu utama mall. Aku memerhati gerak gerinya.

Sebaik sahaja seorang lelaki berbadan tegap dan segak keluar dari kereta, aku lihat semua pekerja yang menyambut tetamu VVIP itu menunduk tanda hormat.

Aku terkebil-kebil memahamkan situasi. Kenapa mereka tunduk? Tetamu lain tak ada pula sampai kena tunduk macam ni.

Sedang semua menunduk tanda hormat, aku seorang yang tidak menunduk. Pandangan aku memandang lelaki yang keluar dari kereta itu tanpa perasaan.

"Tunduk hormat" kata seorang lelaki yang berdiri disamping tetamu VVIP tadi. Suaranya tegas menegur aku.

Aku memandang mereka dari atas kebawah. "why should I?" soalku ringkas.

Tak menyangka kata-kata aku itu membuatkan tetamu tadi memandang aku lama. Aku mengekalkan wajah selamba.

"What's your name?" soal lelaki itu ingin mengetahui nama aku.

Aku diam seketika dan tidak membalas kata-katanya. "Meliya... Meliya Qistina"

Lelaki VVIP tadi merenungku lama. Dia mendekatkan wajahnya betul-betul dihadapan muka aku.

Mata aku meliar. Apa yang di buat pula ni?

"you have a beautiful name. Macam tuan badannya juga" kata lelaki VVIP itu.

Tanpa sedar aku tertawa tidak percaya. "buaya" kataku tiba-tiba.

Wajah lelaki VVIP itu berubah. "Apa?"

"Hmmm buaya"

"Buaya apa?"

"Tak tahu ke?"

Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

"Buaya tu binatanglah. Tapi, ada maksud lain."

"Apa maksud lain tu?"

Aku terkebil. Seriously? Dia tak tahu? Dia hidup dekat zaman mana ni? Tu ungkapan yang popular kot sekarang ni.

"seriuosly awak tak tahu?" soalku mahukan kepastian.

"let me tell you. Buaya tu sebenarnya satu ungkapan untuk lelaki yang bermulut manis. Cakap i like you, l love you, puji perempuan sana sini. Sebenarnya tak ada niat pun. Saja suka-suka nak mainkan hati perempuan. Tak gitu?" kataku lagi.

Lelaki itu memandang tepat kedalam mata aku. Masa ni aku betul-betul rasa seram sejuk.

"you're really something girl" ujarnya.

Aku tersenyum nipis. Dia berlalu meninggalkan aku sendiri disitu sambil melempar satu senyuman yang aku tak tahu apa maksudnya.

Huh... Dia tu dah kenapa?

Tiba-tiba pekerja yang meminta bantuan aku tadi berlari mendapatkan aku.

"Kenapa awak tak tunduk?"

Aku memandangnya silih berganti dengan lelaki VVIP tadi.

"Kenapa saya patut tunduk pula? Lagipun, awak tak cakap apa-apa pun saya kena buat apa kalau dia sampai" betahku.

Lelaki itu tersenyum kambing. Dia tahulah itu salah dia.

"Meliya!" tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil kuat. Aku menoleh. Aku lihat lelaki VVIP tadi sedang menggerakkan dua jarinya memanggil aku.

Heh? Kau ingat aku ni kucing ke? Aku menggulingkan biji mata sebelum berjalan mendekatinya.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now